BBISA! 081

14.8K 728 206
                                    

TAUFIQ menyelak langsir kondominium milik arwah Darwisy. Kelihatan beberapa pegawai polis sedang melakukan rondaan di tingkat bawah malah di luar rumah ini juga. Dia mengeluh kecil. Langsir kembali ditutup sebelum membuka langkah menuju ke arah kakaknya yang baru selesai memasak.

"Kak? Perluke kita buat semua ni?" Pertanyaan Taufiq membuatkan langkah Laila terhenti. Dia memandang adiknya tanpa riak di wajah.

"Terpaksa, Taufiq. Aku yang buat report jadi aku kena bagi kerjasama pada pihak polis. Lagipun, kalau pihak polis tak ronda dekat bawah, aku jamin. Kita akan mati. Kau nak ke?" Taufiq terdiam seketika. Kerusi meja makan ditarik lalu dia melabuhkan punggung bertentangan dengan si kakak.

"Kau cakap nak cerita pada aku dari A sampai Z. Siang tadi kau sempat cerita sikit je tu pun banyak tembelang depan Inspektor Lisa. Sekarang dia takde. Aku nak kau jujur. Cerita pada aku apa yang terjadi selama ni? Kau hilang kemana?"

Laila menghelakan nafas berat. Rambutnya dikuak ke belakang sehingga Taufiq terperasan akan sesuatu.

"Kak." Laila mendongak. Taufiq menayang riak wajah serius.

"Tompok apa yang banyak sangat dekat leher kau tu?" Laila terdiam. Dalam hati sudah mencarut-carut kerana tompokan-tompokan love bites yang dibuat oleh Hanif dan Naufal. Taufiq bangun apabila Laila enggan menjawab pertanyaannya.

Dia berjalan ke arah si kakak lalu baju wanita itu diselak sedikit. Dia tak kisah apa yang Laila fikirkan, dia perlukan penjelasan!

"Ni love bites? Kenapa dada, leher dengan tengkuk kau penuh love bites? Kau duduk mana selama ni? Kelab malam? Jadi pelacur? Kau berzina ke, kak?!" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Laila. Laila masih diam membuatkan Taufiq kecewa dengan sikap si kakak. Bertahun-tahun hilang rupanya jadi pelacur dekat kelab malam? Sifat tomboy dan keras kepala dalam diri kakaknya juga sudah hilang.

Dulu, Laila jarang menangis disebabkan sifat-sifat yang lebih terjerumus ke arah perempuan kasar. Sekarang, kakaknya itu mudah sangat untuk menangis. Lemah macam perempuan 'tulen'. Kebolehan mempertahankan diripun sudah lenyap.

"Kak..." Panggil Taufiq dengan nada yang lembut tatkala melihat air mata kakaknya mengalir jatuh ke pipi. Dia melabuhkan punggung di depan kerusi kakaknya. Kedua-dua tangan Laila diraih lalu digenggam lembut.

"Taufiq takkan marah kalau akak berterus-terang. Jangan pendam lama-lama, kak. Kita berdua dah lama terpisah. Ibu dengan ayah meninggal pun kau tak pernah datang ziarah kubur diorang. Kau pergi mana selama ni? Ceritalah dekat aku...kita cuma ada antara satu sama lain je. Abang Darwisy dengan Kak Nia dah meninggal. Parents kita pun dah meninggal. Saudara-mara kita semua duduk jauh. Kalau kau ada masalah, cerita. Aku taknak hilang kau pulak..."

Usai berkata begitu, tubuh Laila ditarik ke dalam pelukan. Laila menangis teresak-esak di dada bidang adiknya. Memori-memori pahit mula bermain dalam minda ketika dia mula bercerita kisah sebenar yang terjadi kepada dirinya.

Betapa terseksanya dia dulu setelah dijual oleh Darwisy dan kemudian diseksa macam seekor anjing yang tiada perasaan. Kemudian, dibeli pula oleh lelaki gila dan psiko seperti Hanif. Dibeli hanya untuk memuaskan nafsu serakah lelaki itu saja. Kehidupannya dikongkong. Selain jadi sex slave, dia juga dijadikan hamba yang WAJIB patuhi arahan majikannya termasuklah 'tidur' dengan Naufal. Kesannya, Hanif pancing Nia datang ke banglo mereka untuk melihat kejadian yang berlaku di depan mata. Dalam masa yang sama, lelaki itu juga merancang kematian Nia dengan memotong brake kereta sahabatnya tersebut.

Taufiq terdiam tidak terkata. Mulutnya seakan terkunci mendengar kisah yang diceritakan oleh si kakak. Perasaan serba-salah dan sedih menyelubungi diri.

"Tapi....k—kau jugak bersubahat. Ke—kenapa kau tidur dengan dia jugak?"

"Aku takde pilihan lain! Dia ugut aku nak bunuh kau! Dalam bilik tu dia pasang CCTV dan kamera. Kau nak aku buat apa? Isteri dia pun dia berani bunuh inikan pulak kau?" Taufiq terdiam. Patutlah Laila risau sangat jika dia diekori oleh seseorang.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now