BBISA! 088 ( SC 6 )

9.8K 532 152
                                    

BALI, INDONESIA

Tujuh Bulan Kemudian...

"Aduh! Aku still takde partner duh untuk prom nanti!" Rafael mengeluh kecil. Telefon pintarnya yang memaparkan poster berkenaan promenade dance untuk para pelajar Universiti Udaya yang akan berlangsung hujung minggu ini ditatap lama.

"Apakah harus perempuan aja? Tidak bisa pria?" Antares bertanya.

"Kau nak dicop gay ke?" Syafiq menjeling lelaki itu. Soalan tu biarlah logik sikit.

"Kalau macamtu tak payahlah bawak pasangan. Aku datang nak makan je." Celah Ariyan pula. Mangga yang sudah dipotong ke dalam pinggan diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Erm...guys." Panggil Syafiq. Ariyan, Antares, Putra dan Rafael menoleh ke arah sahabat baru mereka tersebut.

"Kalau aku bawak partner yang bukan pelajar U boleh ke? Sebab aku mana kenal mana-mana perempuan dekat U kita selain yang ambik sama course dengan aku. Kalau ajak menari pun mesti diorang dah ada pasangan."

"Kalau kau nak bawak partner yang bukan dari U kita apa salahnya? Takde pulak undang-undang yang mengatakan wajib menari dengan pelajar perempuan dari U kita je. Asal? Kau dah ada partner ke? Taknak share dengan kitorang?" Bahu Syafiq disenggol Ariyan. Lelaki itu tersengih nakal sambil mengenyitkan mata.

"A—aku..."

"Guys! Guys! Guys!" Takde angin takde ribut tiba-tiba Putra menjerit macam orang yang baru menang loteri. Berdesing telinga masing-masing. Dahlah suara nyaring, menjerit dekat sebelah telinga orang pulak tu!

"Anjink lorghh!! Jangan berteriak begitu keras dong! Gendang telingaku boleh pecah nanti!"

Bukk!

Marah Antares, bengang. Belakang kepala Putra dipukul kuat menggunakan bantal kerasnya. Sejurus itu, jari hantu dihadiahkan buat Putra. Putra mencebikkan bibir sebelum memusingkan skrin telefonnya kepada yang lain.

"Kudengar Lisa Malaysia akan bernikah. Iya benaran?" Soal Putra ingin tahu. Dia berasa pelik, dia fikir 'Lisa Malaysia' yang viral di negara jiran itu berjantina perempuan. Tapi, majoriti orang Malaysia cakap dia sebenarnya lelaki? Mana satu yang betul ni?

"Lisa Malaysia? Lisa Blackpink?"

"Enggak dong!" Cantas Putra sambil laju menggelengkan kepala.

"Lisa Blacklistlah! Yang hidung besar tu. Actually, aku tak suka topik ni tapi aku just nak cakap sebagai warganegara Malaysia yang prihatin, aku takkan sesekali claim dia sebagai rakyat Malaysia. Buat malu negara je dia tu. Aku peliklah....content-content dia pun ramai peminat ek?" Sampuk Rafael. Dengar saja nama 'Lisa' yang dimaksudkan Putra, terus dia menjadi geli-geleman. Hilang selera nak makan kejap lagi.

"Aku dengar cerita, dia buat content tu saja-saja je. Tapi, kalau betul dia nak kahwin dengan LELAKI, aku rasa better government tendang je dia tu pergi negara lain. Netizen Malaysia manalah sokong lgbtq+ ni! Gila ke? Kalau cantik macam Lisa ori tu takpe jugak—"

"Tak elok hina ciptaan Tuhan." Potong Syafiq membuatkan Ariyan berdehem.

"Mana ada aku hina dia! Dia yang hina diri sendiri. Elok-elok Allah jadikan lelaki nak jugak tukar jantina macam Sajat tu. Lepastu buat content 'Kau ada gf? Gf kau cantik macam Lisa tak? Sama? Argh rawr!' macamtu? Pergi mati sanalah! Dia fikir lelaki ori akan tergoda ke? Kalau bagi dekat binatang pun belum tentu binatang nak hidup dengan dia." Kata Ariyan mempertahankan diri. Syafiq mengangkat bahu, malas mahu melayan mereka yang membuka topik seperti ini.

Biarlah 'Lisa' tu buat apa yang dia nak. Kalau orang dah tegur tapi masih taknak berubah, tu antara dia dan Allah. Hanya Allah saja yang berhak menghukum hamba-hambanya yang berbuat dosa. Kita siapa saja nak jugde orang sedangkan diri sendiri pun tak betul?

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum