BBISA! 036

17.1K 923 92
                                    

Encik Suami🐊

Nia
Kau balik rumah dulu
Aku ada hal sikit nak buat
Nanti balik aku makan kat umah

Nia menutup telefonnya setelah mesej Naufal dibaca. Ceh! Ada hallah sangat. Hal apa? Baru lepas break up then nak cari pengganti? Habistu dia ni apa? Tunggul? Huh!

Dasar lelaki tak cukup satu! Tidak cukupkah dia seorang saja? Dia pandai masak, kemas rumah, rupa pun ada. Tapi, kenapa Naufal masih lagi tidak mahu mengubah perangai? Buang duit dekat perempuan-perempuan tu macam buang air. Kalau dekat dia takpe jugak!

Ini tak. Kalau dia mintak duit, ada je alasan tak cukup duitlah! Duit habislah! Belum pergi bank lagilah! Nak guna duit untuk beli makanan je dia bagi, kalau beli benda lain? Kedekut nak mampus! Tapi, bila girlfriends dia tu mintak duit ada pulak! Siap belikan barang kemas lagi!

Nia berdengus kasar. Sambil dia membebel, tangannya ligat menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan kunci rumah.

Selepas itu, dia melangkah masuk ke dalam rumah dan menghempas pintu tanda protes. Beg sekolah dibuka lalu dicampak ke atas meja seraya menghentak kaki masuk ke kawasan dapur. Lengan baju disengseng sehingga ke siku.

Kemudian pin-pin yang tercucuk di tudung dibuka dan diletakkan ke dalam kotak kecil di atas kabinet.

Selendangnya yang berwarna peach ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Dia kembali ke dapur semula. Peti ais besar dituju lalu dibukanya.

"Nak masak apa ni?" Kepala yang tidak gatal digaru. Dia buntu menu apa yang patut dimasak harini. Nak masak sayur, Naufal tak suka sayur.

"Ada sotong, udang, ayam, carrot...kalau aku masak tomyam, dia nak makan tak? Tomyam, daging masak merah, telur gulung, nasi putih. Then, buat sirap sejuk. Okay kan? Rumah ni bukannya ramai nau, dua orang je yang makan..." Bebel Nia sendirian seraya bercekak pinggang. Sepasang matanya memandang ke dalam peti ais dari atas ke bawah, ke atas semula dan ke bawah semula.

Setelah 10 minit berfikir menu apa yang patut dimasak, akhirnya dia membuat keputusan untuk memasak menu yang simple saja. Dengan itu, segala bahan-bahan yang mahu digunakan dikeluarkan dari peti ais.

Dia berjalan pula ke arah kabinet untuk mengambil bawang merah, bawang putih, empat biji telur, sebatang serai, beberapa cili padi dan bahan-bahan asas yang lain. Bawang merah dan bawah putih itu dikupas dan dibasuh kemudian memotongnya sebelum ditumis ke dalam minyak yang telah dipanaskan di dalam kuali.

•••••

KLERKK!

Naufal melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai. Sofa di ruang tamu dituju kemudian tubuh dicampak ke atas permukaan perabot tersebut dengan badannya yang berpeluh dan berbau. Tch. Apa dia kisah badan dia busuk ke tidak?

Febreze kan ada? Picit jelah! Terus bau busuk semua hilang.

"Baru balik?" Tegur Nia yang sedang menyiapkan meja makan. Gadis itu mendongak memandang ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 5 petang. Nasib baiklah harini dia cuti, takdelah dia kelam-kabut nak mandi untuk solat Asar.

Diam. Tiada balasan dari si suami. Nia membuang pandangan ke arah ruang tamu dimana Naufal sedang berbaring. Oh, tidur rupanya. Patutlah senyap. Nia membisu seketika. Lauk-pauk yang sudah dimasak dipandang buat seketika. Masih panas lagi ni. Nanti dah sejuk dah tak sedap.

"Awak..." Panggil Nia lembut. Gadis itu berjalan menghampiri suaminya. Tubuh Naufal digoyang kecil.

"Apa..."

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now