"Bangun tho. Aaron dah balik."
    
                    "Hah?!!" Terciduk kau.

Mereka berdua pun terus bangun dan berlari berlainan arah. Shawn berlari ke arah kiri dan Spao ke arah kanan. Aidan yang masih tidak berganjak hanya menepuk dahi.

                    "Arah sini lah woi!" Jerit Aidan sedikit. Nasib Shawn tidak jauh. Dia pun kembali berpatah balik ke arah Aidan dengan sengihan yang tidak bersalah.

                    "Kau nak makan apa?" Tanya Ivan yang masih mencari kedai makan awal pagi ni.

                    "Tak kisah. Mana-mana pun boleh." Jawab Alya. Tangisannya sudah reda sejak Ivan memujuknya tadi.

Ivan hanya mengangguk. Dia pun menyambung mencari kedai.

                    "Aku tau kau nak makan apa. Bawak dia pergi rumah aku lah."

Kemunculan Kai disebelah tingkap Alya itu membuatkan dia dan Ivan terkejut seakan jantung nak tercabut. Sudah lah tengah malam ni sunyi. Tambah pula dengan Kai yang tiba-tiba muncul macam pontianak.

Oh lupa. Dia kan memang pontianak.

                    "Sial. Kalau aku terlanggar kereta sebelah kau nak tanggung ke." Keluh Ivan. Dadanya dipegang untuk tenangkan diri.

                    "Mungkin aku akan lari terus. Hahaha." Balas Kai yang masih diluar.

                    "Kau ok?" Tanya Ivan risau kepada Alya sambil mengusap perutnya. Alya hanya mengangguk sambil menjeling Kai disebelah.

                     "Yang kau muncul macam ni pahal. Kalau ya pun, masuk lah dalam." Marah Ivan dengan kelakuan Kai.

                    "Macam mana aku nak masuk dalam. Kau ingat kereta Ferrari yang kau pakai ni muat tiga orang ke. Aku datang pun sebab Arris suruh cakap dekat kau suruh bawak dia-"

Pin!!

Ivan terus menekan hon kereta. Kesasulan Kai tadi membuatkan Alya memandangnya.

                    "Arris?" Alya mengulang balik nama yang Kai sebut tadi. Ivan yang sedang memandu itu memarahi Kai dengan kecuaiannya tadi.

                    "A- Arris? Aku ada sebut dia ke tadi?" Kata Kai untuk menutup balik sasulnya tadi.

                    "Ada lah. Ivan pun dengar. Kan? Kau dengar kan Kai cakap Arris tadi?" Alya menanya ke Ivan.

Ivan menggelengkan kepalanya berkali-kali.

                    "Dia kata Iris. Iris... Ejen Ali. Haa. Iris yang Ejen Ali pakai tu. Kai kata dia ada cuba buat Iris tu. Tapi jadi remote kereta kancil. Tu yang dia suruh aku bawak pergi baiki kat bengkel motor yang dekat."

Kai memandang Ivan dengan pandangan hambar. Alya sebelah masih memikir dengan ayat Ivan itu. Apa kena mengena?

                    "Tak apa, lupakan. Kau drive terus pergi rumah aku. Aku dah sediakan banyak makanan untuk kau, sayang. Bye~"  Kai terus pergi menghilangkan diri sebelum Ivan dapat menangkapnya. Dia pun mengeluh dan terus memandu.

     Sampai saja di sebuah istana berwarna hitam, Ivan terus keluar dari perut kereta dan membawa Alya masuk ke dalam istana itu.

                    "Dah sampai. Cepatnya." Sambut Kai di muka pintu.

Ivan hanya menggulingkan matanya keatas. Malas melayan pontianak sorang ni. Dia pun menarik hujung lengan baju Alya dan terus melangkah ke arah dapur.

Kerusi di tariknya dan memberi Alya ruang untuk duduk di kerusi itu. Makanan di atas meja terhidang dengan rapi. Tambah pula semuanya berasap seperti baru saja masak.

                    "Makan." Kata Zeno. Entah dari mana dia datang, terus hidangdan sepinggan ayam panggang di hadapan Alya.

Alya tidak berfikir panjang. Dia menyimpulkan sedikit senyumannya pada Zeno dan terus makan.

Selepas beberapa minit, Ivan hanya merenung saja Alya makan. Apabila dia sudah memastikan yang Alya masih leka dengan makanannya, Ivan pun terus bangun dari kerusi.

                    "Banyak betul ubat kau letak dalam ayam tu. Sampaikan aku tinggalkan dia pun tak perasan." Kata Ivan kepada Zeno di sebalik dinding dapur.

                    "Aku letak sesudu je." Balas Zeno.

                    "Sesudu?! Kau gila?? Kan aku kata secubit je." Ivan menepuk dahinya.

                    "Apa-apa lah. Mananya air tu?" Tanya Zeno memintakan sesuatu.

Ivan pun meraba poket jaket hitamnya dan mengambil satu bekas yang berisikan air sebanyak lima mililiter. Dia pun menyerahkan bekas itu kepada Zeno.

Dan bekas itu bertukar tangan.

                    "Nak aku letak semua ke?"

                    "Haah. Semua. Aku rasa boleh tahan kot sampai tengah hari nanti. Aku tak pasti lah pulak. Sebab Aidan tak bagitahu aku berapa lama boleh tahan." Terang Ivan mengenai air yang berada di dalam bekas itu.

Zeno hanya mengangguk. Kemudian, dia terus ke dapur di bahagian pembuat air. Ivan pula kembali ke tempatnya di meja makan.

                    "Macam mana? Sedap?" Tanya Ivan kepada Alya selepas dia kembali duduk.

Alya tidak berkata. Dia hanya mengangguk sambil mengunyah ayam di dalam mulutnya.

Dalam lima minit selepas itu, Zeno mula datang dengan membawa secawan air yang dibuatnya tadi. Dia meletakkan cawan itu dihadapan Alya sebelum berkata.

                     "Minum lah air. Dari tadi makan tak akan tak minum air. Elok-elok. Tersedak nanti." Kata Zeno dengan meletakkan tangannya di belakang kerusi dan menunduk sedikit badannya di paras Alya yang sedang duduk.

Alya pun minum air yang diberikan Zeno tadi. Dalam diam, Zeno dan Ivan sudah mengukirkan senyuman sinis mereka.

Mission complete successfully.

Habis saja Alya mengunyah isi ayam di dalam mulutnya, tiba-tiba matanya menjadi berat seakan mahu tidur. Berkali-kali dia cuba berkelip untuk menahan daripada tertutup. Pandangannya sudah menjadi kabur. Hanya tunggu gelap saja.

Perlahan-lahan, matanya pun mula tertutup. Hampir saja dia jatuh ketepi, sempat Ivan menyambutnya.

                    "Nak letak kat mana ni? Dia ada bagitahu kau tak nak letak dia ni kat mana?" Tanya Ivan kepada Zeno.

                    "Ada. Ikut aku." Kata Zeno.

Ivan pun mula mencempung Alya yang sudah tidak sedarkan diri. Dia mengikut langkah Zeno di belakang. Ke mana pun dia pergi, Ivan hanya mengikut tanpa banyak soal.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now