BBISA! 030

19.6K 993 230
                                    

Setelah melaksanakan solat sunat tahajjud, Nia duduk berteleku di atas sejadah dan berselawat ke atas nabi Muhammad SWT. Disebabkan jam sekarang sudah menunjukkan pukul 3 pagi, suasana sekeliling amat hening tanpa bunyi bising dari luar bilik hotel mahupun kenderaan-kenderaan di atas jalan raya.

Selesai saja berselawat, telekung yang tersarung pada tubuh dibuka kemudian dikemas agar ruangan di depan tv kelihatan bersih seperti selalu. Telekung dan sejadah yang telah dilipat tadi dibawa masuk ke dalam bilik dimana Naufal masih terlena dibuai mimpi.

Alang-alang Naufal tengah tidur, Nia mengambil peluang ini untuk mengemas beg bagasi dan beg-beg lain yang digunakan sepanjang mereka berada di Pavilion Hotel tersebut.

Sepasang pakaian dikeluarkan dari dalam beg milik Naufal kemudian dibawa ke bilik satu lagi untuk digosok. Seperti yang telah mereka bualkan semalam, Nia terpaksa mengikut semua peraturan yang telah ditetapkan Naufal kepadanya.

Tapi, dia lupa pulak nak tanya. Apa jadi kalau dia langgar peraturan-peraturan tu? Adakah dia akan dipukul atau Naufal akan bertindak mencuranginya?

Entahlah nak, hanya tuan badan saja yang tahu.

Dia masih ingat segala peraturan-peraturan pelik yang Naufal telah tetapkan dalam 'surat perjanjian rumahtangga' mereka.

FLASHBACK;

"Berdiri sekarang." Arah Naufal membuatkan Nia berkerut pelik.

"Untuk apa?"

"Aku suruh bangun tu bangun je lah! Takkan tu pun tak boleh nak buat?!" Naufal mula meninggikan suaranya. Segera Nia bangun dari sofa dan berdiri tegak seperti yang diarahkan lelaki itu.

"Aku nak kau baca peraturan-peraturan tu depan aku sambil angkat tangan macam orang berikrar. Cepat!"

"Ha?!"

"Aku kata buat tu buat jelah!" Nia mengetap gigi, cuba menahan diri dari menghamburkan kemarahan kepada si suami. Dia tahu, hukum menengking-nengking suami tu berdosa besar.

Tapi, perlu ke buat semua ni?! Hmm..mahu atau tidak, terpaksalah dia buat jugak. Kalau tak, entah apa yang Naufal ni akan lakukan pada dirinya.

"Up." Tangan kanan diangkat sehingga ke paras bahu. 'Ikrar' yang dicipta Naufal muka dilafazkan satu per satu dengan suara yang jelas.

"Yang pertama, saya berjanji tidak akan menutup pintu semasa mandi dan membenarkan suami saya masuk sesuka hati.

Yang kedua, saya akan memastikan pakaian suami saya siap digosok tanpa kedut sama ada baju sekolah, baju harian mahupun baju tidur termasuklah seluar dalamnya, HARUS DIGOSOK dan disediakan tepat pada waktunya.

Yang ketiga, saya berjanji akan memasak makanan barat setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari sama ada untuk makan tengah hari ataupun makan malam.

Yang keempat, setiap malam, saya perlu mengurut badan suami saya selama satu jam sebelum tidur.

Yang kelima, saya berjanji tidak akan melarang suami saya keluar kemana-mana, berjumpa dengan sesiapa yang dia mahu serta menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan yang dia sukai.

Yang keenam, saya berjanji tidak akan memasukkan segala jenis sayur-sayuran terutamanya terung, lada benggala, taugeh, brokoli dan peria ke dalam masakan suami saya.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now