BBISA! 045

17.2K 900 72
                                    

"Kita putus kawan."

Terngiang-ngiang kata-kata dingin yang diucapkan Khairil dalam kepalanya. Nia menghelakan nafas berat. Betul ke Khairil memang maksudkan kata-katanya itu?

Haih. Sudahlah dia kehilangan dua orang sahabat baiknya, Laila dan Darwisy. Sekarang, Khairil pula yang ingin menjauhinya. Apa salah dia sampai semua orang mahu menjauhinya? Rasanya dia tak pernah kacau kehidupan orang lain. Kata-kata dia pun selalu dijaga.

Dia bukan apa, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata? Ha boleh fikir sendiri kan? Bukan itu je. Akhir-akhir ini perangai Naufal memang dah lain. Siapa je tak tahu yang lelaki itu playboy dalam masa yang sama badboy?

Perempuan keliling pinggang. Setiap perempuan yang keluar dengan suaminya semuanya berbeza-beza. Ada yang bertudung, ada yang free hair, ada yang jenis masuk air, ada yang seksi tahap seksa dan banyak lagilah. Bukan dia tak tahu. Tapi, disebabkan peraturan-peraturan bodoh yang terpaksa dia ikut, dia diamkan saja.

Walaupun begitu, masih ada lagi yang pelik. Lately ni, Naufal tak habis-habis merenungnya tajam sampai nak tembus dah rasa. Bila dia dengan Khairil atau Aatif atau rakan-rakan lelaki kelasnya yang lain, mesti wajah Naufal sentiasa tegang. Kebiasaannya bukan lelaki itu kisah pun apa yang dia nak buat. Sejak sampai ke kem ni lah, baru dia perasan akan perubahan Naufal.

Jika diingatkan balik, beberapa minit selepas dia dan Khairil berborak di dalam bas, tiba-tiba Huda dimarahi Naufal. Kena tengking pulak tu. Lelaki kalau dah menengking, siapa saja yang tak terasa kan? Semestinyalah Huda menangis. Walaupun gedik, tapi hati gadis itu sebenarnya tisu. Maklumlah anak manja, mak ayah dia pun tak pernah tengking dia, ini Naufal pulak yang tengking dia.

Of courselah dia cepat terasa.

Tapi, Naufal tampak langsung tidak kisah. Nia fikir mungkin hubungan mereka telah pun berakhir selepas lima bulan menjalinkan hubungan cinta monyet.

Nama pun cinta monyet. Mestilah takkan kekal. Lagipun Naufal tu dah ber-'ISTERI'. Cuma, status mereka saja yang dirahsiakan. Dia sendiri tak tahu bila Naufal mahu 'pecahkan' rahsia mereka itu kepada khayalak ramai.

"You buat apa dekat sini sorang-sorang? Tak rasa kena gigit nyamuk ke?" Sedang Nia mengelamun panjang, tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Serta-merta lamunannya mati.

Dia menoleh ke arah gerangan yang bercakap dengannya tadi. Oh, Huda rupanya. Eh kejap-

"Asal mata kau bengkak ni? Kau menangis ke? Siapa buat?" Soal Nia bertalu-talu. Lengan Huda ditarik lembut sehingga punggung gadis itu berlabuh di atas bangku disisinya. Huda tersenyum pahit. Dia bermain dengan jari-jemarinya sambil membuang pandangan ke arah hutan tebal berdekatan chalet yang mereka diami sekarang.

"Siapa lagi? Naufallah..." Katanya perlahan. Kedengaran suara Huda sedikit sengau disebabkan baru lepas menangis. Nia hanya diam. Tak tahu nak bagi reaksi apa kepada balasan Huda.

"Dia buat apa?" Soal Nia setelah beberapa saat mereka berdua mendiamkan diri tanpa bunyi. Huda menarik nafas dalam kemudian menghembuskannya perlahan.

"Takkan you tak dengar tadi? Kan dia tengking I dalam bas. First time dia marah I kuat macamtu. I tak tahu apa salah I. I cuma nak bagi roti sosej je tapi bila I cakap dengan dia, dia buat bodoh. I tepuklah tangan dia sikit, terus melenting." Jelas Huda membuka cerita.

"Dah lama ke dia macamtu?"

"Entah. Masa awal-awal datang sini elok je dia layan I. Lately ni je I nampak dia macam serabut. Nia. I nak tanya you. You ada apa-apa ke dengan dia?"

"Ha?" Nia pandang Huda. Huda pandang Nia. Masing-masing membisu seketika sebelum Nia menggelengkan kepala.

"Kalau takde apa-apa kenapa Naufal selalu tenung you? Waktu makan tenung you, dalam bas tenung you. Dia buat I ni macam tak wujud tahu tak? Time I cakap dengan dia masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mesej jarang balas. I tanya sepatah dia jawab sepatah. Kalau dulu, at least tiga jam kitorang stay up on the phone sebelum tidur. Now, call dua minit pun dia malas. Alasan, ngantuk! Takde mood! Ish bencilah!"

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now