BBISA! 085 ( SC 3 )

9.4K 580 107
                                    

PIN!!

"AWAKKK!!! KERETAAA!!!" Kedua-dua mata Syafiqah terbeliak besar. Kakinya tiba-tiba terkaku ditengah jalan.

"ARGGHHHH!!!"

BUKK!!

"Vuoi davvero morire in fretta?!"
( Kau memang nak mampus cepat ke?!)

Marah si pemandu kereta. Dia merengus kasar sebelum menyambung pemanduannya semula. Syafiqah mati kata. Jantungnya berdegup laju. Dia seakan kaku, tidak mampu untuk berkata-kata.

"Are you okay?" Soal lelaki tadi. Dialah yang menyelamatkan Syafiqah dari hampir dilanggar nahas kereta. Syafiqah menoleh perlahan-lahan. Tubuhnya menggigil ketakutan.

"Awak? Awak okay tak? Ada cedera dekat mana-mana?" Lelaki tersebut bertanya lagi. Dia memandang Syafiqah atas bawah untuk mencari luka kesan daripada terjatuh tadi.

"I'm...o—okay...are you okay?" Syafiqah bertanya pula dengan nada terketar-ketar. Pandangan orang sekeliling diabaikan. Takde angin takde ribut, tiba-tiba lelaki itu tergelak seorang-seorang.

"Kenapa gelak?"

"Care jugak ek awak dekat saya?" Syafiqah mengetap bibir. Dada lelaki yang menolongnya itu ditolak kuat sehingga terbaring ke atas tanah. Orang tengah serius, dia main-main pulak!

"Arghhh!!"

"Awak! So—sorry! Saya tak sengaja!" Syafiqah menekup mulut. Dia mula gelabah tatkala lelaki itu meringis kesakitan kerana sikunya yang luka dan berdarah.

"Jom! Saya bawak pergi klinik!"

"Tak payah. Bawak saya balik kondo saya je. Awak tolong ubatkan saya dekat sana, boleh? Tak jauh pun dari sini...dalam 5 minit sampailah kita."

"Ha? K-kondo awak?" Syafiqah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam fikiran sedang berfikir macam-macam perkara negatif yang boleh berlaku.

"Dekat mana?" Perlahan Syafiqah menyoal. Lelaki itu tersenyun meleret. Kenyitan mata dihadiahkan kepada gadis tersebut sebelum menjawab;

"CastleQuest."

"WHAT?!"

•••••

SYAFIQAH hanya diam membisu tanpa sepatah kata. Siku lelaki yang luka tadi diubatinya menggunakan first aid kit. Pintu utama kondominium dibiarkan terbukak luas untuk mengelakkan kehadiran JAIS. Karang tak pasal-pasal dituduh tangkap basah, hancur masa depannya nanti. Manusia zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Hipokrit je lebih!

"Awak." Syafiqah diam tidak menyahut.

"Awak." Lelaki itu memanggil lagi. Peha kiri Syafiqah dicuit kecil.

"Nama awak apa? Nama saya Arrayan, awak boleh panggil saya Rayan. Nak panggil sayang pun okay jugak, lagi saya suka." Syafiqah mencerlung tajam ke arah Arrayan membuatkan kepala lelaki itu tertunduk takut. Eleh! Nak bergurau sikit pun tak boleh.

Susahlah ada crush muka cantik tapi garang macam singa betina!

"Kenapa nak tahu nama saya? Kita bukan kenal pun." Syafiqah menjawab dalam nada terpaksa. Layankan sajalah perangai tak semenggah lelaki di depannya ini. Arrayan tersengih lebar sehingga ke telinga.

"Saya kenalah tahu supaya senang nanti bila tok kadi tanya waktu akad nikah. Hehehehe— arghhh!!" Arrayan menjerit kesakitan apabila kapas yang sudah diletakkan cecair dettol ditekan pada luka di sikunya.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now