BBISA! 078

12.5K 671 124
                                    

NIA menuruni anak tangga untuk membasahkan tekak yang kering. Setiba di dapur, pintu peti ais dibuka lalu mengeluarkan sekotak jus epal Marigold Peel Fresh. Dia berjalan ke kabinet dan mencapai segelas kaca. Kemudian, dia melabuhkan punggung di atas kerusi seraya menikmati jus epal tersebut.

Telefon pintar diletak di atas meja. Sesekali nafas kecil dihelakan kerana sejak siang tadi dia menunggu panggilan dari Naufal. Tapi, sampai sekarang suaminya itu langsung tidak membuat sebarang panggilan malah mesej pun tak reply.

"Kalau dah fokus dengan kerja tu, memang lupa aku lah jawabnya..." Nia merungut. Perutnya yang masih kempis diusap lembut.

"Baby...cepatlah besar. Mama tak sabar nak tunggu kamu keluar. Nanti mama ajak papa dengan kakak dan abang bawak baby pergi jalan-jalan tau? Kita holiday sama-sama..." Nia berkata sendirian kepada perutnya. Dia tahu walaupun kandungannya tak akan membalas kata-katanya, tapi sebagai seorang ibu dia pasti, anak dalam perutnya itu sedang mendengar luahan hatinya.

"Mama harap lepas kamu lahir nanti, papa akan spend time dengan mama macam dulu. Kalau baby nak tahu, papa nakal sangat dulu. Macam-macam dia buat dekat mama sampai kepala mama pening layan kerenah dia. Jadi, mama harap baby tak nakal-nakal macam papa, tau? Besar dengan sihat ya sayang?"

Nia tertawa kecil apabila fikirannya terbayangkan hubungan mereka enam tahun lepas. Sewaktu pertama kali dia dan Naufal bertemu tanpa mengenali antara satu sama lain. Tapi disebabkan aturan keluarga, mereka berdua disatukan tanpa rela.

Namun, lama-kelamaan perasaan benci itu bertukar menjadi sayang. Walaupun pada mulanya Naufal tidak menyukainya dan melakukan macam-macam perkara untuk menyakitkan hatinya, akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk mencintainya.

Dia masih ingat perangai-perangai buruk Naufal sebelum mereka pergi ke Kem Lang Buana di Perak. Semua pelajar di Waterford Elite Highschool menggelarnya badboy sekolah termasuklah Irsyad dan Mifta. Terlalu banyak sangat benda buruk yang mereka bertiga suka lakukan seperti menyimbah air panas ke wajah ex mereka yang mahukan get back, minum arak, hisap rokok, pergi kelab malam sampai ditahan polis, ponteng sekolah macam sekolah tu bapak diorang punya. Tapi, memang betul pun sekolah tu bapak diorang punya. Sebabtulah diorang tak pernah kena tahan dalam bilik disiplin.

Prank? Itu sudah menjadi tugas harian diorang. Seingat dia, cikgu PJ kelas dia dulu pernah terkena prank kerana merampas barang terlarang yang dibawa Mifta. Sebuah besen besar yang berisi air sirap serta sebungkus ais besar diletakkan di atas pintu. Ketika cikgu PJ mereka itu membuka pintu ingin keluar dari biliknya...

PWUSHHHH!!

Habis basah kuyup satu badan cikgu tu! Pelajar-pelajar lain bukan nak tolong, gelak adalah jugak! Yang merakam pun ada. Akhirnya, cikgu PJ mereka memohon kepada pengetua untuk dipindahkan ke sekolah lain.

Tragis bukan?

Tapi, Naufal, Irsyad dan Mifta kini lebih matang. Guru-guru yang pernah mereka anaiya dulu telah pun mereka minta maaf. Biaselahtu zaman remaja di sekolah menengah memang banyak kerenah. Lebih teruk dari perangai budak-budak sekolah rendah.

Irsyad sekarang berada di Itali untuk menguruskan syarikat keluarganya manakala Mifta pula masih lagi di dalam penjara, menghabiskan masa bersama rakan-rakan banduannya.

ZRENGG!!

Sedang Nia mengelamun, tiba-tiba telinganya menangkap suara aneh di luar rumah. Bunyi apa tu? Macam bunyi ayam kena sembelih je? Nia tertanya dalam hati. Dia mengerling jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 3.25 pagi.

Ding Dong!

Ding Dong!

Loceng rumah dibunyikan dua kali. Nia masih kaku di tempat dia duduki. Dia berkerut hairan. Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta macam ni? Takkanlah Naufal dah balik? Tak logik..

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now