"Tak payah. Mulut tu untuk aku cium je."

Sekali lagi Alya kebelakangkan dirinya sehingga hujung katil. Arris yang perasan akan itu lagi mendekatkan dirinya. Apabila dia melihat yang Alya sudah hujung dan hampir terjatuh, cepat-cepat Arris menahan belakang isterinya dengan sebelah tangan. Kini, jarak antara mereka sangat dekat dan wajah mereka hanya beberapa sentimeter saja.

Alya merasakan yang deruan nafas Arris berhawa di wajahnya. Dia tidak tahu ingin berbuat apa. Jadi, dia hanya menunggu saja tindak balas Arris.

Dia tidak boleh bertahan lama. Sudah lima minit keadaan mereka sama seperti lima minit lepas. Alya bertekad mahu berkata sesuatu kepada Arris.

"Hubby." Panggil Alya.

"Hmm?" Sahut Arris yang cuba menggoda.

"Bau nafas hubby busuk. Boleh ketepi tak? Dah lima minit orang kena bau mulut hubby yang busuk tu. Pergi gosok gigi sana!" Alya menolak badan Arris kebelakang dan dia terus bangun melangkah ke tepi sambil menutup hidung.

Arris yang sudah tertolak itu menghidu nafasnya sendiri.

"Mana ada busuk. Wangi je." Kata Arris.

"Sendiri bau memang lah cakap wangi. Kentut dengan tahi sendiri pun cakap wangi. Patut lah perangai macam tahi." Balas Alya tidak bertapis.

"Kuaja kau eh. Bini siapa lah ni. Nasib lah aku sayang." Arris terus bangun dan melangkah menuju ke bilik air.

"Kau nak aku gosok gigi pakai ubat yang mana satu? Colgate? Darlie? Sendodyne? Oral-B? Aquafresh? Halagel? Freshwhite? Safi? Mu'min?" Kata Arris sambil menunjukkan kesemua ubat gigi yang berada di dalam kabinet itu.

"Pakai yang Halagel tu lah. Gosok sekali dengan Haramgel dalam badan tu. Biar semua setan keluar dalam badan. Perangai dah lah haram. Lepas tu boleh pulak halalkan orang. Sewel punya laki." Alya perlahan sedikit suaranya di tiga ayat yang terakhir.

"Amboi mulut kau. Nak kena cium ke?"

"Tak apa! Pakai yang mu'min tu. Bagi bermukmin sikit diri. Baru makmum terasa percaya dengan imam bermukminnya nanti." Alya terus cepat menafikan. Tidak mahu Arris membuat sesuatu yang tidak diingini.

"Makin sial pulak kau. Aku tengah tahan ni, baik kau betul-betul sikit. Tak pasal-pasal aku terkam kau satgi."

Alya hanya tersengih. Dia pun melangkah ke meja soleknya dan membuka laci itu. Lalu, minyak cap kapak itu diambilnya. Kemudian, dia melangkah ke Arris.

"Nah." Alya menghulurkan minyak cap kapak itu kepada Arris.

"Kau nak aku buat apa dengan minyak ni?" Kata Arris. Dia pelik dengan isterinya yang tiba-tiba memberinya minyak cap kapak itu.

"Gosok gigi guna ni. Bagi kapak tu potong-potong saraf otak biul hubby tu."

"Aku lah dengan kau ni. Sini kau!"

Baru saja Alya mahu lari, Arris sudah mendahului memeluknya dari belakang. Leher isterinya itu diciumnya berkali-kali. Alya yang terasa geli itu cuba untuk melepaskan diri.

"Eii lepas lah! Dah lah busuk! Pergi sana lah!"

Arris pun terus melepaskan pelukannya. Dia sengaja. Mungkin kali ini dia memberi peluang. Akan datang? Mungkin tidak.

"Kali ni, aku lepaskan kau. Tapi lepas je aku siap. Aku nak kau siap juga." Kata Arris sambil mengambil tuala mandinya yang tersangkut.

Mrs. Arris ChrisKde žijí příběhy. Začni objevovat