BBISA! 012

18.4K 1K 124
                                    

"NAUFAL, Kamu akan berkahwin bulan depan dengan gadis pilihan papa dan mama. No excuse."

PUFFFFTTTTT!!

Sesudu nasi goreng yang baru saja selamat masuk ke dalam mulut Naufal tiba-tiba tersembur keluar membuatkan Puan Aileen dan Reena yang sedang menikmati makanan mereka terkejut bukan kepalang.

"WHAT?! NAUFAL KENA KAHWIN BULAN DEPAN?! ARE YOU CRAZY?! I'M JUST FUCKING 17 YEARS OLD! SPM PUN TAK LEPAS LAGI, PA! APA NI??! MAMA?!" 

Bukan Naufal je terkejut, Puan Aileen pun terkejut. Tak sangka pulak Tuan Luzman mahu Naufal kahwin bulan depan. Tarikh pun mereka belum bincang apa-apa lagi dengan keluarga Nia.

"Abang..kita belum discuss-"

"Shut up." Cantas Tuan Luzman membuatkan Puan Aileen terdiam. Memang dia pun gembira bila dapat tahu bahawa anak terunanya yang seorang itu akan berkahwin tak lama lagi.

Cuma...tarikh yang ditetapkan suaminya itu bukankah terlalu awal? Dah lah satu haprak pun tak buat lagi. Tempah kad kahwin, pakaian pengantin, design pelamin, makanan lagi, banyak lagi lah! 

Kalau semuanya buat dalam tempoh sebulan, tak mati katak ke dia nanti?

"Pa...apa papa cakap ni?? Naufal taknak kahwinlah! Kenapa papa tak bincang dengan Naufal dulu?!" Sekali lagi Naufal membantah kata-kata bapanya itu. Suaranya dilantangkan menunjukkan dia betul-betul tak suka dengan keputusan mengejut ini.

"Perluke papa berbincang dengan kamu? Papa ketua keluarga ni. Sukahati papalah nak buat keputusan apa pun. Lagipun, kamu dah terlalu liar Naufal. Kamu fikir papa tak tahu ke gerak geri kamu selama ni? minum arak, masuk kelab, main judi, membuli, tengok perkara-perkara yang boleh membatalkan iman. Adakah itu sepatutnya pelajar 17 tahun lakukan untuk menghadapi SPM?" 

Naufal mengemam bibir apabila diajukan soalan-soalan seperti itu oleh si bapa. Sudu dan garfu besi yang berada di tangan digenggam sekuat yang mungkin. Rahangnya bergelumutuk menahan amarah yang teramat.

Reena yang duduk disisi adiknya turut tergamam tidak bersuara. Pertama, setelah mendengar khabar berita bahawa adiknya akan berkahwin tak lama lagi dalam tempoh yang singkat. Kedua, bila dapat tahu yang Naufal sudah banyak terpesong dari agama.

Dia fikir, Naufal takdelah teruk sangat macam mana yang diceritakan pakcik Khalid tempoh hari. Tapi, rupa-rupanya hanya Allah je tahu betapa teruknya adiknya yang seorang itu.

Ish ish ish ish...

Suasana di meja makan semakin tegang. Raut wajah Naufal semakin lama semakin merah melihatkan Tuan Luzman yang masih tenang menikmati makanan beliau. 

Naufal menjeling kakaknya di sebelah. Kaki Reena ditendang sambil membuat isyarat mata agar gadis itu menyebelahinya. Reena mengeluh berat. Nak taknak dia mesti menolong adiknya itu.

"Pa..Reena rasa kita perlu bincang perkara ni betul-betul sebab ni kan masa depan Naufal-"

"I said shut up. I'm talking to my son now, not you. Reena papa tak risau sangat sebab papa tahu kamu pandai bawak diri. Adik kamu ni dah berapa kali buat masalah sampai naik kes ke balai? Dah berkali-kali tau. Kalau pihak media tahu perangai sebenar anak lelaki Tuan Luzman dan Puan Aileen, mana mak bapak dia nak letak muka? Bukan kami je, air muka kamu tu siapa nak jaga kalau kawan-kawan kamu jauhkan diri sebab ada adik perangai  syaitan macam ni??"

Soal Tuan Luzman bertalu-talu membuatkan Reena kembali mendiamkan diri, tidak mahu masuk campur lagi perihal hidup Naufal. Biarlah Puan Aileen dan Tuan Luzman yang tentukan. 

Dia bukan ada kuasa pun nak membantah.

TINGGGGG!!!

PRANGGG!!

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now