BBISA! 055

17K 1K 139
                                    

SUASANA di dalam bilik seni hening tanpa bunyi. Nia mengeluh berat. Susah betul jadi orang yang takde bakat langsung dalam melukis ni. Sekurang-kurangnya pandai lukis perkara asas pun sudah memadai. Ini tak, nak melukis gambar orang pun tak jadi. Yang jadinya muka monyet. Hm.

Nia berputus asa. Dia menoleh ke arah Naufal yang masih leka melukis. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman. Walaupun Naufal seorang lelaki yang suka menimbulkan masalah, namun tidak dapat disangkal lagi yang sebenarnya lelaki itu mempunyai banyak bakat terpendam.

Dia pelik. Kenapa Naufal tak mahu menunjukkan bakatnya di khayalak ramai seperti masuk pertandingan melukis peringkat sekolah ke tak pun peringkat kebangsaan. Dia pasti Naufal boleh meraih banyak anugerah dengan bakat yang dia ada.

Bukan saja dalam melukis malah Naufal juga bagus dalam bersukan lagi-lagi sukan renang. Dengan tubuhnya yang tegap berotot, urat timbul di kedua-dua lengan dan leher, warna kulit yang sawo matang serta rambut hitamnya yang messy menambahkan lagi kekacakan di wajah Naufal. No wonder lah ramai terpikat. Kalau tengah bercouple tu, mesti ayat-ayat yang keluar dari mulutnya itu manis sampai boleh potong kaki.

Nama pun buaya darat. Kena pula perwatakannya yang teramatlah badboy, siapa saja tak jatuh hati kan?

Tapi satu je masalahnya sekarang. Sekali perangai miangnya datang, semua perkara negatif je yang dia fikirkan. Orang cakap positif, dia tafsirkan negatif. Mulut pulak laser, tak pandai nak tapis buatkan semua orang yang berkomunikasi dengannya, sakit hati.

"Aku tahulah aku handsome mengalahkan PewDiePie. Tak payahlah tenung aku macam nak telan. Karang aku yang telan kau tak pasal-pasal tak boleh berjalan satu minggu."

Nampak tu? Itulah masalah Naufal sekarang! Nasib baiklah mereka sudah bergelar suami isteri kalau perempuan yang masih belum sah jadi miliknya? Hm memang hancurlah masa depan perempuan tu nanti.

"Gatal." Ucap Nia geram. Wajah Naufal dijeling seraya memeluk tubuh. Hanya beberapa saat saja sebelum dia memandang Naufal semula. Naufal ni kalau dah fokus pada sesuatu memang lupalah orang sekeliling. Naik bosan jadinya! Nasiblah dia ada insomnia, kalau tak mesti dah terbongkang tidur atas katil sekarang.

"Naufal." Panggil Nia.

"Hm?"

"Sejak bila awak tahu yang awak pandai melukis?" Tanya Nia memulakan perbualan. Dia mahu tahu serba-sedikit kehidupan Naufal yang ramai tak tahu. Apa guna jadi isteri kalau tiada satu perkara pun yang dia tahu tentang suami dia kan? Memalukan.

"Lama dah. Sejak umur aku enam tahun."

"Mama dengan papa tak tahu?" Naufal mengangguk.

"Aku ada bakat melukis tapi tak minat melukis. Aku lebih suka bersukan." Jawab Naufal lagi. Nia membulatkan mulut berbentuk 'O' sebelum kedua-dua bibir dicebikkan.

"Sayang kalau ada bakat tapi taknak asah. Nanti lama-lama bakat awak tumpul, nak mula melukis semula dah susah. Kenapa awak taknak tunjuk bakat awak pada semua orang? Masuklah pertandingan. Saya pasti mesti awak boleh dapat banyak anugerah." Naufal menjongketkan bahu.

"Aku malas nak masuk mana-mana pertandingan. Lagipun aku jarang melukis dah sekarang, kalau free je aku duduk dalam bilik ni. Tapi, once aku dah start melukis, memang 24 jam aku duduk dalam bilik ni. Makan dengan mandi pun aku lupa." Nia sedikit terlopong mendengar balasan Naufal itu. Obses betul kalau dah start melukis sampai lupa semua perkara.

Sekarang dia faham. Patutlah Naufal jarang melukis sekarang. Kalau dia takde dalam bilik ni, mesti dia pergi melepak dengan Mifta dan Irsyad takpun keluar dating dengan girlfriend-girlfriend dia.

"Awak..." Panggil Nia lagi. Naufal berdehem. Fokusnya masih pada lukisan yang hampir selesai.

"Kalau satu hari nanti Allah tarik nyawa saya dulu, awak nak cari perempuan lain ke?" Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Nia tanpa sedar. Dia tak tahu kenapa soalan seperti itu bermain di mindanya sekarang.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now