"Ok, fine..."

Arris mula menceritakan kejadian tadi. Mereka bertiga yang mendengarkan itu kusyuk saja melihat Arris bercerita.

"Oh, jadi tu lah dia yang kau nak sangat tu?" Tanya Spao memastikan. Arris mengangguk.

"Nanti ada lah orang jagakan Ace dan Alley. Kan sayang?" Kata Aaron kepada Valen.

Valen mengangguk setuju.

"Woi. Suka hati biawak kau je. Jagalah anak sendiri." Bantah Arris. Bantal dibalingkan ke arah Aaron. Spao disitu sudah melepaskan gelaknya.

"Apa-apa lah. Aku sokong kau. Kau dah besar Ris. Dah matang. Lepas ni, nak buat keputusan, fikir dulu." Pesan Aaron.

"Aku memang dah besar. Kau buta ke."

"Eh kau ni. Ada yang aku pelangkup dengan mangkuk karang."

Selepas hampir empat puluh lima minit menunggu, akhirnya Aidan membuka pintu tanda dia selesai memeriksa gadis itu.

Arris yang perasan itu terus meluru naik menuju mendapatkan Aidan dan diikuti dengan Aaron, Valen dan Spao.

Pintu bilik ditutup. Stetoskop yang berada ditelinga itu diturunkan.

"Apa perkembangan dia?" Tanya Arris.

Aidan melepaskan keluhannya.

"Buat masa sekarang ni, kau tak boleh masuk lagi. Sebab ubat terangsang yang ada dalam kandungan badannya agak tinggi, walaupun tak banyak. Untuk tak berlaku apa-apa, kau tak boleh jumoa dia dalam beberapa hari." Terang Aidan. Dia pun membawa barang-barangnya semua ke dalam bilik.

"U jangan risau. Nanti i tengokkan dia." Kata Valen seperti mahu meredakan Arris. Arris pun hanya mengangguk lemah.

Jam sudah menunjukkan 3 pagi. Mata biru kristal itu masih tidak mahu memejam. Sudah beberapa kali dicuba, tapi tidak berjaya. Tambahan pula hatinya yang risaukan gadis itu.

Arris memutuskan untuk keluar dari biliknya dan menuju ke bilik gadis itu. Apabila melihat semuanya tiada, dia terus menurun ke tingkat 2.

"Mwo?!"

Kedengaran suara asing di bilik Ivan. Arris sudah tahu. Yang jejaka tikus tu masing tidak tidur dek kerana menonton drama.

"M- mianhae..."

Splashh!!!

"Chagiya... Jebal..."

Aljana, nanmariya. Neoui bakhae salsueopseo. Nege neo haram mu ni, si Zamani. Hutang duniaaaa... Saranghaeyo... Gomawoyo...

Rasa mahu menendang saja pintu bilik Ivan ni. Makin sunyi rumah, makin kuat dramanya. Arris yang terhenti dihadapan bilik Ivan tu hanya menerenung tajam pintu bilik itu.

Tanpa membuang masa, Arris terus melangkah ke arah bilik gadis itu. Selepas dia memastikan tiada orang, pintu itu dikuak perlahan.

Melihat Alya yang masih tidak menyedarkan dirinya. Kemudian, Arris kembali menutup pintu itu. Nafas dihembus lega.

"U buat apa?"

Aigoo kamchagiya!

Arris yang terkejut itu terus memegang dadanya apabila Valen menegurnya secara tiba-tiba.

"U tu yang buat apa?!" Kata Arris dalam nada bisiknya.

"Oh, i buat susu untuk Alley. I tanya u, u buat apa kat sini, hah? Ada niat eh?" Kata Valen menuduh Arris. Tangannya disilangkan ke dada.

"Mana ada!"

"U jangan nak macam-macam. Kahwin pun tak lagi. I bagitahu Aaron baru tahu." Ugut Valen. Sengaja dia usik adik iparnya itu.

"Bukan lah. U ni. I-"

"Eomma!!"

Kata-kata Arris terpotong apabila bahasa asing dari bilik Ivan kembali kedengaran. Dia dan Valen memandang ke arah bilik itu.

"Wae neo #$+/&$_:¥¶∆£¢$"

"U dah biasa ke macam ni?" Tanya Arris yang menunjukkan situasi asing seperti ini.

"Selalu. Kadang i dengar je pabo, shibal, saranghey, ottokekok, nabi buruk gali. Macam-macam..." Adu Valen. Kadang waktu malam mahu membuat susu untuk si kembar, ada saja benda asing yang didengar Valen.

"Eh, bukan ke u layan jugak?" Tanya Arris.

"Yup! Tapi i layan lagu je. Drama i tak. Cumi-cumi, kokobop. I think i like it." Jawab Valen. Sempat dia nyanyikan intro lagu Kokobop.

"Habis tu yang kes pasal Sehun tu? Aka Levi hidup. Yang Aaron jealous tu." Tanya Arris lagi dengan mengungkit kisah tahun lalu.

"Ya. Sehun. Member Exo. Yehet. Piyak, piyak." Balas Valen sambil membuat bunyi ayam.

Arris hanya menggelengkan kepalanya.

"Ha, u pergi lah tidur. Buat apa lagi kat sini." Kata Valen apabila keadaan mereka senyap beberapa saat.

"Oh, lupa pulak. Hehe. I pergi dulu."

Arris pun melangkah naik ke tingkat biliknya. Nasib tak tertangkap yang bukan-bukan.

Valen pun memerhati langkah Arris sehingga dia masuk ke dalam biliknya. Dia hanya memastikan yang keadaan gadis itu selamat.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now