BBISA! 024

16.8K 970 68
                                    

NIA memandang ke kiri dan ke kanan. Setelah hampir satu jam setengah memerah otak menjawab kertas soalan, akhirnya dia dapat merehatkan diri buat seketika. 

Tapi, tidak bagi sekarang. Walaupun dia sudah habis menjawab soalan, dia perlu menunaikan janjinya kepada Naufal, Mifta dan Irsyad. Mereka bertiga masih lagi menunggu tindak balas darinya.

Nia menarik nafas dalam. Dia tak tahu kenapa dia bodoh sangat ikut cakap Naufal, tapi nasi sudah pun menjadi bubur. Nak taknak dia terpaksa melakukannya.

Pen hitam diraih lalu diketuk sekali diatas permukaan meja membuatkan Naufal segera menoleh ke arah gadis tersebut. Dia mengukir senyuman gembira. Pen hitamnya diraih, bersedia untuk menerima jawapan dari Nia.

Nia membuka kertas soalan bahagian objektif. Sebelum dia mulakan misi memberi jawapan, ekor matanya diliarkan memandang ketua pengawas dan penolong pengawas peperiksaan yang sedang mengawasi pelajar-pelajar lain. 

Untuk exam kalini, dia menggunakan teknik morse code sebagai bahasa pengantar.

Naufal menganggukkan kepala. Jari-jemarinya dipatah-patahkan menandakan dia sudah bersedia untuk menerima jawapan.

Disebabkan suasana dalam dewan peperiksaan begitu sunyi, jadi bunyi yang dibuat Naufal menarik perhatian Mifta dan Irsyad. Segera mereka berdua bersiap sedia untuk menulis jawapan.

Selepas mereka bertiga bersedia sepenuhnya, Nia mula mengetuk pennya di atas meja selama sekali kemudian berhenti sebelum mengetuknya kembali.

Kod tersebut membawa maksud huruf 'A' bagi jawapan objektif nombor satu.

Kemudian, beralih pula ke soalan nombor dua. Pen diketuk sekali selama dua saat sebelum berhenti dan sambung mengetuk sebanyak dua kali. Jawapan bagi soalan tersebut pula adalah 'D'.

Sepasang mata Naufal terlihat fokus dengan pergerakan tangan Nia yang mengetuk meja. Sambil dia menghitamkan jawapan di kertas objektif, kedua-dua kakinya turut memainkan peranan.

Bagi soalan satu, kaki kanannya diletakkan di hujung kaki meja depan sebelum beralih ke belakang pula untuk jawapan soalan kedua.

Mifta dan Irsyad yang duduk berdekatan antara satu sama lain amat cekap dalam menangkap setiap jawapan yang diberi Naufal. Masing-masing tersenyum dalam diam apabila teknik yang mereka lakukan sekarang berkesan tanpa terkantoi.

Setelah semua soalan objektif selesai dijawab, Nia mendongakkan kepala memandang ke arah jam yang tergantung di dinding.

Ada lebih kurang 30 minit lagi masa menjawab sebelum tamat.

Tanpa membuang masa, Nia mengangkat tangannya tinggi sehingga diperasan oleh Ms Sarah. Ms Sarah berjalan ke arahnya dengan pandangan tanda tanya.

"Yes?"

"May I go to the toilet, Ms?" Pinta Nia. Ms Sarah menganggukkan kepala.

"Sure." Ucapan terima kasih diberikan sebelum Nia bangun dari kerusi. Dia berjalan pantas keluar dari dewan peperiksaan.

Setelah sampai di depan pintu tandas, Nia melangkah masuk ke dalam dengan penuh berhati-hati. Kepalanya ditelengkan ke kiri dan kanan, ingin memastikan tiada pelajar lain selain dirinya.

Selepas merasakan line clear. Pintu tandas perempuan dikunci dari dalam. Nia berlari ke arah sinki. Kepala ditundukkan melihat ke bawah sinki. Sekeping sampul dikeluarkan lalu skema jawapan bagi kertas 1 Bahasa Melayu turut dibawa keluar.

Selain itu, bluetooth headsets Plantronics Voyager 5200 dikeluarkan dan dicucuk ke telinga. Button on ditekan sambil menunggu tindak balas dari Naufal, Mifta dan Irsyad.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now