BBISA! 022

17.7K 944 38
                                    

NIA mengurut pelipisnya yang sedikit berpusing. Jam yang tergantung didinding perpustakaan awam dijeling sekilas. Pukul 7.00 malam. Nafas kecil dihelakan perlahan.

Disebabkan terlalu tekun mengulangkaji sampai tak sedar hari dah maghrib. Pen berdakwat hitam diletakkan di atas meja lalu tubuh disandarkan ke kerusi.

"Kau dah habis study ke, Nia?" Soal seorang lelaki yang duduk dimeja hadapannya. Nia meninggikan kepalanya sedikit untuk melihat lelaki tersebut.

"Haah. Kau tak habis lagi study ke, Khairil? Aku nak kena balik ni, hari dah maghrib." Khairil menganggukkan kepala. 

Dia menilik sekilas jam yang melekat ditangan sebelum buku dan alat tulisnya yang berada di atas meja dikemaskan masuk ke dalam beg.

"Nia, tadi kau cakap Naufal nak datang sini study sekali. Dari pagi tadi batang hidung dia langsung tak nampak."

"Biaselahtu janji melayu. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia. Call tak jawab, mesej bagi bluetick. Nasiblah kau ada, takde lah aku alone dekat sini." Keluh Nia. Beg sling yang berjenama Sleema Fashion Navy Blue diraihnya.

Khairil Ahmad Bin Mustafa. Teman sekelas Nia juga merangkap ketua pengawas sekolah Waterford Highschool. Dia seorang lelaki yang rajin dan bertanggungjawab. Pandai? Of courselah kalau tak macam mana boleh jadi ketua pengawas kan?

Kalau dalam kawasan sekolah, hanya riak muka dingin saja yang selalu ditunjukkan. Tegas dan garang. Jika ada kes yang berlaku di sekolah, dialah yang selalu selesaikan kecuali kes Naufal and the geng. Diorang bertiga tu memang tak boleh kena sentuh kalau tak habis jawatan yang disandang lelaki itu musnah...

Actually, Khairil ni takdelah garang mana. Dia ni pemurah. Kalau nampak orang susah atau perlukan bantuan, dia dengan senang hati menghulurkan tangan untuk membantu. Dia tak pernah menunjuk-nunjuk dalam buat kebaikan sebabtulah rezeki dia selalu luas meskipun dia datang dari keluarga berada dan tidak tamak dengan kekayaan dunia.

"Aku rasa kalau kita balik sekarang takut terlepas solat maghrib pulak."

"Kalau macamtu dekat tingkat bawah ada surau, kita solat maghrib dululah lepastu pergi makan dekat kedai mamak seberang jalan. Nak tak? Lagipun kita dari petang tadi tak isi perut kan?" Cadang Khairil. Nia mengangguk setuju.

"Boleh tapi dengan beberapa syarat." Kata Nia membuatkan langkah kaki Khairil yang sedang menuruni tangga terhenti. Lelaki itu menoleh memandang Nia yang sudah tersenyum sinis.

"Syarat apa?"

"First, kau kena belanja aku makan. Second, jangan tanya kenapa aku order makanan banyak. Third, belanja aku tambang grab. Deal?"

"Pfftt-" Khairil menutup mulutnya kerana hampir tertawa. Laa itu je? Dia fikir apa lah tadi. Namun, tiba-tiba sepasang matanya terjelingkan sesuatu. Terus tawanya serta-merta terhenti.

Khairil berdehem. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum jaket hitamnya ditanggalkan. Kemudian, jaket tersebut dihulurkan pada Nia.

"N—nah. Pakai ni. Ikat dekat pinggang kau." Arah Khairil.

"Kenapa?" Soal Nia bingung. Dia menundukkan sedikit kepala ke belakang sebelum biji matanya membulat besar.

Oh sh*t!

Takkanlah sepanjang dia berjalan dari tingkat atas, belakangnya takde protection?!

Nia beristighfar panjang. Jaket yang diberikan Khairil bertukar tangan. Tanpa membuang masa, segera dia mengikatnya di pinggang menutup bahagian punggung.

"K—kau ada bawak benda tu ke? K—kalau takde aku boleh tolong belikan dekat 7e?" Nia berpaling ke tepi apabila merasakan kedua-dua belah pipinya membahang malu. Ni bukan kali pertama benda ni terjadi!

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now