BBISA! 086 ( SC 4 )

8.9K 614 227
                                    

"MAU beli apa lagi, Wana?" Tanya makcik penjual kuih. Dia mengukir senyuman mesra buat si gadis cantik di depannya itu.

"Aku teringin pengen banget makan pecal hari ini. Bisakah bibi membungkus pecal ini untukku?" Makcik itu mengangguk. Lantas tangannya membungkuskan pecal untuk pelanggan tetapnya tersebut.

Pecal merupakan antara makanan tradisi orang Indonesia. Senang cerita, orang Malaysia panggil pecal ni, rojak sayur yang terdiri daripada tauhu, taugeh, kacang panjang, timun, kangkung dan tempe yang dicampurkan bersama kuah kacang.

"Itu aja? Mau tambah lagi?"

"Itu aja, kok. Berapa semuanya?"

"Cuma 33669.75 rupiah aja." Balas makcik itu lagi. Wana mengeluarkan wang rupiah yang berjumlah 33669.75 - RM10. Wang tersebut dihulurkan kepada makcik penjual kuih.

"Aku beli ya?"

"Iya. Hati-hati menyeberang jalan, Wana." Pesan makcik tersebut. Wana mengangguk sambil membalas senyuman wanita separuh abad itu. Sebelum dia melintas jalan, kepalanya ditolehkan ke kiri dan kanan bagi memastikan tiada kereta yang lalu-lalang.

Setelah memastikan jalan raya selamat untuk diseberang, segera Wana membuka langkah melintasi jalan raya menuju ke keretanya. Namun malang tidak berbau, entah dari arah mana muncul tiba-tiba sebuah kereta hitam berjenama BMW X1 melanggarnya secara tiba-tiba.

DUM!!

"ARRGGHHH!!" Wana menjerit kesakitan yang teramat. Dia merasakan bahawa tulang bahunya patah akibat daripada hentaman yang berlaku. Nasib baiklah kena di lengan saja, kalau satu badan? Tak pasal-pasal tubuhnya melambung lepastu mati sia-sia.

"Astaghfirullahalazim...Wana!!" Makcik penjual kuih terus berlari mendapatkan Wana yang terlentang di atas jalan raya sambil memegang bahunya yang kesakitan.

Syafiq yang berada di dalam kereta hitam tersebut terus menekan pedal brake serta-merta. Pintu dibuka lalu dia berlari keluar mendapatkan Wana dan makcik itu.

"I'm really really sorry! Saya tak sengaja terlanggar awak! Saya bawak pergi hospital, ya—"

"Gak usah. Bawa saja Wana ke rumah Bibi. Rumah Bibi ada disana. Ayuh!" Pantas makcik itu menghalang. Dia mengarahkan Syafiq untuk mengangkat Wana dan membawa gadis itu menuju ke rumahnya yang berada beberapa jarak saja dari gerainya.

"Erm..." Syafiq diam seketika. Boleh ke dia pegang perempuan yang bukan mahram seperti Wana? Tapi, situasi ni dikira daruratkan?

"Tunggu apa lagi kamu?! Cepat bawa dia kerumah Bibi!" Jerit makcik tersebut dengan nada suaranya yang lantang. Nasib baiklah kampung halamannya tidak mempunyai ramai penduduk. Suasana pun tenang saja dan tidak sesak seperti di bandar.

Syafiq memandang Wana yang masih menahan kesakitan. Nak taknak terpaksalah dia bersentuhan kulit dengan gadis jawa tersebut.

"Tahan sikit." Ujar Syafiq sebelum mengangkat tubuh Wana secara bridal style. Dia kemudiannya berlari anak menuju ke rumah makcik tadi. Beberapa anak tangga kecil dinaiki sebelum melangkah masuk ke dalam rumah kayu yang tidak tumpah seperti rumah Tradisional Melayu yang terdapat di tanah airnya, Malaysia.

"Letakkan dia disini." Arah makcik separuh baya itu lagi sambil menunjukkan arah ruang tamu. Wanita itu berlari anak masuk ke dalam biliknya sebelum keluar bersama minyak yang biasa digunakan untuk mengurut orang.

"Bibi...."

"Panggil aja Bibi Kermala."

"Baiklah...kenapa Bibi tak mahu saya bawa dia pergi hospital?" Tanya Syafiq kehairanan sementara makcik Kermala melepaskan beberapa butang atas kemeja yang dipakai Wana. Lihat saja bahu Wana yang terdedah, terus Syafiq mengalihkan pandangan ke dinding kayu untuk mengelakkan perzinaan mata.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now