Dia di antara salah seorang darj keluarga Edoardo yang mengurus sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh Adiel. Selepas Adiel pergi, kerja itu dibawah tanggungan Aaron. Dan apabila munculnya dia, Aaron menyerahkan kepada Ariana.

Kemudian, mereka beralih pada Aireen.

"Oi. Suka hati je. Aku lagi lah tak boleh. Aku kan penjaga 24 jam Ace dan Alley." Aireen terus menolak. Mereka hanya mengangguk pasrah. Tiada yang mahu menawarkan diri.

Aireen pula, dia seakan berkerja untuk memantau pergerakan anak buahnya, Ace dan Alley. Ianya kerana Aaron yang terlalu sibuk. Tambahan lagi, Valen yang kurang pengetahuan seni mempertahankan diri dan juga masih lagi dalam proses membiasakan diri lagi dalam dunia gelap ini.

Sekali lagi mereka mengeluh. Tiba-tiba Spao dan Shawn memandang Alya serentak. Aidan yang perasan akan pandangan mereka berdua, terus memandang Alya juga.

"Kau nak cakap yang bini aku ke sial." Kata Arris. Dia juga baru perasan akan Aidan beralih kepada Alya.

"Dia je lah yang boleh sekarang ni. Nak suruh Aireen dengan Ariana, terang-terang tak boleh. Valen pula tengah mengandung." Jawab Aidan. Spao dan Shawn mengangguk setuju.

"Kau boleh ke?" Tanya Arris kepada Alya untuk memastikan. Lalu, Alya hanya angguk.

"Kau faham ke bahasa Thai?" Tanya Arris lagi. Dan sekali lagi Alya mengangguk.

"Kau boleh??" Kata Spao, Shawn dan Aireen serentak. Mereka seakan terkejut seketika.

"Betul ke kau boleh ni? Tak tipu eh." Tanya Arris pula untuk memastikan. Lagi sekali Alya mengangguk. Tapi kali ni anggukannya yakin.

"Cuba cakap." Cabar Spao.

"Raikan topeni, mosomropuchom tiwi ayu sipatpi keun pai. Atmip phap, sieng reunuha tetongchai wicthenenaya negan rapchom. Puchom tiwi ayu noy kwa sipatpi keun de rap kanetnam."

Dan bocah pon percaya.

Semua menepuk tangan dengan meriah. Mendengar Alya berkata bahasa Thai itu memang mengagumkan.

Kalau lah mereka tahu disebaliknya, pasti terasa mahu sorok muka dalam lubang jamban.

"Ok. Lepas makan tengah hari nanti kita bincang. Ajak Ivan sekali."

"Kau kena ikut. Aku perlukan kau. Aireen kan ada boleh jaga anak dengan bini kau. Tak payah risau." Kata Arris kepada Aaron. Aaron hanya mengangguk tanpa banyak soal.

"Jumpa dekat markas. Aku pun perlukan anak-anak babun yang lain."

Seperti yang dijanjikan, mereka sudah berada di markas milik Aaron dan berkumpul. Separuh anak-anak babun yang dikata Arris juga turut bersama.

Suasana di dalam markas itu sangat sunyi. Aura hitam Arris sangat terasa sehingga dalamnya tulang sum-sum. Dicampurkan juga dengan sedikit aura mengancam Aaron.

Arris, Alya, Aaron, Aidan, Shawn, Ivan dan Spao berdiri dihadapan anak-anak buah Aaron. Semua kepala menunduk memandang meja.

Arris berdehem sekali sebelum dia mula bicara.

"Perjumpaan kali ni, aku nak gunakan korang yang terpilih sebagai misi pengambilan semula saham syarikat La Solo yang telah dicuri oleh syarikat saham terbesar Thailand."

"Dengar saja Thailand, sudah tentu kita akan gerak ke sana. Sebulan dari sekarang, aku nak kita bersedia. Rancangan yang akan kita bincang sekejap lagi ni, akan digunakan apabila pihak sana sudah dapat mengesan rancangan kita."

"Segala senjata dan lain-lain, aku nak lima orang di antara korang menawarkan diri untuk tolong Ivan. Dari kiraan lima, aku nak lima orang bangun."

"Satu. Dua. Ti-" belum sempat Arris menghabiskan kiraannya, serentak lima orang telah pun berdiri. Arris mengangguk beberapa kali.

"Ingat. Yang berdiri ni, habis perjumpaan ni terus tunggu dalam bilik senjata. Tunggu Ivan kat situ. Dia akan lead untuk senjata."

"Ok. Tanpa buang masa, rancangan yang akan kita mulakan..."

Hampir tiga jam mereka berbincang, akhirnya habis juga. Semua bersurai masuk ke bilik masing-masing. Hanya lima orang tadi saja yang pergi ke bilik senjata.

"Aku dengan Aidan nak pergi tolong Ivan. Korang?" Tanya Aaron.

"Aku tak ada apa. Mungkin posisi aku dekat bilik bekalan eletrik dan teman Alya mengalihkan perhatian macam kita bincang tadi." Kata Spao.

"Tak payah tanya aku. Aku memang setia dalam mana-mana bilik CCTV." Kata Shawn pula. Arris dan Aaron mengangguk bersama.

"Aku bagitahu awal-awal. Kalau tak ada apa-apa, aku tunggu dalam kereta. Kalau ada sesiapa cedera, terus inform aku cepat dekat earpiece tu. Aku akan rawat ikut urutan. Dari teruk ke biasa."

Dengan ayat yang dikatakan Aidan itu, mereka sangat setujuinya dengan penuh seratus peratus.

"Kau, ingat. Alihkan perhatian dengan bahasa Thai tu. Ok?" Kata Arris kepada Alya. Kepala isterinya diusap lembut dengan tatapan penuh sayang.

Alya hanya angguk setuju. Hatinya tidak sabar untuk menyertai misi ini. Tentang keluarga itu sudah diceritakan dahulu. Reaksinya seperti yang dikatakan Valen. Biasa. Tiada langsung terasa takut dengan keluarga itu.

"Korang boleh cau dulu. Aku ada benda lagi nak selesaikan ni." Kata Arris kepada Shawn dan Spao.

Mereka berdua pun melangkah pergi tanpa banyak soal. Aaron dan Aidan juga sudah pergi ke bilik senjata tadi. Jadi, hanya tinggal Arris dan Alya saja.

"Kau pandai bawak kereta?" Tanya Arris selepas dia memastikan hanya mereka saja di dalam bilik itu.

"Tak. Orang pandai bawak motor je." Jawab Alya. Dia sempat mengusik pisau tumpul yang berada di atas meja.

"Kalau macam tu, jom ikut aku." Arris terus memeluk pinggang isterinya dan meletakkan kepalanya di bahu Alya sambil berjalan menuju ke suatu tempat yang akan dibawanya.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now