BBISA! 065

15.8K 926 241
                                    

3 Minggu Kemudian...

SETELAH selesai makan malam, Nia duduk di dalam biliknya untuk menyambung ulangkajinya semula. Pejam celik pejam celik sekejap saja dah tiga minggu peperiksaan SPM berlangsung. Masa berbaki seminggu saja lagi sebelum statusnya sebagai pelajar sekolah menengah tamat.

Dan..sepanjang tiga minggu ini jugalah dia dan Naufal tidak berjumpa. Mesej dan call pun kadang-kadang kerana dia tak suka fokusnya terganggu. Nasib baiklah suaminya itu faham keadaannya sekarang.

Ting!

Sedang Nia fokus mengulangkaji pelajaran, tiba-tiba notificationnya berbunyi menandakan seseorang menghantar mesej kepadanya. Pen hitam diletakkan di atas kertas lalu telefon pintarnya dicapai. Password dimasukkan kemudian aplikasi Whatsapp ditekan.

Encik Suami🐊

Sayang!
Watpe tuu?
Tak rindu kiteww keww?
👉👈😖

Nia tersengih seorang diri. Pelik-pelik jelah Naufal ni. Segera jari-jemarinya bermain di atas keypad untuk membalas mesej lelaki itu.

You

Tgh study
Awak tak study ke?

Encik Suami🐊

Esokkan takde paper
Restlah dulu🤦
Kau dah makan?
Makan apa?
Susu dah minum?
Anak kiteww sihat?
Kau x rindu kiteww ke?
🤧

You

Watpe nak rindu awak?
Bukan dpt apa pun
😝

Encik Suami🐊

Sampai atiii ckp kiteww centuuu
😭
Kiteww windu awakk
Awak tak winduu kitewww
Nanak kawann!
😤💔

Nia menepuk dahi. Tergelak dia dibuatnya ketika membaca mesej-mesej yang dihantar Naufal bersama beberapa emoji. Tak sangka Naufal sekarang suka bermain dengan emoji. Kalau boleh setiap mesej lelaki itu mesti hujungnya letak emoji. Lepastu guna ayat gedik-gedik.

Haih..nasib sayang.

Ting!

Kedua-dua kening Nia berkerut apabila Naufal menghantar voice recorded kepadanya. Butang 'download' ditekan. Apabila butang 'play' ditekan pula, dia sedikit terkejut tika suara Naufal mula mendendangkan sebuah lagu iaitu Merindukanmu nyanyian Dash Uciha menggunakan guitar sebagai muzik latar belakang.

Kau lihat aku disini menunggumu
Menanti akan kehadiran dirimu
Berkali-kali 'ku menghubungi kamu
Berharap kau dan aku cepat bertemu

Jujur aku tak sanggup bila kau jauh
Terasa berat dan hampir ingin mengeluh

Rasa ini sungguh membuatku jatuh cinta padamu

Kau ciptakan lagu indah
Kau senyum semanis buah

Satu tapi pasti dan sangat berarti
Kau takkan terganti

Sungguh dirimu membuatku terlalu bersemangat

Jalani hari-hariku dengan hebat
Kutahu hidup tanpamu itu berat
Denganmu aku kuat

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now