BBISA! 028

16.9K 988 180
                                    

TING TONG!

"Mif, pergi bukak pintu. Aku malas lah nak bangun." Arah Irsyad sebelum memejamkan mata untuk tidur sebentar manakala Naufal pula sedang bersiap-siap memakai sampinnya yang leceh untuk diikat. Nasiblah si Emir ni ada bantu dia kalau tak sampai ke tahun depan pun tak siap.

Muhammad Emir Baihaqi Bin Shahrul Edhan, sepupu belah ibunya yang berumur 22 tahun. Dia merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik. Ibunya, Puan Haleenda merupakan kakak kepada ibunya, Puan Aileen. Emir mempunyai rupa paras yang kacak dan matang serta mempunyai jambang halus menampakkan lagi sifatnya yang gentleman dan tegas walaupun hakikatnya dia seorang yang pendiam dan pemalu.

Emir sedang menyambung pelajarannya di Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Perak dalam bidang engineering. Dia juga merupakan antara top student yang selalu mendapat 4 pointer dalam setiap exam yang diduduki. Walaupun dia seorang yang pendiam namun dia mempunyai hati yang perlu dijaga.

Ini bermaksud dia sudah berpunya dalam tempoh lima bulan. Bak kata orang, diam-diam ubi berisi. Teman wanitanya berasal dari Kedah juga belajar di tempat yang sama Emir belajar namun wanita tersebut mengambil bidang sains komputer.

Dia mempunyai dua orang adik-beradik iaitu Muhammad Alieff Ariffin, 20 tahun dan Nur Anissa Humaira, 16 tahun yang merupakan pelajar tingkatan 4 di Fairview International School di Kuala Lumpur.

"Kau pergilah bukak, aku malaslah nak bangun..." Rungut Mifta. Asyik dia je kena buat itu ini. Irsyad dahlah tak buat apa-apa hanya tahu menyuruh orang je buat kerja, dia? Terbongkang macam baru lepas lari marathon 20 kilometer.

"Kau dekat dengan pintu kan? Kau pergilah bukak!" Marah Irsyad dengan nada bengang. Mifta tetap menggelengkan kepala tidak mahu. Punggung diangkat dari kerusi lalu berjalan menjauhi pintu bilik dan terus merebahkan tubuh ke atas katil membuatkan Irsyad mengetap rahang.

Pemalas! Dah alang-alang bangun tu pergilah bukak pintu!

Ding dong!

Ding dong!

"Haishhhh!" Irsyad merengus kasar. Dia bangun dari perbaringan dan berjalan ke arah pintu bilik. Kunci dibuka sebelum daun pintu dibuka.

"Ha kau nak apa?" Soal Irsyad malas setelah sepasang matanya bertembung dengan mata Reena yang berdiri betul-betul di depan pintu.

"Aku nak tengok adik aku lah takkan nak tengok kera pakai baju pulak? Dah tepi. Aku nak masuk!" Terus bahu Irsyad ditolak sedikit kuat membuatkan jejaka itu terdorong ke belakang sehingga terhentak ke dinding.

Irsyad memejamkan mata seraya mencarut sebanyak mungkin di dalam hati. Nafas dalam ditarik sebelum menghembuskannya semula. Dia kembali berjalan ke arah pintu untuk melihat ke luar bilik dan serta-merta sepasang matanya dan Nia bertembung antara satu sama lain.

Irsyad terkaku seketika dengan mulut yang terbuka kecil. Dia menatap wajah Nia yang amat cantik dan menyerlah itu. Dengan kulitnya yang putih dan mulus menambahkan lagi kejelitaan di wajah gadis tersebut.

Perlahan-lahan matanya turun memandang gaun pengantin yang dipakai Nia. Cantik. Sangat cantik seperti bidadari jatuh dari langit ketujuh.

"Kenapa pandang saya macamtu?" Pertanyaan dari Nia menghentikan lamunan Irsyad. Lelaki itu berdehem kecil sebelum menyandarkan tubuh ke daun pintu, memberi Nia ruang untuk masuk ke dalam bertemu dengan bakal suaminya.

Nia tersenyum kecil. Ucapan terima kasih diberikan sebelum langkah dibuka masuk ke dalam bilik hotel tersebut.

"Kenapalah kau tak jadi milik aku je?" Irsyad tertanya pada diri sendiri tanpa mengedipkan matanya.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now