BBISA! 063

15.7K 1K 198
                                    

"ARGHHHHH!!!"

"Oh...kau ke yang skodeng bini aku semalam?! Kau memang suka cari pasal kan?!" Kolar baju pelajar lelaki tingkatan 3 yang bernama Noah Danish itu dicengkam kuat oleh Naufal. Tubuh lelaki itu ditolak ke tebing bangunan A di rooftop sekolah.

Danish menggigil ketakutan tika melihat ke bawah. Bangunan A merupakan bangunan paling tinggi di Waterford Elite Highschool yang merangkumi tujuh kelas tingkatan 3, bilik gym, perpustakaan, koperasi, bilik kaunselling, bilik silat dan juga bilik taekwando. Jadi, kalau tubuhnya ditolak jatuh ke bawah, insyaAllah terus jadi arwah.

"Seronok?" Soal Naufal seraya menjungkitkan kening sebelah. Pipi dalam ditolak menggunakan lidah apabila Danish menganggukkan kepalanya tanpa rasa bersalah.

"Kalau kau rasa taknak mati awal, lebih baik kau cakap berapa lama kau suka Nia? Sejak bila?! Apa yang kau nampak dekat dalam tandas semalam?! Macam mana kau tahu apa yang aku nak bagi pada dia?! Kenapa kau bagi dulu daripada aku?! Jawab sekarang!!" Bertalu-talu soalan ditembak tepat di muka Danish.

Danish menggelengkan kepala, tidak mahu memberitahu rahsianya kepada lelaki tersebut atau lebih tepatnya suami kepada crushnya itu.

"Oh taknak bagitahu?" Naufal berdecit kecil. Kepala ditoleh ke kiri memandang Irsyad. Signal mata diberikan kepada si sahabat. Faham akan maksud yang ingin disampaikan, beg sekolah Danish dicapai Irsyad lalu zipnya dibuka.

Beg sekolah tersebut diterbalikkan lalu mengeluarkan semua isi yang ada. Terdapat bekas pensel, Iphone XS, Ipad, beberapa buku latihan, buku cerita dan...album gambar? Kotak coklat? Gelang? Kamera Nikon?

Irsyad dan Naufal memandang antara satu sama lain. Apa kejadah bawak barang-barang ni pergi sekolah? Dia pergi sekolah untuk belajar ke atau jadi spy Nia? Teruk betul budak ni punya obses dekat bini aku. Monolog Naufal dalam hati. Album gambar yang menjadi perhatian utamanya ditatap.

"Cad, kau tengokkan budak ni." Arahnya. Tubuh Danish ditolak ke arah Irsyad. Dia berjalan ke album gambar yang berada di atas tindihan buku-buku dan Ipad. Album tersebut diraih lalu dibukanya. Setiap gambar diperhatikan satu demi satu.

"What the hell?" Seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Setiap langkah Nia semuanya ada dalam album itu. Dari Nia datang ke sekolah, belajar dalam kelas, rehat di kafeteria, membaca buku di perpustakaan, membeli makanan di koperasi, berborak dengan kawan-kawan perempuan lain malah gambar-gambar sewaktu mereka ke Kem Sahom Valley Resort pun ada?!

Sejak bila Danish ikut serta ke kem itu?! Tak pernah dia nampak wajah budak ini dalam bas mahupun bilik-bilik yang mereka diami...

Disebabkan rasa ingin tahu kian melonjak dalam hati, sebuah buku diari berkulit tebal milik Danish diambil dari atas lantai simen.

"Jangan bukak buku tu!!" Danish menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan kedua-dua mereka. Nasib baiklah Irsyad sempat menahan tubuh pelajar tingkatan 3 itu dari berlari mendapatkan Naufal. Disebabkan tubuh mereka berdua yang hampir sama tinggi, lantas pisau lipat dikeluarkan dari dalam poket seluar dan diletakkan di leher Danish membuatkan jejaka itu terdiam serta-merta.

"Kau gerak kau mati." Ugut Irsyad dengan nada suara mendatar. Fikir dia kisah kalau kes ni jadi kes polis? Sekurang-kurangnya dia ada bukti untuk masukkan Danish ke dalam lokap. Paling selamat pun, hantar je dia ke pusat pemulihan.

Setelah melihat Danish kaku berdiri di pelukan Irsyad, tanpa membuang masa buku diari berkulit tebal itu dibuka. Sekali lagi rahang Naufal terjatuh apabila terdapat banyak maklumat berkenaan Nia ditulis di setiap helaian kertas coklat yang ada. Dari makanan kegeraman, warna kegemaran dan semua maklumat peribadi Nia lengkap ditulis di dalam buku tersebut.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now