BBISA! 019

18.3K 1K 117
                                    

"HIKSS..."

"Nia..dah lah tu jangan menangis lagi. Kita serahkan kes kehilangan Laila ni pada polis ya?" Pujuk Puan Dayana lembut. Belakang badan Nia diusap untuk menyalurkan ketenangan agar gadis itu tidak menangis lagi.

Kepala dianggukkan. Air mata diseka menggunakan tuala kecil yang berada di tangan.

"Kita turun bawah makan jom? Family Naufal pun ada sekali tunggu Nia." Ajak Puan Dayana. Nia mengeluh kecil.

Kenapa masa-masa macam ni nak buat makan malam?

Tahu tak Laila baru je hilang??

Semua orang dalam rumah ni tak faham ke perasaan orang yang tengah kehilangan sahabat ni?

Tapi, nak taknak terpaksa jugak dia mengikuti jejak langkah ibunya turun ke tingkat bawah. Tudung shawl yang menutup kepalanya dibetulkan sedikit ketika melalui cermin besar yang tergantung di dinding.

"Assalammualaikum.." ucap Nia seraya senyuman kecil diukirkan dibibir mungilnya. Kerusi berhadapan Naufal ditarik lalu melabuhkan punggung disitu.

Sebelum itu, sempat dia menjeling Naufal yang buat tak tahu dengan kehadirannya. Tangan tu sibuk main dengan pisau tajam.

Nak bunuh orang ke?

"Waalaikumnussalam. Nia sihat? Badan macam mana? Dah okay?" Tanya Puan Aileen, mengambil berat tentang bakal menantunya itu.

"Tch. Tengok muka pun dah tahu okay. Sempat lagi berdating dengan jantan lain lepas subuh." Sampuk Naufal bersahaja. Nia merenungnya tajam namun seperti biasa, fikir dia kisah dengan renungan bak mata helang tu?

"Naufal!" Terus peha Naufal ditepuk Puan Aileen. Naufal menggulingkan biji mata, bosan.

Beberapa minit selepas itu, ketibaan Tuan Luzman dan Tuan Nazman kelihatan di meja dapur. Kerusi bersebelahan isteri masing-masing ditarik lalu punggung dilabuhkan di atas permukaan perabot tersebut.

"Papa dah sampai, makanan bila lagi? Cepatlah..Fal lapar ni.." rungut Naufal. Reena menggelengkan kepala. Apa masalah budak sorang ni? Duduk diam-diam tak boleh ke? Ada je benda nak cari gaduh.

"Kejaplah Naufal. Perangai tu behave sikit boleh tak? Kamu tu bakal jadi suami orang tau? Hormat sikit keluarga mertua kamu ni.." tegur Tuan Luzman membuatkan Naufal kembali mendiamkan diri.

"So, macam mana rancangan kita? Pelamin semua dah booking? Baju pengantin?" Tanya Tuan Luzman membuka topik utama.

Nia dan Naufal hanya diam mendengar saja perbualan ibu bapa mereka. Takkan nak menyampuk bila orang tua berbual? Kalau Naufal mungkinlah..

Paling teruk pun nanti dia mengamuk lepastu pecahkan semua pinggan kaca.

"Semua dah siap dah. Tempat pun Leen dah booking dekat Pavillion Hotel. Cuma, Leen baru booking dessert je. Makanan berat belum lagi." Ujar Puan Aileen, excited. Padahal majlis perkahwinan bulan depan, kira-kira tiga minggu lagi dari sekarang.

"Cepat you buat kerja, Leen. Kalau macamtu, makanan berat biar I yang tempah sebab I ada kawan yang buat catering. Nasi minyak, wajib ada. Then, I ingat nak letak nasi putih, nasi goreng, mee goreng, kueh teow goreng. Catering untuk ais krim, cendol dengan ABC pun biar I yang settlekan."

Sambung Puan Dayana pula. Tuan Luzman dan Tuan Nazman hanya mengangguk saja tanpa membantah apa-apa. Biarlah mereka berdua yang selesaikan segalanya.

Kebiasaannya, kalau bab-bab macam ni memang mak-mak yang lebih excited dari bapak-bapak. Karang kalau beri pendapat, ada je itu tak kena. Ini tak kena.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now