BBISA! 075

14.1K 996 156
                                    

Dua tahun kemudian...

"I nak kita putus." Ucap Reena dengan nada dingin. Matanya sudah bengkak kerana tidak henti-henti menangis setelah apa yang terjadi di rumah Nafisah semalam.

"Reena, please...I boleh explain-"

"You nak explain apa lagi?! You tak dengar ke apa Zafran cakap?! I taknak disebabkan I, you pilih kasih! I terima you sebab I nak bantu penuhi permintaan arwah mak you! But, I don't want it anymore...." Hanif lantas menggeleng. Tangan Reena dicapai dan digenggam erat.

"Lepaslah!" Marah Reena, bengang. Tangannya yang digenggam Hanif ditepis kasar.

"Please Reena...jangan buat I macam ni. I sayangkan you, I sayangkan Nafisah. I janji I takkan pilih kasih. I akan bagi kasih sayang pada korang berdua secara sama rata-"

"Tell me, Hanif. Perempuan mana yang suka berkongsi kasih sayang? I tak suka. Dan I percaya, Nafisah pun tak suka. Korang berdua boleh ambil anak angkat. Jaga macam anak kandung sendiri. I tak jamin yang kita akan bahagia kalau family tak restu hubungan kita berdua. Silap haribulan, I akan jadi macam Nafisah. Sekali curang, selamanya curang. I taknak hubungan kita retak dan akhirnya bercerai. So, it's better for us to end our relationship now."

"Sayang..."

"Don't call me, sayang. Kita dah takde apa-apa mulai sekarang. Tolong jangan cari or contact I lagi. I akan buang semua nombor dan gambar-gambar kita." Cantas Reena sebelum berpaling ke belakang. Dia berjalan menuju ke arah kereta Audi miliknya. Pintu kereta dibuka.

"Oh! Sebelum tu..." Reena yang ingin masuk ke dalam perut kereta, terus teringat sesuatu. Dia menoleh ke arah Hanif yang berjarak sedikit jauh darinya.

"I pecat you. Jangan datang office lagi mulai esok." Sejurus berkata begitu, Reena mengeluarkan beberapa keping not wang ringgit dan dicampaknya kasar ke kaki Hanif.

Kemudian, wanita itu terus masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan sebelum pedal minyak ditekan. Keretanya meluncur laju melepasi Hanif ke jalan besar.

Hanif tergamam. Wang-wang ringgit yang bersepah di atas tanah dipandang sayu. Wajahnya diraup sebelum dia jatuh terduduk di atas tanah. Air matanya jatuh ke pipi dipenuhi dengan rasa kesal, marah, dendam dan macam-macam perasaan negatif.

"ARGGGGHHHHH!!"

•••••

BAM! BAMM!! BAMMM!!!

"ZAFRAN..pergi bukak pintu. Abang Hanif dah balik..." Arah Nafisah lembut. Wanita itu duduk di birai katil setelah puas menangis kerana kesal dengan sikap Zafran terhadap Reena.

BAMM!!! BAMMM!! BAMMM!!

Zafran menggeleng tidak mahu. Nalurinya kuat mengatakan Hanif dalam keadaan sangat marah dan berniat ingin mencederakan mereka.

"Zaf...pergi bukak pintu! Lagi adik tak bukak, lagi dia mengamuk!"

"Tapi kak..."

"Kalau adik taknak bukak pintu, biar akak je pergi!-"

"Tak payah! Biar adik bukak pintu..." Segera tindakan Nafisah dihalang apabila wanita itu berura-ura bangun ingin keluar dari biliknya. Nafisah kembali terduduk di atas katil manakala Zafran melangkah keluar dari bilik kakaknya.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now