BBISA! 031

19.5K 941 54
                                    

TING! TONG!

"Kejap!" Nia berlari anak ke arah sofa lalu selendang hitam yang telah digosok dicapai dan dililit ke kepala bagi menutupi helaian-helaian rambut ikal mayangnya. Punyalah payah dia gosok bagi licin, Naufal dengan senang hatinya menghempap selendangnya itu. Nasib baiklah dia rajin gosok lagi sekali...

Nak marah tak boleh sebab Naufal kan suaminya. Jadi, dia hanya mampu bersabar sajalah.

Klerk!

"Ya?"

"Assalammualaikum, puan. Kami datang ni atas arahan Puan Aileen dan Puan Dayana. Mereka sedang menunggu puan dan tuan Naufal dibawah. Beg-beg puan biar kami yang tolong angkatkan." Ujar salah seorang dari dua lelaki yang berpakaian kemeja dan tuxedo hitam. Mereka berdua merupakan pekerja hotel disini.

"Waalaikumussalam. Kejap ya? Saya pergi pakai tudung. Beg ada dekat atas meja, masuklah." Pamit Nia sebelum berlari ke arah bilik untuk bersiap-siap manakala dua orang lelaki tadi melangkah masuk ke dalam bilik hotel dan mengangkat semua beg milik Naufal dan Nia.

"Apa yang gelabah sangat kau ni?" Celah Naufal yang baru saja keluar dari bilik air setelah membuang hajat besar. Dia melabuhkan punggung di atas katil seraya memegang perut.

"Cepatlah siap. Mama dengan ibu tengah tunggu kita dekat bawah."

"Rilekslah. Biarlah diorang tunggu. Siapa suruh datang pagi-pagi buta macam ni? Aku nak sambung tidur—"

"No! Tak boleh! Sekarang dah masuk pukul 11.30 pagi. Kita kena check out sebelum pukul 12. Naufal! Bangunlah pergi siap!" Kaki suaminya itu dipukul agar Naufal segera bangun dan bersiap-siap. Boleh pulak dia sambung tidur? Buat penat je dia gosok baju dengan seluar tu, last-last pergi lanyak atas katil.

"Diamlah! Jangan kacau aku nak tidur!"

"Hishh! Kalau awak tak bangun, saya call papa awak suruh naik atas!" Naufal berdengus kuat. Bantal putih ditumbuk kasar sebelum kembali bangun dari perbaringan.

"Sebelum aku bersiap, morning kiss aku mana?" Soal Naufal seraya kedua-dua kening dijungkitkan. Senyuman sinis ditayangkan. Nia memandang lelaki itu melalui pantulan cermin dengan riak wajah kehairanan.

"Se-sejak bila saya kena bagi morning kiss pulak?"

"Dah lupa ke syarat ketujuh kita apa? Ikut segala perintah aku. Sekarang aku nak morning kiss, mana—"

Cupp!

•••••

NIA bergegas masuk ke dalam lif setelah butang bergambar anak panah ke bawah ditekan. Disebabkan rasa malu yang masih menyelubungi diri, dia terpaksa meninggalkan Naufal keseorangan di bilik hotel mereka. Siapa suruh lembab sangat bersiap?

Namun, baru saja pintu lif hampir tertutup, tiba-tiba sebuah tangan menghalangnya menyebabkan pintu itu kembali terbuka dan muncullah wajah yang paling dia mahu elak. Dia pun bodoh, siapa suruh ikut cakap Naufal bagi morning kiss?! Tak pasal-pasal dah dapat malu.

"Siapa suruh kau tinggalkan aku sorang-sorang?" Naufal bertanya seraya melangkah masuk ke dalam lif. Nia mengetap bibir. Perlahan-lahan dia mengesotkan diri ke sudut kanan lif.

"S—siapa suruh awak lambat si—siap?" Soalan dibalas soalan. Nada suara gadis itu terdengar gagap. Naufal tersenyum jahat dalam diam. Butang G ditekan lalu pintu lif serta-merta tertutup.

Suasana di dalam lif menjadi hening dan sepi diantara mereka berdua.

"Eherm." Naufal berdehem. Nia hanya diam, buat-buat seperti tidak mendengar apa-apa.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now