BBISA! 051

17.2K 823 83
                                    

"INI ubatnya, cik. Makan dua kali sehari. Selepas sarapan dan sebelum tidur. Semoga cepat sembuh." Huluran plastik ubat panadol bertukar tangan. Reena mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang menjaga bahagian farmasi itu. Dia kemudiannya berpaling ke belakang untuk keluar dari hospital setelah membuat temu janji bersama doktor.

"Assalammualaikum..." Teguran dari seseorang membuatkan langkah Reena terhenti. Wanita itu menoleh ke kiri, memandang gerangan wanita bertudung yang memberi salam tadi.

"Waalaikummussalam. Cik cari siapa?" Tanya Reena sambil bersalaman dengan wanita itu.

"Awak cik Reena ke?" Soalan dibalas soalan. Reena mengangguk. Riak wajah wanita bertudung tersebut bertukar muram serta-merta.

"Kenapa cari saya? Awak siapa?"

"Nama saya Nafisah Humairah. Boleh tak kita berborak sekejap? Saya ada perkara sikit nak bincang dengan cik." Pinta Nafisah. Jelas kelihatan wajahnya betul-betul desperate mahu berjumpa dengannya.

"Kita bincang di kedai minum tu dulu?" Ajak Reena. Jari telunjuk ditujukan ke arah sebuah kafe yang terletak di seberang jalan. Nafisah mengangguk setuju. Masing-masing membuka langkah melintasi lintasan zebra dan menuju ke kafe tersebut.

•••••

USAI memesan minuman dan pencuci mulut, Reena memandang Nafisah yang sedari tadi asyik menunduk tidak mahu bertentang mata dengannya. Dia pelik. Tadi mahu berjumpa sangat, sekarang asyik membisu je.

"Awak nak bincang apa? Macam mana awak tahu nama saya? Kita pernah kenal ke?" Bertalu-talu soalan diajukan kepada Nafisah. Nafisah mengangkat wajah. Kepala digelengkan membuatkan Reena bertambah hairan.

"Habistu kenapa nak jumpa saya?"

"Saya nak bincang pasal Hanif. Suami saya." Ucap Nafisah tanpa nada membuatkan Reena serta-merta menegakkan tubuh. Jelas raut wajahnya terkejut yang teramat apabila Nafisah mengatakan bahawa Hanif itu suaminya.

"Hanif Azreen?" Tanya Reena ingin memastikan. Takut dia salah orang pulak, luruh jantungnya nanti. Namun, sekali lagi dia terkejut apabila Nafisah menganggukkan kepalanya.

"Maaf kalau saya mengganggu cik Reena. Tapi, saya mohon sangat. Tolong jauhkan diri dari suami saya. Ramai orang kampung tengah cakap buruk pasal keluarga saya. Saya isteri Hanif, saya ada hak nak pertahankan suami saya..." Pinta Nafisah lagi. Reena terdiam. Air liur ditelan kelat.

Hanif...sudah beristeri? Kenapa dia tak tahu yang selama ni teman lelakinya itu sudah berumahtangga? Astaghfirullahhalazim...

"Awak...saya betul-betul mintak maaf. Hanif tak pernah cakap dengan saya yang dia dah berkahwin. I'm sorry...I'm really really sorry..." Reena meraup wajahnya. Tak sangka selama ini dia keluar dengan suami orang. Hanif sendiri cakap yang dia belum berkahwin dan mereka sedang merancang untuk mengadakan majlis pertunangan awal tahun depan.

Reena mengucap panjang. Wajah Nafisah dipandang penuh rasa serba salah.

"Takpe...saya tak salahkan awak. Saya cuma terkilan Hanif tipu saya. Dia cakap dia terima kekurangan saya dan takkan pernah sekali-kali untuk curang. Dia kata dia terima saya seadanya. Tapi, baru tiga tahun perkahwinan kami, dia berubah. Dia jarang balik rumah. Call tak berangkat. Mesej pun kadang-kadang balas, kadang-kadang tak. Saya cuba positifkan diri yang dia sibuk bekerja. Tapi, hari demi hari perangai dia makin berubah sampai jadi buah mulut di kampung saya. Mak ayah saya tanggung malu bila orang kampung cakap buruk pasal kami. Sebabtu, saya cari awak nak bincang pasal perkara ni." Terang Nafisah panjang-lebar. Kolam matanya mula bertakung dengan air mata.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now