BBISA! 038

16.7K 892 149
                                    

"OKAY, baiklah semua sila berkumpul di depan saya sekarang! Beratur mengikut kelas masing-masing!" Sir Syakib memberikan arahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Waterford Elite Highschool yang sudah tiba di sekolah. Semua pelajar yang sedang berborak antara satu sama lain segera bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh guru penolong kanan tersebut.

"Ada lagi yang masih belum sampai ke? Ketua kelas, sila check rakan-rakan kamu. Pastikan semuanya hadir. Mana-mana pelajar yang belum hadir, bagitahu guru kelas masing-masing dengan segera!"

"Semua dah sampai ke?" Aatif bertanya kepada rakan-rakan sekelasnya yang lain. Mereka dipinta untuk beratur di dalam barisan supaya mudah untuknya mengira jika ada yang masih belum tiba.

"Semua hadir!" Adriana yang berdiri di barisan belakang sekali menjerit sedikit kuat. Aatif menganggukkan kepala sebelum dia berjalan ke arah Ms. Aina untuk memberitahu kehadiran bagi kelas 5 African Violet adalah penuh.

Setelah kehadiran setiap pelajar dilaporkan kepada guru kelas masing-masing, Sir Syakib kembali berjalan ke depan menghadap pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk memberikan sepatah dua kata.

"Assalammualaikum and good morning everyone, semua dah sarapan ke belum?"

"Dah..." Lemah saja balasan dari semua pelajar yang hadir. Sir Syakib menarik nafas dalam. Setiap gelagat anak didiknya diperhatikan satu demi satu. Ada yang sedang menguap, ada yang sudah tertidur di bahu rakan, ada yang sedang berborak dan ada juga yang sejak tadi merungut kerana terpaksa berdiri di bawah cahaya matahari terik.

"Kata dah sarapan tapi kenapa lemau je korang semua ni?! Saya yang sorang ni pun suara kuat, awak semua yang beratus ni pulak suara perlahan je. Mulut tu banyak emas sangat ke?!"

"Memekaklah si botak ni." Irsyad merungut. Tuala kecil yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan lalu mengelap peluh yang merenek di dahi.

"Dia cakap guna mic memanglah suara kuat, aduh silau mata aku tengok kepala dia yang berkilat tu..." Sokong Naufal dan menerima tawaan dari Irsyad dan Mifta.

"Kepala dia lagi berkilat mengalahkan cermin besar dekat rumah aku tu." Kalini Mifta pula bersuara. Seronok betul mengutuk orang.

"Siapa yang mengutuk aku tu?! Fikir aku pekak ke?!" Sir Syakib menjerit kuat. Sepasang matanya diliarkan mencari gerangan pelajar yang berani mengutuk style rambutnya. Masyarakat zaman sekarang kalau nampak orang botak je nak judge, fikir style rambut diorang tu cantik sangatlah?!

Sekurang-kurangnya orang botak ni tak perlu bazirkan duit beli shampoo, bukak je air pancut terus air mengalir atas kepala. Kan tak rimas tu!

Terus Naufal, Mifta dan Irsyad mendiamkan diri. Mereka memandang antara satu sama lain seraya cuba untuk menahan tawa yang hampir terletus sekali lagi.

"Saya taknak buang masa lagi, awak semua pun penat kan berdiri lama-lama? Seperti yang Sir Ifwat pernah beritahu kamu haritu, pihak sekolah akan mengadakan kem motivasi untuk semua pelajar tingkatan 5 tahun 2020. Kami tidak mahu kamu semua stres dengan kelas tambahan dan homework, jadi tujuan kami adakan kem motivasi ini untuk bagi kamu relaks dan tenangkan fikiran. Saya nak kamu semua dapat momentum baru untuk terus belajar dan belajar sehinggalah kamu jejakkan kaki ke dalam dewan peperiksaan dua bulan saja lagi. Tak lama pun, sebulan je kamu exam lepastu honeymoon lah puas-puas!"

Kedengaran sesetengah pelajar tingkatan 5 mula bersorak setelah perkataan 'honeymoon' meluncur keluar dari mulut Sir Syakib. Suasana yang pada mulanya serius bertukar bising dengan sorakan dan perbualan pelajar-pelajar yang sudah merancang aktiviti-aktiviti yang mereka mahu lakukan selepas tamatnya SPM.

"Aip! Tak payah nak suka sangat, selagi SPM belum tamat, jangan berangan-angan nak berhoneymoon! Okay semua, sila beri perhatian! Saya dah bincang dengan cikgu-cikgu kamu, kami akan pecahkan kamu kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kelas 5 African Violet, 5 Blue Violet dan 5 Dark Violet akan pergi ke Sahom Valley Resort, Perak manakala kelas 5 French Rose, 5 French Blue dan 5 Dogwood Rose akan pergi ke Kem Lang Buana, Perak. Aktiviti-aktiviti yang akan kamu semua jalankan akan diberitahu setelah tiba di lokasi kem masing-masing. Jangan lupa, sila bawak buku nota dan alat tulis sekali. Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang kem tersebut berlangsung. Hadiah-hadiah menarik juga menanti kamu. Kami berharap sangat kamu semua beri kerjasama dan tidak pentingkan diri. Saya taknak dengar masalah ada pelajar yang bergaduh rebutkan girlfriend atau boyfriend, main tarik-tarik rambut, curi barang-barang pelajar lain. Faham?!!"

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!On viuen les histories. Descobreix ara