BBISA! 087 ( SC 5 )

8.6K 641 234
                                    

DING! DONG!!

Arrayan menunggu dengan sabar. Sudah tiga hari dia tidak berjumpa dengan buah hatinya itu. Dia tahu Syafiqah mesti terkesan dengan kata-kata Arrian tempoh hari, jadi dia beri masa kepada gadis itu untuk menenangkan diri.

Ding! Dong!

Loceng kondominium ditekan lagi. Beberapa saat kemudian, barulah ada orang yang membuka pintu untuknya. Arrayan memejamkan mata lalu menghulurkam sejambak bunga kepada Syafiqah.

"Excuse me? Who are you?- Wahh! Is this flower for me?" Nana kelihatan terharu sambil memegang dadanya yang berdebar. Kedua-dua pipinya merona merah. Buat pertama kali dalam hidupnya ada lelaki handsome yang tidak dikenali, memberinya sejambak bunga ros.

Arrayan membuka matanya perlahan-lahan. Aduh! Salah orang pulak! Baru saja dia mahu membuka mulut, tiba-tiba sejambak bunga ros yang sepatutnya diberikan kepada Syafiqah, Nana pulak yang ambil.

"Erm..awak." Panggil Arrayan perlahan. Belakang kepalanya digaru dengan rasa serba-salah. Nana mendongakkam kepala bersama senyuman manisnya.

"Ya awak? Nak ajak saya keluar ke?" Tanya Nana tersimpul malu. Rambut panjangnya disimpul-simpulkan menggunakan jari telunjuk.

"Eh tak! Sebenarnya... Bunga tu bukan untuk awak tapi untuk orang belakang awak tu."

Zzuupp!

Nana berdehem. Dia berpaling kebelakang dan terlihat tidak jauh darinya, Syafiqah sedang berdiri sambil memegang segelas kaca yang berisi susu panas. Syafiqah yang baru perasan akan kehadiran Arrayan terus kaku sebelum berpaling ke arah lain.

"O-oh...saya fikir untuk saya." Kedua-dua pipi Nana kemerahan lagi menahan malu dan kecewa. Baru nak feeling-feeling sikit ada putera raja datang nak meminang, rupa-rupanya hampeh! Fakehope betul!

"Iqah!" Seru Arayyan kuat. Nak saja dia berlari masuk mendapatkan Syafiqah tapi dia masih ada rasa hormat dan tahu bahawa mereka masih belum halal lagi-lagi Syafiqah tinggal dengan rakan-rakan sedara dengannya. Karang kantoi tak pasal-pasal kahwin tiga.

Eh tiber-

"Kejap. Saya panggilkan Iqah." Ucap Nana dengan nada dingin. Sejambak bunga ros tadi dicampak ke muka Arrayan tanda geram. Dia kembali masuk ke dalam rumah dan membawa langkah menuju ke arah dapur mini mereka. Telefon pintarnya dihempas ke atas meja di depan Syafiqah dengan wajah cemberut.

"Pergilah sana! Bakal suami kau tu nak jumpa!" Nana memeluk tubuh. Jus susu anggur milik Syafiqah diambil lalu diteguk rakus. Syafiqah terkekeh kecil.

"Kau pahal gelak-gelak? Fikir lawak?"

"Lawaklah, gila! Buat malu je bukak pintu lepastu ambik bunga orang lain. Kau kenal dia pun tak tiba-tiba ajak dia keluar dating! Pffttt-"

"Ha gelak! Gelak puas-puas! Dahlah malas aku nak layan kau!" Segera Nana berlari masuk ke dalam biliknya ingin merajuk. Syafiqah menggelengkan kepala sebelum nafas dalam ditarik. Riak wajahnya diseriuskan sebelum berjalan menuju ke arah pintu utama.

"Iqah." Arrayan tersenyum gembira setelah melihat wajah gadis pujaan hatinya.

"Nak apa?"

"Untuk awak." Sejambak bunga ros diberikan kepada Syafiqah. Syafiqah menahan diri daru tetsenyum seraya mengambil bunga ros tersebut. Dia berdehem kecil.

"Iqah. Awak...free tak sekarang?"

"Tak. Saya ada banyak assignment nak kena buat. Nanti-nanti jelah kita jumpa. Kondo awak pun selang satu dari kondo saya." Balasan dari Syafiqah membuatkan Arrayan mengemam bibir. Apabila tiada seorang pun yang mahu membuka bicara, terus Syafiqah meminta diri untuk masuk ke dalam kondonya semula.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now