BBISA! 053

16.4K 857 131
                                    

"MAMA masak apa? Sedapnya bau..." Tegur Reena. Tubuh Puan Aileen dipeluknya erat dari belakang. Dagunya disandarkan ke atas bahu si ibu. Puan Aileen yang sedang leka memasak ayam masak merah, terhinjut bahunya kerana terkejut dengan kehadiran Reena yang tiba-tiba.

"Ish kamu ni! Bukannya nak beri salam! Kalau mama ada sakit jantung macam mana?" Marah Puan Aileen namun nada suaranya lembut saja. Reena tergelak kecil.

"Mama masak ayam masak merah. Kejap lagi Naufal dengan Nia nak makan sini. Kamu tu, awal balik kerja? Papa tak marah ke?"

"Reena dah mintak izin papa nak balik awal. Reena rasa tak sedap badan lah, ma... Esok pun rasa malas nak masuk kerja." Jawab Reena. Dahi Puan Aileen berkerut. Api gas ditutup sebelum berpaling ke belakang memandang anak sulungnya itu. Dahi Reena disentuh menggunakan belakang tapak tangan.

"Migrain kamu datang lagi ke? Haih..tulah kan mama dah cakap, kerja memang kerja, tapi kesihatan kamu tu perlu jaga jugak. Sesekali jangan asyik duduk dalam aircond je, keluar hirup udara segar. Lepastu, waktu tidur kena tidur awal jangan tidur lambat. Ha, kan dah kena migrain. Makan pun sama, ikut waktu bukannya salad je hari-hari. Alasan nak diet sebab gemuk!" Bebel Puan Aileen. Reena hanya mendiam saja. Tak elok melawan cakap orang tua, tak berkat hidup nanti.

"ASSALAMMUALAIKUM!!" Laungan Nia menyentakkan Puan Aileen dan Reena yang berada di dapur. Puan Aileen tersenyum gembira. Lantas dia berlari anak keluar dari kawasan dapur untuk menyambut kepulangan anak dan menantu kesayangannya tersebut.

"Waalaikumussalam..." Jawab Puan Aileen. Mereka berdua bersalaman antara satu sama lain manakala Reena di dapur pula menyenduk ayam masak merah masuk ke dalam pinggan berbantukan orang gaji yang sedang mengemas meja makan.

"Naufal mana, Nia?" Tanya Puan Aileen. Lengan menantunya ditarik ke ruang tamu. Masing-masing melabuhkan punggung di sofa panjang sambil berbual mesra.

"Naufal ada dekat luar. Tengah on call dengan Mifta."

"Kamu berdua dari mana?"

"Dari shopping tadi. Sepatutnya kitorang pergi makan dulu, tapi Naufal kata nak makan dekat sini. Tu yang lewat sikit sampai..."

"Eh takpe...mama pun baru je habis masak. Kita tunggu papa balik kejap lagi makan sama-sama, okay?" Nia mengangguk setuju. Usai berbual ringkas, Puan Aileen mempamitkan diri untuk memasak sayur pula. Nia yang kebetulan tiada kerja turut mengikut langkah ibu mertuanya ke dapur sementara menunggu kepulangan Tuan Luzman.

•••••

"NAUFAL. Nia. Macam mana kem haritu? Seronok?" Tanya Tuan Luzman, memecahkan keheningan di meja makan. Nia tersenyum kelat manakala Naufal pula mencapai dadih jagung untuk dinikmati sebagai pencuci mulut.

"Seronok—"

"Tak seronok langsung." Potong Naufal tanpa sempat Nia menghabiskan kata-katanya. Puan Aileen dan Tuan Luzman memandang Naufal pelik. Habistu buat apa bayar mahal-mahal kalau tak seronok?

"Kenapa?"

"Menantu kesayangan papa dengan mama ni lah. Banyak sangat scandal. Kejap Darwisy, kejap Khairil. 'Menyetan' depan Fal pulak tu. Ada suami tapi mesra dengan lelaki lain." Jawab Naufal sedikit geram tanpa memandang wajah orang tuanya.

Puan Aileen dan Tuan Luzman memandang antara satu sama lain sebelum tawa kecil mereka terletus. Wajah Nia pula sudah membahang menahan marah dan malu. Peha Naufal dicubit geram kerana telah memalukannya depan keluarga mertua.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now