BBISA! 035

17.6K 883 117
                                    

AHMAD Aatif selaku penolong ketua kelas 5 African Violet melangkah masuk ke dalam kelas seraya memegang enam helai kertas yang terisi keputusan peperiksaan trial SPM yang telah berlangsung sebulan yang lepas bagi semua pelajar tingkatan 5 Waterford Elite Highschool.

"Weh-weh result trial dah keluar!" Adriana yang perasan akan helaian-helaian kertas yang dipegang Aatif terus memanggil rakan-rakannya.

"Cepatnya result keluar. Bukan sepatutnya dua minggu lagi ke?" Soal Kartini dengan tanda tanya. Yu Sin, Adriana dan yang lain mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka berlima bangun dari kerusi masing-masing dan berlari anak menuju ke papan kenyataan di depan kelas.

"Oh my god! Nia! Kau dapat nombor 2 lagi dalam tingkatan siak! 10 A+ dan 2A solid! Perghhh gempak si*l!" Adriana menekup mulut, terkejut dalam masa yang sama insecure melihat keputusan Nia yang cemerlang tersebut. Dia kemudiannya menurunkan biji mata mencari namanya pula.

"Alaa...aku dapat 7A+ 2A solid dan 3A- je..." Adriana memuncungkan bibir melihat keputusannya yang teruk. Dah lah dapat nombor 11 je. Habis balik rumah kena tadah telinga dengar ibunya membebel.

"Haiya okaylah tu dapat nombor 11. Markah I pun teruk jugak maa. I dapat 8A+ 1A solid dan 3B+ je. Sedih tau ini hati! Nanti mummy I membebel sampai ke tengah malam tak habis!" Yu Sin melangkah longlai ke tempat duduknya semula. Jelas riak wajahnya muram setelah mengetahui markah trial SPM yang amat mengecewakan hati.

"Okaylah tu. Nanti SPM sebenar kita buat betul-betul supaya dapat score banyak A. Jangan down nanti mood belajar takde, markah lagi menurun. Kita chill chill je sekarang. SPM betul-betul kita push sampai berjaya!" Mia menyalurkan semangat buat Yu Sin. Bahu gadis itu dipeluknya sambil tersenyum manis. Yu Sin turut tersenyum dan menganggukkan kepala.

Dia perlu belajar lebih lagi! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Bak kata mak-mak, kalau malas belajar, kahwinkan je. Senang!

Entahlah. Aku sendiri pun tak tahu kenapa malas belajar je, kahwin. Kahwin je, malas belajar. Apa? Lepas kahwin tak payah belajarlah?

Habistu, bekerja tu bukan satu pembelajaran? Belajar cari duit? Belajar jadi isteri mithali? Belajar jaga anak? Belajar kemas rumah? Tu bukan belajar? Hmm...

Sementara itu, Nia masih lagi berdiri di depan papan kenyataan mencari nama Naufal dan rakan-rakan lelaki itu. Memandangkan Aatif menampal keputusan trial SPM sewaktu rehat, jadi pelajar-pelajar takdelah berebut untuk melihat nama-nama mereka kerana guru-guru yang bertugas turut menampal keputusan trial SPM di papan-papan kenyataan di kantin, tingkat satu bangunan tingkatan 5 dan dewan utama.

"Nia." Panggil seseorang dari belakang. Nia yang mendengar namanya diseru, menoleh ke arah gerangan tersebut.

"Nah. Untuk kau." Aatif menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Nia bersama senyuman manis terukir di dua ulas bibirnya. Nia mengerutkan dahi, hairan. Namun, tangannya tetap mengambil jambangan bunga ros tersebut.

"Siapa bagi ni?"

"Your secret admire. Kat situ ada card, bacalah." Ujar Aatif sebelum berjalan keluar dari kelas. Belum sempat Nia ingin bertanya lagi, kelibat Aatif terus hilang dari radar. Uish, cepat betul lelaki sorang ni menghilang. Tahulah atlet sekolah!

Nia terpandangkan satu kad kecil yang terselit di antara bunga-bunga ros itu. Kad tersebut diambil kemudian dibuka untuk dibaca.

Well done, sweetheart❤️ I'm so proud of you! You're a smart girl and perfect wife that I have! I believe that you will do great things in the future✨

I love you till jannah❤️

Your handsome husband,
Naufal Muadz Baqir

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora