BBISA! 068

15.1K 880 114
                                    

NAUFAL dan Irsyad melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan sementara menunggu Doktor Isaac membuat ujian DNA ke atas dua sample darah milik Nia dan Darwisy. Dada masing-masing berdebar laju tatkala hasil pemeriksaan telah pun selesai selepas hampir 30 minit menunggu.

"Macam mana doktor?" Tanya Naufal. Doktor Isaac mendiam. Sepasang matanya fokus pada maklumat-maklumat yang tertulis di beberapa helaian kertas yang sudah di print.

"Berdasarkan pemeriksaan saya, Husnia dan Darwisy berkongsi DNA dari ibu bapa yang sama. Boleh saya tanya, mereka tak kenal antara satu sama lain ke? Sebab nama bapa masing-masing berbeza." Naufal dan Irsyad memandang antara satu sama lain sebelum berpaling ke arah Doktor Isaac semula.

"Kami pun tak tahu yang diorang ni adik-beradik. Setahu saya diorang rapat sebagai kawan baik je."

"Jadi, macam mana kamu tahu yang mereka ni adik-beradik kembar?" Naufal berkerut kepala. Dia tak tahu macam mana nak terangkan pasal perkara ni.

"Masa saya teman Nia melawat Darwisy haritu, saya terserempak dengan Taufiq, adik angkat Darwisy. Lepastu, kami berdua berborak sekejap dekat cafe hospital then dia keluarkan gambar ni. Dia kata dia jumpa gambar ni dalam kotak bilik tidur Darwisy. Bila saya tengok tanda lahir dekat peha sebelah kiri baby ni, saya teringat yang tanda lahir ni sama dengan tanda lahir isteri saya. Bentuk, kedudukan dan corak pun sama..."

Naufal mula menceritakan serba ringkas tentang bagaimana dia mengesyaki bahawa Nia dan Darwisy adalah adik-beradik kembar tidak seiras. Sekeping gambar dua orang bayi yang didapati dari Taufiq dikeluarkan lalu diberikan kepada doktor lelaki tersebut.

Dia juga membahasakan Taufiq sebagai adik angkat Darwisy disebabkan lelaki itu sekarang berada di bawah jagaan Darwisy setelah ibu bapanya meninggal manakala Laila pula hilang tanpa jejak sehingga kini.

Terangguk-angguk kepala Doktor Isaac mendengar cerita yang disampaikan Naufal dan Irsyad bersilih-ganti. Dia juga dapat simpulkan bahawa Nia dan Darwisy berpisah sewaktu umur mereka masih setahun jagung menyebabkan mereka tidak mengecam wajah masing-masing setelah menginjak remaja.

Selepas pertemuan Naufal, Irsyad dan Doktor Isaac selesai, mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut kerana telah membantu mereka menyelesaikan masalah ini. Dokumen ujian DNA milik Nia dan Darwisy disembunyikan dari pengetahuan semua orang. Apabila masa yang sesuai tiba, barulah mereka akan menceritakan segala-galanya.

•••••

Seminggu kemudian...

"FINALLY!!! SPM DAH HABISSSSSS WOAHHHHHH!!!" Mia menjerit lantang selepas melangkah keluar dari dewan. Apa dia kisah kalau perbuatannya itu menarik perhatian ramai? Mulut dia sukahati dialah nak menjerit ke apa. Bukan dia kacau hidup orang lain pun!

"YEAHHHHH!!" Bukan dia saja yang bersorak malah tiga per empat dari pelajar-pelajar tingkatan 5 semuanya menjerit kegirangan. Tekanan dan bebanan yang mereka lalui sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah akhirnya berakhir juga. Cuma, sekarang mereka akan menunggu keputusan SPM yang akan keluar tidak lama lagi.

Masing-masing mula berborak sesama sendiri sambil mengemas apa yang patut. Ada yang mula bercerita tentang kerja-kerja part time yang akan mereka ambil sementara menunggu keputusan keluar, ada yang akan belajar cara-cara untuk mengendalikan kerja syarikat milik keluarga masing-masing serta ada juga yang membuat keputusan ingin bercuti ke luar negara bersama rakan-rakan karib sebelum mereka menginjak ke alam dewasa dimana kehidupan sebenar baru saja bermula.

"Nia! Kau nak buat apa lepasni?" Tanya Adriana sambil mengemas barang-barangnya di dalam loker masuk ke dalam beg sekolah. Buku-buku yang ditinggalkan selama sebulan semuanya berhabuk seperti tak pernah digunakan. Maklumlah sekarang zaman dah canggih.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now