BBISA! 069

14.4K 895 25
                                    

Klerk!

NAUFAL melangkah masuk ke dalam rumah. Wajahnya berkerut pelik apabila melihat suasana rumah yang sunyi sepi seperti tiada orang. Dapur rumah dituju, merapati meja makan. Tudung saji diangkat namun kosong.

"NIA!!" Laung Naufal kuat. Tiada sahutan. Sekali lagi nama isterinya dipanggil tapi tetap tiada balasan. Ke mana pulak Nia ni pergi?

Naufal melangkah menaiki tangga ke tingkat atas. Pintu bilik utama dibuka. Tiada orang disitu.

"Mana pulak perempuan ni pergi??" Naufal mengeluh kecil. Dia berjalan pula ke arah closet. Pintu kaca ditolak. Seketika, dia terkedu apabila terlihat baju-bajunya bersepah di atas lantai. Segera dia berlari ke arah kawasan tersebut dan menjenguk ke dalam almari.

"Oh shit..." Kamera dan buku berkulit tebal yang dirampas dari Danish telah hilang. Dia pasti Nia sudah mengetahui pasal perkara ni!

Dengan kadar yang pantas, Naufal berlari turun dari tingkat 2. Sekali lagi setiap ruangan dituju untuk mencari Nia. Lokasi terakhirnya adalah bilik di bawah tangga. Naufal menarik nafas dalam seraya memegang tombol pintu. Nafas dalam ditarik sebelum tombol tersebut dipulas perlahan-lahan.

Berkunci.

Tok! Tok! Tok!

"Nia...bukaklah pintu ni..aku boleh explain..." Pujuknya sambil mengetuk daun pintu berkali-kali namun tetap tiada sahutan dari dalam bilik. Berkali-kali pintu diketuk sambil memohon kemaafan tapi Nia tetap tak mahu membuka pintu.

Nak taknak dia terpaksalah guna cara lain. Naufal berjalan ke arah pasu bunga besar di sebelah tangga. Tanah tersebut dikorek sedikit sehinggalah tangannya menyentuh satu kunci pendua yang disembunyikan dari pengetahuan Nia. Dia tahu kalau Nia merajuk, gadis itu akan mengunci pintu. Kunci utama dan kunci pendua gadis itu akan simpan untuk menghalangnya masuk.

Tapi nasib baiklah dia tergerak hati untuk membuat satu lagi kunci pendua. Takdelah susah payah dia nak pecahkan tombol pintu.

"Nia..."

Klerk...

Pintu dibuka perlahan-lahan. Terlihat Nia sedang berbaring di atas katil bersaiz single sambil menekup wajah menggunakan bantal. Naufal melangkah perlahan-lahan ke arah katil. Punggung dilabuhkan di birai katil seraya mengusap bahu Nia.

"Nia...aku boleh explain...janganlah macam ni..." Bahu Nia digoyangkan sedikit. Dahlah tubuhnya lelah baru lepas balik dari lokap lepastu singgah ke mall pulak teman Irsyad bermain archery, bowling, menyinggah ke beberapa kedai yang menjual barangan lelaki. Sekarang, terpaksalah dia mengerah lagi tenaga untuk memujuk Nia yang kuat sangat merajuk.

Naufal mengeluh lagi tika sepasang matanya terlihat kamera Nikon dan buku berkulit tebal ada di sisi Nia.

"Nia..."

"Keluar." Tiba-tiba Nia bersuara tegas. Dia bangun dari pembaringan lalu merenung Naufal tajam.

"I can explain..."

"Get out!" Kalini suara Nia naik seoktaf. Dia bangun dari katil lalu menarik lengan Naufal keluar dari biliknya. Pintu utama dituju lalu dibuka kasar. Kemudian, dia menolak Naufal ke luar.

"Nia...."

"Tidur luar malam ni." Ucap Nia tanpa nada. Naufal terkedu seketika. Daun pintu yang sedang ditutup Nia segera dihalangnya. Seriuslah perempuan ni nak aku tidur luar?! Tak tahu ke dekat luar sana tengah hujan?! Dia nak aku mati beku ke apa?!

"Nia! Ni rumah aku! Kau siapa nak halau aku tidur luar?!" Kalini suara Naufal pula bergema kuat masuk ke pendengaran Nia. Nia berdengus dan pintu kembali dibuka.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now