BBISA! 039

16.6K 859 33
                                    

SETELAH hampir tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak, akhirnya bas yang dinaiki mereka tiba jua di destinasi yang dituju iaitu Sahom Valley Resort, Kampar, Perak.

Semua pelajar tingkatan lima yang berada di dalam bas bersiap-siap untuk turun kebawah. Hanya tinggal tunggu arahan saja diberikan oleh Sir Ifwat nanti.

"Semua dah get ready ke belum?" Tanya Sir Ifwat seraya membuang pandangan ke seluruh ruang di dalam bas dua tingkat tersebut.

"Dah sir!!" Sahut mereka terlebih excited untuk turun ke bawah dan melihat sekitar kawasan yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan hijau. Ada yang sudah mengeluarkan kamera dan telefon untuk merakam dan menangkap gambar kawasan resort yang akan mereka diami kelak.

"Ingat, ini tempat orang so jangan jadi macam kera masuk hutan. Jaga diri masing-masing dan jangan bergaduh. Semuanya aktiviti kami telah tetapkan. Kamu semua hanya perlu ikut saja tanpa bantahan, faham tak?"

"Faham sir!"

"Dan lagi satu. Sepanjang kamu semua disini, PAKAIAN mestilah tertutup dan jangan sibuk nak show off skin korang yang tak berapa nak soft tu lagi-lagi pelajar perempuan especially muslim. Tempat tidur kami dah asingkan lelaki dengan perempuan. Jadi, kalau ada mana-mana pelajar yang tertangkap basah, kami takkan teragak-agak untuk hantar kamu balik jumpa mak ayah kamu dan denda RM 1 juta ringgit sebagai tanda kamu malukan imej sekolah, faham semua?!" Pesan Sir Ifwat lagi sambil bercekak pinggang. Setiap gelagat anak-anak pelajarnya dipandang satu demi satu.

"Sir!" Panggil seorang pelajar perempuan. Sir Ifwat mengalirkan pandangannya ke arah gadis kacukan Cina-India tersebut.

"Kalau baju kami ketat tapi masih tertutup macam mana? Untuk yang non-muslim pun kena pakai baju tertutup ke?"

"Kalau baju ketat sangat sampai nampak lekuk badan, kami ada sediakan baju yang lebih longgar untuk kamu pakai. Tak kiralah kamu muslim ke non-muslim ke, majoriti pelajar sekolah ni adalah muslim. Jadi, kamu kena hormat pandangan mereka terutamanya lelaki-lelaki gatal yang duduk dekat belakang tu!" Dua ulas bibirnya dijuihkan ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang duduk di tempat duduk bahagian belakang sekali.

Mana taknya daripada tadi asyik berbisik lepastu duk kenyit-kenyit mata dekat pelajar perempuan yang 'seksi'. Entah apa yang dibisikkan tu pun dia tidak tahu. Husnudzon jelah.

Setelah arahan untuk turun dari bas diberikan oleh Sir Ifwat, semua pelajar yang berada di dalam bas menggalas beg masing-masing dan beratur dengan tertib turun dari kenderaan panjang tersebut. Mereka semua diarahkan untuk berkumpul di halaman bagi sesi membahagikan bilik.

"Assalammualaikum dan selamat petang anak-anak semua. Nama saya, Puan Diana, pengurus besar di resort ini. Saya dan pekerja-pekerja saya yang lain ingin mengucapkan selamat datang ke Sahom Valley Resort. Harap kamu semua berpuas hati dengan servis kami sepanjang kamu semua menginap disini. Kami telah menyediakan 60 buah chalet untuk pelajar lelaki di sebelah kanan manakala di sebelah kiri pula untuk pelajar perempuan. Tape kuning yang kamu lihat di atas tanah sekarang adalah satu amaran untuk pelajar-pelajar berlainan gender tidak melepasinya. Pekerja-pekerja saya akan buat pemantauan ketat dan menangkap sesiapa saja yang melanggar peraturan. Are you clear?"

Panjang-lebar Puan Diana berpesan kepada tetamu-tetamunya yang terlihat seperti 'hidup bebas' itu. Maklumlah orang bandar dan majoriti mereka berlatarkan keluarga yang kaya-raya. Boleh dikatakan hanya 30 peratus dari 100 peratus saja pelajar perempuan yang bertudung manakala yang lain adalah free hair dan berlainan agama.

"Kejap lagi cikgu-cikgu kamu akan bahagikan kamu kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan akan ada enam atau tujuh ahli saja. Dan ahli-ahli kamu itulah yang akan tinggal sebumbung dengan kamu sepanjang lima hari kamu semua berada disini..."

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now