BBISA! 089 ( ENDING )

21.2K 930 404
                                    

"FULAMAK! Kau ni nak pergi prom ke pergi naik pelamin, Fiq? Lain macam aku tengok kau malam ni..." Tegur Ariyan dari belakang. Syafiq hanya tersenyum saja. Jam berjenama Rolex diraih dari atas meja lalu dipasangkan ke tangan kiri.

Putra yang sedang menguyah snek kentang terus tersembur keluar dari mulutnya tatkala melihat penampilan Syafiq yang jauh beza dari sebelum ni. Tak pernah-pernah lelaki itu berpakaian segak siap berwangi-wangian bagai. Dah buang tabiat ke apa?

"Wah! Kamu begitu tampan sih malam ni! Bagaikan bidadara Syurga!"

"Acalah kau sampai bidadara syurga bagai. Fiq nak buat surpriselah kejap lagi." Celah Rafael yang juga berpakaian segak malam ini. Nak menari dengan girlfriend kan? Mestilah kena segak-segak takkan nak selekeh pulak. Malu girlfriend nanti.

"What's surprise?" Soal Antares yang entah dari mana muncul.

"Korang." Syafiq berpaling ke belakang, memandang ke arah rakan-rakannya. Dah alang-alang semuanya ada disini, mungkin diorang boleh membantu apa yang patut so takdelah kerja dia nanti akan jadi kelam-kabut.

"Aku nak mintak bantuan sikit."

•••••

Mercure Bali Sanur Resort

WANA melangkah turun dari kereta setelah pintu dibuka oleh Uncle Aidan. Gaunnya dibetul-betulkan sedikit agar kelihatan kemas dan anggun.

"Wah! Kamu ini cantik bangat sih, Wana." Puji Uncle Aidan membuatkan Wana tersimpul malu. Gadis itu melihat cermin buat kali yang terakhir sebelum membuka langkah sehingga tiba di depan pintu utama resort.

"Paman, aku gugup."

"Kenapa sih gugup?" Uncle Aidan bertanya. Dia berdiri di depan Wana untuk menemani gadis itu buat seketika sementara menunggu kehadiran Syafiq yang berjanji ingin menjemput puteri tunggal majikannya, Tuan Mifta di lobi resort.

"Aku hanya seorang siswa sekolah menengah aja, lagipula aku gak pandai menari—"

"NIA!" Refleks, Uncle Aidan dan Wana menoleh ke arah Syafiq yang baru tiba dari tingkat atas. Wana yang berasa gementar terus berpaling ke arah Uncle Aidan, namun pekerja bapanya itu sekelip mata saja menghilang.

"Semoga berhasil, Mikael!" Jerit Uncle Aidan dari arah kereta. Syafiq melambaikan tangan manakala Wana masih bingung dengan situasi yang sedang berlaku. Dia berpaling semula ke depan. Terus kedua-dua pipinya merona merah tatkala melihat penampilan Syafiq yang lain dari yang lain. Syafiq memandang Wana atas bawah sambil mengukir senyuman manis.

"You're so beautiful tonight, Engku Wana Azienia." Puji Syafiq berterus-terang. Wana mengemam bibir, menahan senyuman lebarnya dari terlihat lelaki itu.

"You too, handsome." Tawa Syafiq terletus. Dia berjalan merapati Wana seraya menghulurkan lengannya.

"Jom naik atas?" Wana menganggukkan kepala. Tangannya disilangkan ke lengan Syafiq. Mereka berdua kemudiannya berjalan beriringan masuk ke dalam lif untuk ke tingkat 25 dimana promenade  dance diadakan di Ballroom utama resort.

Sampai saja di ballroom, Wana memandang ke setiap sudut ruangan tersebut. Terlihat ramai pelajar universiti sedang bersuka-ria bersama pasangan dan rakan masing-masing. Ada yang sedang menari, menikmati juadah makanan malahan beberapa permainan untuk berhibur turut diadakan. Lagu yang dimainkan sekarang adalah Stuck With You nyanyian Ariana Grande dan Justin Bieber, lagu yang amat sesuai dengan suasana yang romantik kala ini.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now