BBISA! 013

18.4K 1K 99
                                    

SATU teguk.

Dua teguk.

Tiga teguk.

"Wei, stoplah minum. Kau nak mabuk cepat ke??" Gelas kaca yang berada dipegangan Naufal dirampas Irsyad. Naufal berdengus. Botol arak yang berada di depannya diambil lalu diteguk rakus sehingga habis.

"Aku cakap stoplah, gila!!" Marah Irsyad lalu merampas botol arak yang sudah kosong itu pula.

Naufal berdengus kasar sekali lagi. Rambut panjangnya yang sudah melepasi dahi diserabutkan seperti orang tak betul.

"Kau kenapa ni, Fal? Kata ada benda penting nak cakap. Bila kitorang dah sampai, kau taknak bagitahu pulak. Kau tahu tak sekarang dah pukul 3? Aku nak balik tidur faham tak?!" Mifta mula bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Dahlah masa tengah main game tadi tiba-tiba notification masuk yang Naufal mahu berjumpa dengan dia dan Irsyad sebab ada benda penting nak bagitahu.

But, end up Naufal asyik teguk air kencing syaitan ni berkali-kali sampai mabuk. 

Irsyad hanya mampu menggelengkan kepala. Tenaga dia sudah habis harini dan dia perlukan tidur secukupnya. Tapi, disebabkan Naufal, dia sanggup bersengkang mata sampai pukul 3.

Drtt..drttt...

Irsyad mengeluarkan telefon pintarnya yang bergetar di dalam poket seluar. Nama yang tertera di skrin dibaca sekali lalu sebelum berdehem kecil.

"Aku pergi tandas kejap. Nak berak." Pamit Irsyad sebelum membuka langkah keluar dari bilik vvip yang ditempah mereka. Mifta membuat muka jijik seraya memandang pemergian Irsyad melalui ekor mata.

"Pengotor. Berak pun nak bagitahu."

•••••

PINTU tandas dibuka lalu dia menapak masuk ke dalam. Sejurus itu, terus matanya bertentangan dengan seorang wanita yang berpakaian seksi dari atas ke bawah. 

Wanita seksi atau lebih tepatnya pelacur, menghampiri Irsyad dengan lenggoknya. Kain skirt yang sememangnya pendek paras punggung sengaja diselaknya untuk menarik perhatian jejaka tersebut.

You know what? Men will always be men.

"Hye baby... you look so hot today.." Ujar pelacur tersebut. Kedua lengannya memeluk tengkuk Irsyad apabila lelaki itu langsung tidak memberikan tindak balas. 

Irsyad seakan terpukau melihat kecantikan pelacur yang sedang menggodanya itu. Haih..muka dah lawa tapi pilih jadi pelacur. Dia peliklah dengan orang zaman sekarang ni. Kalau muka break out, badan gemuk,  tak cukup tangan, kaki, kepala- eh takdelah sampai tak cukup kepala. Semuanya nak kerja yang halal dan bagus.

Tapi, sesetengah perempuan kalau yang dah original muka lawa, kulit flawless, sempurna struktur badan, kenapa pilih jadi pelacur atau sugar mummy? 

Dah takde kerja lain ke nak buat? Yelahkan manusia, mana pernah bersyukur dengan apa yang diorang ada. Ada je benda 'baru' yang diorang nak cuba sampai sanggup gadaikan maruah.

Baru saja pelacur itu mahu mencantumkan bibirnya pada bibir Irsyad, tiba-tiba telefon lelaki itu kembali berdering.

"Astaghfirullahhalazim..." Mengucap dia dibuatnya. Lantas pelukan pelacur itu dileraikan sedikit kasar.

Hello, dia memang famous digelar badboy. Tapi itu cuma dekat sekolah je tau? Apa yang dia buat dekat luar semuanya pengaruh dari Naufal dan Mifta. Fikir dia suka ke minum arak? Main dengan perempuan? Lepak kelab malam sampai pagi-pagi buta macam ni?

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now