BBISA! 054

16K 1K 100
                                    

NIA menutup mulutnya tika ingin menguap. Mata yang berair digosoknya kerana rasa mengantuk yang teramat namun dia masih belum puas mengulangkaji pelajaran. Jam didinding dipandang sekilas. Pukul 9.45 malam. Masih awal lagi untuk masuk tidur.

Dia kemudiannya mengalih pandangan ke arah Naufal yang duduk bertentangannya. Kedua-dua kening bertaut pelik. Apa yang Naufal sedang buat tu? Fokus semacam?

Nia kehairanan. Buku latihan Naufal dirampas dari tangan suaminya membuatkan fokus Naufal hilang. Lelaki itu merengus kecil. Buku latihannya cuba dirampas namun Nia lebih pantas menepis tangannya.

"Bagilah balik!"

"Awak buat apa dari tadi? Fokus semacam je?" Nia bertanya sebelum buku latihan Naufal dibaca. Kosong. Bersih. Langsung tiada dakwat hitam mahupun biru yang mengotori kertas bersaiz A4 tersebut. Nia menghelakan nafas kecil. Cita-cita nak jadi CEO syarikat menggantikan Tuan Luzman tapi bila orang suruh belajar taknak belajar. Pemalas!

"Sampai bila nak jadi macam ni? SPM nak dekat kan?" Naufal memutarkan bebola mata. Mula dah perempuan ni nak membebel.

"Aku gagal ke berjaya ke bukan masalah kau. Bagi balik buku aku!" Sekali lagi Naufal cuba untuk merampas buku latihannya semula. Nia menggelengkan kepala. Lengannya dikebelakangkan menjauhi tangan Naufal yang ingin merampas buku latihan tersebut.

Tiba-tiba sehelai kertas kajang terjatuh dari helaian buku itu. Dahi Nia berkerut pelik. Tubuh dibongkokkan sedikit lalu mengambil kertas tersebut dan melihat isinya. Biji matanya membulat besar. Apa ni? Lukisan? Naufal pandai melukis? Nia tertanya-tanya di dalam hati.

Kepala didongak memandang Naufal tidak percaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepala didongak memandang Naufal tidak percaya.

"Awak ke yang lukis?" Soal Nia inginkan kepastian. Naufal berdehem. Kertas ditangan Nia terus dirampas. Dia bangun dari kerusi seraya mengemas barang-barangnya yang bertaburan di atas meja.

"Bosanlah belajar. Aku nak tidur dulu." Kata Naufal. Soalan Nia tadi diendahkan saja. Setelah selesai mengemas barang, dia menuju ke arah katil. Tubuh dicampakkan ke atas tilam bersaiz king tersebut.

"Sebelum tidur jangan lupa tutup lampu." Pesannya sebelum sepasang mata dikatup. Dengkuran halus mula kedengaran dan menyapa halwa telinga Nia. Kini, gadis itu bersendirian di meja belajar. Dia masih tertanya-tanya.

Sejak bila Naufal pandai melukis? Tak pernah pulak dia tengok suaminya itu melukis. Pegang pensel pun malas apatah lagi melukis kan?

Nia menggelengkan kepala. Kalau tanya Naufal memang taklah lelaki tu akan jawab. Nafas dihela kecil. Dia bangun dari kerusi seraya mengemas barang-barangnya yang berselerak di atas meja.

Usai mengemas, langkah kaki dibawa ke arah almari. Beg baju dicapai kemudian mengeluarkan sebuah beg kecil yang berisi barang-barang penjagaan kulit miliknya seperti krim malam, pelembap, pencuci muka, berus gigi dan sebagainya.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now