BBISA! 080

13.9K 738 243
                                    

NAUFAL melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan mayat isterinya. Kedua-dua matanya membengkak akibat menangis sepanjang perjalanan mereka dari kawasan kejadian sehingga tiba di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans.

Ahli-ahli keluarganya yang lain hanya berdiri di luar bilik mayat saja. Mereka memberikan ruang kepada Naufal bersendirian di dalam bilik mayat bersama jenazah isterinya, Husnia Rani Zahra yang telah kembali ke rahmatullah pada waktu Subuh, pukul 6.50 pagi hari Jumaat.

Naufal memejamkan mata, seboleh-boleh menahan diri dari menghamburkan tangisan lagi. Dia tak kuat. Lihat saja keadaan mayat Nia yang hampir keseluruhan tubuhnya hangus dijilat api, membuatkan lelaki itu ingin meraung sekuat hati.

"Nia..." Nama isterinya diseru perlahan. Naufal terduduk melutut di atas lantai disisi katil Nia. Walaupun separuh dari wajah Nia terbakar, namun wajah tersebut tetap bercahaya di pandangan matanya.

Tangan kanan arwah isterinya diraih lembut lalu dikucup lama. Sedaya upaya dia cuba untuk memaksa diri agar menerima ketentuan dan takdir Allah yang sudah tertulis untuknya. Allah lebih sayangkan Nia. DIA tak mahu isterinya terseksa lagi sebab itulah nyawa Nia ditarik pada hari yang mulia ini.

"Nia...maafkan aku sebab tak dapat jadi suami yang baik.. maafkan aku sebab tak dapat jadi ayah yang baik.. kenapa kau tinggalkan aku macam ni, sayang? Mana janji kau nak ada disisi aku sampai kita tua? Kau cakap nak tengok anak-anak kita membesar. Kau cakap nak lahirkan anak ketiga kita..tapi kenapa kau tinggalkan aku?" Tanpa dia sedari, air mata mengalir lagi jatuh ke pipi.

Naufal mengucup tangan Nia lama sebelum ke perut wanita itu pula. Kini, perut yang mendiami anak ketiga mereka telah pun kosong. Tangisan Naufal kedengaran semakin kuat. Perut isterinya dipeluk dan dikucup lama, berat hatinya untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Naufal..." Tuan Luzman, Puan Aileen, Tuan Nazman dan isterinya, Puan Dayana melangkah masuk ke dalam bilik mayat tersebut. Bahu Naufal ditarik lembut oleh bapanya. Lelaki itu dibawa ke dalam pelukan.

"Jangan meratapi pemergian Nia...tak elok. Kita kena redha dengan ketentuan dan takdir Allah. Kamu menangislah sampai bila pun, orang yang dah pergi mustahil untuk kembali semula. Banyakkan bersolat dan berdoa, semoga roh Nia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..." Pujuk Tuan Luzman kepada satu-satunya anak lelakinya.

Tuan Nazman menarik nafas dalam, cuba menahan diri dari mengalirkan air mata. Puan Dayana dan Puan Aileen pula awal-awal lagi sudah menangis. Jiwa hawa mereka tidak mampu untuk menampung kesedihan ini terlalu lama. Kesian pada Naufal. Kesian pada Syafiq dan Syafiqah, mereka berdua masih lagi kecil tapi sudah dikategorikan sebagai anak piatu.

"Diorang tinggalkan Naufal, pa...macam mana Fal nak teruskan hidup? Macam mana Fal tak sedih? Macam mana kalau Fiq dan Iqah tanya Fal mana mama diorang pergi? Fal nak jawab apa?" Bertalu-talu soalan ditembak kepada ayahnya. Naufal meraup wajah. Dia gagal lagi menahan air mata.

"Diorang?..." Puan Dayana bertanya ketika Naufal menggelarkan arwah Nia, 'diorang'.

"Ariana Damia. Anak ketiga Fal yang ada dalam perut Nia sekarang, dah meninggal. Nia dan Damia tinggalkan Fal serentak, ibu..." Puan Aileen dan Puan Dayana menekup mulut setelah mendengar keterangan dari anak menantu mereka itu. Tangisan kecil mula kedengaran di dalam bilik mayat tersebut. Tak sangka, Nia meninggal dalam keadaan dirinya sedang membawa cucu mereka.

Reena dan Haziq yang berada di luar bilik mayat hanya diam memerhatikan mereka di dalam. Bahu Reena didakap suaminya. Wanita itu menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Abang...ni semua salah Reena. K—kalau Reena dengan dia dulu tak macamni, mesti Nia takkan meninggal..."

"Apa sayang cakap macamtu? Ajal dan maut semua ditangan Allah. Kita bukan sesiapa nak persoalkan apa yang DIA nak buat."

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now