BBISA! 079

12.9K 762 365
                                    

NAUFAL mencelikkan matanya perlahan-lahan apabila tidurnya diganggu. Kepala yang berdenyut kuat dipegang seraya mengerang kesakitan.

Tsk...

Halwa telinganya menangkap suara seseorang sedang menangis. Dengan tubuh dan kepala yang masih berat, dia gagahkan juga dirinya untuk bangun.

"Nia?" Setelah pandangannya mulai jelas, kelihatan Nia menangis teresak-esak di atas lantai sambil memandang ke arahnya. Lidah Naufal terkelu tatkala dia merasakan bahawa tubuhnya kesejukan di bawah comforter. Perlahan-lahan dia menoleh ke sisi dan terlihat seorang wanita yang tidak dikenalinya masih tidur tanpa seurat benang ditubuh.

"N-Nia...kau salah faham ni-"

"Sampai hati abang buat Nia macamni?..." Dalam esak tangis, Nia bertanya. Dadanya disentuh, betapa sakitnya dia sekarang ini ketika melihat orang yang dia sayang dan cintai sepenuh hati, curang di belakangnya?

Naufal lantas menggeleng. Pakaiannya yang berterabur di atas lantai segera dikutip dan dipakaikan ke tubuh. Laila yang terganggu lenanya, perlahan-lahan mencelikkan mata. Tatkala pandangannya semakin jelas, dia terkedu dan terkejut bukan kepalang.

"N-Nia..."

"Seronok? Seronok 'tidur' dengan suami aku? Thanks Laila...kaulah sahabat yang paling aku 'sayang' dalam dunia ni. Bertahun-tahun aku tunggu kau macam orang gila lepas tahu yang kau hilang. Ni kau balas pada aku?" Laila pantas menggeleng. Kolam matanya mula bertakung dengan air mata.

"N-Nia...aku mintak maaf....NIA!!" Jerit Laila apabila Nia berlari keluar dari bilik tersebut. Naufal yang sudah selesai berpakaian, terus berlari keluar mendapatkan isterinya.

"Nia! Please...aku tak tahu macam mana boleh jadi macam ni-"

PANGG!!

Kepala Naufal terteleng ke tepi. Pipinya terasa kebas setelah ditampar oleh Nia. Nia masih menangis teresak-esak. Dia memandang wajah suaminya penuh rasa kesal dan kecewa.

"Ini ke yang abang selalu buat belakang Nia? Abang tidur dengan perempuan lain. Abang tidur dengan sahabat Nia yang hilang enam tahun lepas. Abang tahu tak yang Nia rindu sangat dekat Laila? Apa abang rasa bila abang tengok sahabat abang tidur dengan Nia? Abang rasa apa? Gembira?"

"Nia please...aku tak buat semua tu! Demi Allah!-"

"Jangan nak guna nama Allah kalau diri tu dah terang-terang bersalah! Ini apa, abang?! Apa semua ni?!!" Beberapa keping gambar Naufal dikeluarkan dari dalam beg tangan lalu dicampak ke wajah si suami. Naufal terdiam tak terkata. Kepala digelengkan berkali-kali, menafikan gambar-gambar tersebut adalah dirinya.

"Tak, Nia! Ni bukan aku! Aku tak buat semua ni!"

"Sudahlah, abang! Abang memang tak pernah berubah kan? Dari dulu sampai sekarang, abang masih dengan perangai buruk abang tu! Silap Nia sebab percayakan abang. Patutlah selalu balik lambat, kadang-kadang taknak balik rumah langsung. Rupanya...pergi 'outstation' dekat rumah perempuan lain!"

Sejurus berkata begitu, cincin perkahwinannya bersama Naufal ditanggalkan lalu dicampak ke tanah.

"NIA!!" Nia mengepal penumbuk kosong tika Laila berlari keluar ingin mendapatkannya. Tanpa membuang masa, segera wanita itu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta.

"Nia! Please percaya aku! Aku tak buat semua tu!"

BAMM!! BAMM!! BAMM!!

Pintu kereta diketuk berkali-kali oleh Naufal dan Laila. Nia menggelengkan kepala. Air mata diseka kasar sebelum minyak ditekan sehingga kereta bergerak dengan kadar yang sangat laju membelah jalan pada waktu Subuh ini.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now