"Kau.. kalau aku-"

Tok. Tok. Tok.

Tidak sempat Arris menghabiskan ayatnya, ada seorang diluar mengetuk pintu membantutkan katanya.

Selepas diizinkan Aaron, tiga orang lelaki masuk menunduk ke arah mereka berempat.

"Señor, rumah nombor 20 di jalan 6 taman mutiara tak bayar sewa sudah 3 bulan seperti dalam kontrak perjanjian." Kata seorang lelaki yang berada di hadapan kepada Arris.

Arris mengangguk.

"Ok." Balas Arris ringkas.

Mereka bertiga pun sudah mengundurkan diri selepas Arris membuat isyarat tangannya. Kemudian, personalitinya Arris bertukar serta-merta. Aura hitam juga turut serta.

"Nak ikut?" Tanya Arris kepada Shawn dan Spao. Dia sudah berdiri dari kedudukan. Hanya menunggu jawapan dari mereka.

"Jom!!" Kata mereka serentak.

Mereka bertiga masuk ke dalam kereta yang dipandu Arris. Kereta Aaron dicurinya untuk ke rumah yang diberitahu lelaki tadi. Tanpa membuang masa, Arris terus pecut.

Sampai di rumah itu, Arris terus menendang pintu itu sehingga tercabut.

Tak apa. Dia dah biasa.

Seorang remaja perempuan di dalam itu sudah takut. Melihat Arris, Shawn dan Spao yang datang ke rumahnya dengan muka serius seperti mahu merogol dirinya.

"Bila kau nak bayar?" Tanya Arris dingin. Nadanya itu boleh membuatkan mana-mana orang menjadi putih mata bila dengar.

"M- ma... maaf T- Tuan. Sa... saya janji, s- saya akan bayar bu- bulan d- de- de... pan." Rayu remaja itu.

Arris tidak peduli dengan rayuan itu. Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan.

Kepala digelengkan.

"Aku tak nak sebarang rayuan. Sekarang-"

"Kejap!"

Tiba satu suara di hadapan muka pintu. Arris, Shawn dan Spao memandang satu tubuh yang datang tiba-tiba itu.

Gadis itu terus berlari masuk ke arah adiknya.

"Maaf, tapi... Bagi lah kami masa sebulan saja lagi. Aku akan bayar terus 5 bulan." Rayu Alya terus selepas dia melangkah masuk mendapatkan adiknya.

"Kau ok tak? Dia ada buat apa-apa dekat kau tak?" Tanya Alya risau kepada Asya.

Asya hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada apa yang berlaku padanya. Air mata terus mengalir deras kerana ketakutan.

"Aku tak terima sebarang rayuan. Perjanjian tetap perjanjian." Tegas Arris.

"Tolonglah. Sebulan saja. Kan aku kata, aku akan bayar untuk straight lima bulan." Kata Alya yang masih dengan rayunya. Dia berfikir juga, dimana mereka berdua akan tinggal jika mereka dihalau sekarang.

Arris memandang tepat ke dalam mata Alya. Tangannya elok saja dalam poket. Shawn dan Spao hanya memerhati dari belakang. Menyaksikan dua perempuan itu dihalau sebentar lagi.

"Ok. Sebulan je lagi. Kalau tak, aku tak teragak-agak nak bakar terus rumah ni." Arris memberi amaran. Habis saja, dia terus melangkah keluar.

Shawn dan Spao yang melihat, hanya memandang tidak percaya. Mereka mengharapkan akan ada aksi untuk dilihat, ternyata tidak.

Terus, kaki Melangkah masuk ke dalam kereta. Selepas Shawn dan Spao masuk, Arris terus memecut laju.

"Kau kenapa Ris?"

Aaron terdengar satu suara diluar bilik. Matanya terus memandang ke arah pintu. Melihat kelibat Arris bersama Shawn dan Spao mengejarnya.

"Kenapa ni?" Tanya Aaron.

"Tak tahu aku. Dia ni. Aku pun tak tahu kenapa. Orang tak bayar sewa 3 bulan tu, dia bukan nak halau. Dia baginya masa lagi." Cerita Shawn kepada Aaron.

"Haah bro. Aku ingat dapat lah jugak tengok orang kena halau... Sekali hampeh." Kata Spao menyokong ayat Shawn.

Arris yang sudah berada di sofa itu hanya memejamkan matanya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dengan dirinya hari ni.

"Bising lah korang ni! Diam boleh tak!! Serabut lah."

Rimas Arris. Kepalanya diserabutkan. Aaron, Shawn dan Spao yang melihat itu tidak berkata. Arris pun terus keluar dari bilik itu dan menuju ke kereta Lambonya.

Rumah dituju.

Masuk ke dalam rumah, badan dihempas ke sofa. Fikiran dikosongkan buat seketika.

Ace dan Alley yang berada di bawah itu hanya memandang saja kelakuan Arris itu.

"Awal u balik, Arris." Tanya Valen yang baru melangkah ke ruang tamu sambil membawa satu bekas air. Air itu diletakkan di atas meja.

Arris hanya meng'hm'kan saja. Tiada rasa mahu mengeluarkan kata.

"Tadi akak dengan Aireen ada telefon. Dia kata petang ni dia nak datang. Katanya ada benda nak bagi tahu." Kata Valen kepada Arris. Secawan air itu dibagi kepada Ace dan Alley yang sedang bermain itu.

"Benda apa?" Tanya Arris.

"Dia tak bagi tahu pulak benda apa."

Arris hanya mengangguk. Lalu, dia terus naik ke bilik. Rasa tidak tenang pula nak rehat kerana Ace dan Alley yang sedang bermain itu.

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now