BBISA! 004

21.4K 1.2K 67
                                    

"NIA... bangun sayang... Kamu taknak pergi sekolah ke?" Kejut Puan Dayana lembut. Tubuh anak tunggalnya digoncang kecil.

"Tak laratlah bu.." balas Husnia lemah. Wajahnya berkerut kecil seraya selimut ditarik ke atas untuk menutupi tubuh yang mula menggigil.

"Demam ke?" Tanya Puan Dayana. Belakang tangannya diletakkan ke dahi Husnia untuk memeriksa suhu badan si anak. Betullah... Nia demam..

"Ibu hantar pergi klinik okay?"

"Takpe bu.. kejap lagi Nia turun makan ubat. Nanti kebah lah demam tu.." tolak Nia lembut. Bukan apa, dia taknak susahkan Puan Dayana. Ibunya itu orang yang sibuk sepanjang masa. Nak uruskan butik lagi, kafe lagi, macam-macam wanita itu perlu lakukan untuk mencari rezeki.

Jadi, dia sebagai anak, dia taknaklah jadi beban kepada Puan Dayana. Nanti wanita itu sakit lagi susah...

"Janganlah degil. Badan kamu panas sangat ni-"

"Takpe ibu Nia okay je... Janganlah risau. Ibu pakai cantik-cantik ni nak pergi mana?" Soal Nia, mengubah topik perbualan mereka. Puan Dayana menggelengkan kepala melihat kerenah anak perempuannya itu.

Inilah Husnia Rani Zahra Binti Nazman. Seorang gadis yang tak suka diambil berat oleh orang sekeliling, selalu menganggap dirinya beban kepada orang lain padahal tidak. Bukan tu je, kalau ada masalah tak pernah nak berkongsi. Suka pendam sorang-sorang. Menangis pun jarang, sentiasa jadi happy-go-lucky bila depan semua orang tapi belakang mereka siapa tahu yang Nia mempunyai hati yang rapuh?

"Semalam Puan Aileen ada call ibu. Dia nak jumpa ibu sekejap. Katanya nak cakap pasal urusan butik pengantin yang ibu nak bukak minggu depan lepastu nak bincang sikit hal peribadi." Terang Puan Dayana. Dia bangun dari katil lalu berjalan ke arah bakul baju kotor milik Nia.

"Ibu! Tak payah angkat bakul tu! Nanti Nia pergi basuh!" Puan Dayana menggeleng. Jari telunjuk diangkat ke atas membuatkan Nia terdiam.

"Dah alang-alang ibu nak turunkan, apa salahnya? Ha ni lagi satu.. ayah takde minggu ni. Dia kena pergi outstation dekat Melaka. Kalau nak apa-apa mintak je dekat bibik. Ibu balik lambat harini, busy sikit." Sambung Puan Dayana dan diterima anggukan dari Nia.

Puan Dayana tersenyum kecil. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik anaknya, sempat dahi Nia dikucup penuh kasih sayang. Rambut ikal mayang yang panjang tidak terikat itu diusap lembut.

"Lepas sarapan jangan lupa makan ubat tau?" Pesan Puan Dayana. Nia tergelak kecil. Dia dah besarlah. Dah 17 tahun. Takkanlah makan ubat pun nak dipesan lagi? Pepandailah dia bawak diri.

"Ok bu."

Setelah melangkah keluar dari bilik, pintu bilik anaknya ditutup rapat. Puan Dayana berjalan menuruni satu per satu anak tangga menuju ke dapur.

"Bibik Sal! Tolong basuhkan baju Nia?" Bibik Salmah atau dikenali sebagai bibik Sal, berlari ke arah Puan Dayana. Kepala dianggukkan lalu bakul baju kotor bertukar tangan.

"Lepastu tolong buatkan Nia sarapan then bagi makan ubat. Badan dia panas tu tengah demam. I nak keluar ada kerja sekejap. Kalau Laila dan Darwisy datang suruh diorang naik atas. Sebelum tu, inform dekat Nia suruh dia pakai tudung awal-awal. Faham?" Pesan Puan Dayana. Dia berjalan ke arah sofa kemudian beg tangannya yang berjenama Gucci serta kunci kereta Hyundai diambil.

"Baik buk..." patuh bibik Sal. Selepas kelibat Puan Dayana hilang di depan mata, segera bibik Sal berlari anak ke dapur untuk memeriksa masakannya di atas dapur. Karang terbakar dapur tu tak pasal-pasal dia kena saman lepastu kena buang kerja.

•••••

"MACAM mana? You okay tak dengan plan tu?"

"Hmm... Bagus jugak idea tu. Kalini kita buat butik pengantin ala-ala raja dengan tema Disney. Mungkin dapat tarik minat pasangan yang sukakan tema fancy? Income kita pun akan makin naik." Puan Dayana mengangguk setuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Puan Aileen.

Memandangkan Puan Dayana mahu membuka satu lagi butik pengantin, Puan Aileen ingin mengambil kesempatan ini untuk turut serta bersama wanita tersebut. Iyalah, mereka berkawan sudah lama. Sejak dari awal persekolahan menengah mereka berkenalan sehinggalah menjadi teman mesra.

So, tak salahkan mereka ingin bekerjasama dalam meneruskan perniagaan butik? Asalkan berniaga dengan cara yang bersih.

"By the way, semalam you cakap ada hal sikit nak bincang dengan I selain butik, right? Nak bincang apa?" Soal Puan Dayana baru teringat hal yang ingin dibincangkan oleh Puan Aileen sewaktu mereka on the phone semalam.

"Oh yang tu... Erm sebenarnya ermm.."

"Sebenarnya apa?"

"Anak you dekat mana sekarang?" Soal Puan Aileen membuatkan kerutan di dahi Puan Dayana terbentuk.

"Anak I? Nia? Kenapa dengan dia?" Soalan dibalas soalan.

"Ha Husnia. Dia dekat mana sekarang? Still dekat Europe ke?" Sekali lagi Puan Aileen bertanya. Puan Dayana tergelak kecil. Kalau dah tanya pasal Nia, rasanya dia dapat agak dah apa yang ingin dibualkan bersama temannya itu.

"Takdelah. Dia dah balik sini minggu lepas. Katanya rindu dengan masakan-masakan melayu, culture dekat sini. Kenapa?"

"Erm..sebenarnya I risau dengan si Naufal tu. Dia tu dah tak boleh ditegur, melenting je kerja lepastu cepat sentap. I dengan Luzman pun dah susah nak kawal dia. Iyalah, busy je memanjang sampai tak beri Naufal perhatian secukupnya. I dah bincang dengan Luzman haritu, kitorang fikir nak satukan Naufal dengan Nia." Jelas Puan Aileen. Puan Dayana sedikit terkejut apabila mendengar perkataan 'satukan' dari mulut temannya.

"Leen... You tak rasa awal sangat ke? Diorang baru 17 tahun. Perjalanan diorang pun jauh lagi. I taknak Nia dan Naufal terbeban dengan masalah sekolah, masalah rumahtangga, bakal cucu-cucu kita nanti..."

"Ya I dah fikir semua tu. Tapi, Naufal tu dah makin teruk, Yana. Belakang kitorang, dia pergi kelab, minum arak, ponteng sekolah, bila exam taknak study. Lepas dah dapat result, dia still lagi taknak belajar. I dah tak tahu nak buat apa lagi. Apa yang dia nak semua kitorang dah bagi. Belajar je dia taknak. I risau result SPM dia teruk nanti."

Puan Dayana menghelakan nafas kecil. Dia duduk bersandar ke kerusi seraya otaknya ligat berfikir jalan penyelesaian bagi masalah Naufal.

"Habistu apa kena-mengena dengan Nia?" Tanya Puan Dayana. Puan Aileen tersenyum. Tapak tangan temannya diraih dan digenggam erat.

"I tahu Nia seorang gadis yang baik, sopan santun, cantik dan bijak. I nak kita jadi besan, Yana. I nak mintak tolong anak you tu ubah anak I. Ajar dia sebelum bulan exam menjelang. Kalau keputusan dia teruk macam mana I nak bantu dia masuk universiti yang bagus? Macam mana I nak bagi dia kerja kalau keputusan dia tak melayakkan dia pergi jauh? Naufal tu dia nak perhatian. Tapi, I dengan Luzman terlalu busy nak uruskan syarikat. Kadang-kadang pergi balik outstation. Reena I tak kisah sangat sebab dia pandai bawak diri. Tapi, Naufal tu..."

Puan Aileen menggantungkan kata-katanya. Nafas berat dihela membuatkan Puan Dayana terdetik rasa simpati dalam diri. Sebagai seorang sahabat, dia memang mahu menolong Puan Aileen tapi perkahwinan ini bukan perkara yang main-main.

Ianya seumur hidup. Kena pulak Naufal dan Nia masih lagi dibawah umur. Macam-macam dugaan yang akan mereka lalui nanti. Dah matangkah mereka untuk lalui semua dugaan di alam perkahwinan nanti? Macam mana pulak dengan pelajaran mereka? Terjejas atau tidak?

Puan Dayana mengangkat wajah dan merenung wajah sahabatnya. Nafas dalam ditarik kemudian dihembuskan. Tangannya membalas genggaman Puan Aileen.

"Bagi I dengan Nazman masa sikit nak bincang pasal benda ni. Nia pun perlu tahu sebab semua ni pasal dia. Kalau hati dia terbuka untuk terima Naufal dalam hidup dia, insyaAllah kami restu hubungan diorang..."

Sorry korang kalau makin hambar. Aku tiba-tiba stuck nak menulis. Tak tahu nak start dari mana huhuhu..ᕦ(ò_óˇ)

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now