Alya membuka matanya perlahan. Badannya yang baring mengiring dicuba untuk bangun. Tangan yang terasa disatukan itu terus dicuba pisahkan. Baru dia menyedari, tangannya diikat.

Selepas itu, dia terus meronta dilepaskan. Keadaan di dalam bilik itu sangat tidak selesa. Hanya ada cahaya dari tingkap yang berada di atas.

Selepas beberapa minit dia meronta, dia terasa penat. Seakan tenaganya sudah berkurang. Tapi, tidak semudah itu. Dia mencuba lagi, lagi dan lagi. Walau tangan sudah terasa sangat sakit, hanya membiarkan saja. Yang penting sekarang ni, dia mahu keluar.

Bung!

Pintu yang dibuka kasar dari luar itu menyentakkan Alya yang sedang meronta sendiri untuk melepaskan diri itu terbantut. Dicuba mengecam lelaki itu. Namun, tiada apa tanda pada lelaki itu yang membuatkan Alya berasa takut. Sekali lagi dia memberontak mahu dilepaskan.

"Woi manusia! Lepaskan aku lah gila! Apa kena mengena dengan aku sampai kan kau nak culik aku ni ha!! Bini curang ke!!"

Lelaki itu tersenyum sinis. Walaupun seluruh mukanya ditutup dengan topeng, dengan cara itu ia sudah pasti yang ada senyuman disebalik.

Kemudian lelaki itu melangkah keluar. Mengambil sesuatu di sebalik pintu. Lalu, dia datang kembali dengan kayu besbol bersama tali besi ditangan.

"Kalau bini kau curang, tu masalah kau! Bukan akuu!! Lepaskan aku. Se. Ka. Rang!" Sambung Alya. Dia tidak berfikir lain. Hanya berfikir mahu melepaskan diri dan berbalik pada suami terchenta.

Kim Jong Dae?

Kayu besbol ditangan lelaki itu dihayunkan dan terus memukul bahu Alya dengan kuat. Terbaring tubuh itu dilantai. Geram yang terkumpul pada Alya ditahan. Lalu, dia terus duduk dan menghadap lelaki itu.

"Sial. Kau nak apa sebenarnya ni. Kalau setakat kau berdendam dengan orang yang rapat dengan aku, tu masalah korang. Kenapa kena kaitkan dengan aku! Aku tak ada kena mengena! Masalah kaj ke masalah aku!"

"Kalau nak buat jahat, lain kali tunjuk muka. Tunjuk muka!! Ini kalau sorok muka, siapa je takut. Kalau kuat sangat, pergi lawan dengan Baekhyun aku! Dia ada tali pinggang hitam! Kau ada apa je! Setakat baju, seluar, segala benda hitam, ingat kuat arh! Macam orang minyak ada lah. Ssibal."

"Ke kau nak kena langgar dengan Ferrari Sehun? Atau... nak kena hempuk dengan album aku! Tunjuk ah kalau kau berani sangat!!"

Buk!

Lelaki itu terus menumbuk muka Alya dengan kuat. Terlentang dia kebelakang sehinggakan terhantuk kuat kepalanya.

Kemudian, lelaki itu menukarkan kayu besbol itu kepada tali besi. Lalu, dia melangkah ke arah Alya dan memijak kuat peha kirinya. Alya mengerang kesakitan. Tanpa apa-apa rasa, lelaki itu terus melibas sekuat-kuatnya badan Alya.

Jelas dan terang, Alya menjerit kesakitan. Dia tahu ianya sakit. Tapi, sakit lagi hatinya sekarang ini. Kesakitan pada badan dibiarkan. Peha yang masih dipijak juga sama. Lagi, lelaki itu membidas sekali lagi badan Alya untuk kali kedua.

Ketiga.

Keempat.

Kelima.

Dan seterusnya.

Apabila lelaki itu berhenti, nafas Alya tidak teratur. Badannya yang tertutup dengan baju itu, ia pasti segala luka dan lebam sangat teruk apabila diselak. Mungkin ada yang berdarah. Dan mungkin juga ada yang lebih teruk dari itu.

Kemudian lelaki itu merangkul rahang Alya dan menarik dia duduk. Mata layu Alya itu menatap tajam mata milik lelaki itu walaupun ianya tidak kelihatan.

"Apahal? T- te... terasa..? Bo... Bodoh! Lemah!" Alya cuba berkata dengan tenaga yang masih tersisa. Dia juga kuatkan badannya yang lemah dek kesakitan itu.

Sekali lagi lelaki itu menumbuk muka Alya kuat. Dan sekali lagi juga Alya terhentak kebelakang. Lelaki itu memijak peha kanan Alya pula. Kali ni, dia melibas Alya tanpa sebarang perasan kasihan terhadap Alya.

Berkali-kali dia melibas badan itu seperti mahu mencincang hancur. Sudah puas melibas, dia mencampakkan tali besi itu jauh dan mula menyepak dengan kasut keras yang dipakai.

Disepak berkali-kali diperut. Alya tidak mampu berbuat apa-apa. Tenaganya sekarang seperti semakin hilang. Lelaki itu masih gagah menyepaknya bagaikan melepaskan dendam.

Tiba-tiba, ada satu cecair merah mula mengalir keluar dari celah kelangkang Alya. Dari peha ia mengalir sehingga ternampak pada lantai. Lelaki iru terus berhenti apabila diperasankan itu

Dengan cara itu, ia seperti menunjukkan dia berpuas hati. Sebelum lelaki itu melangkah keluar, dia menyepak sekali lagi perut Alya. Tetapi, kali ini kuatnya lain daripada yang lain. Badan Alya sudah bertembung dengan dinding belakang. Dia pun tidak menyedarkan dirinya pada ketika ini.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia mula melangkah keluar dan meninggalkan Alya di dalam bilik itu dengan mengunci bilik itu. Biarkan saja Alya di dalam itu. Tidak kisah walaupun dia mati.

Mrs. Arris ChrisWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu