BBISA! 029

17.9K 1.1K 225
                                    

SETELAH tamat sesi penggambaran di atas pelamin, kedua-dua mempelai berserta keluarga mereka mula menikmati juadah makanan yang sudah siap terhidang diatas meja. Naufal bersorak gembira di dalam hati apabila melihat makanan-makanan yang enak dan cantik menghiasi pinggan-pinggan putih. Seleranya membuak-buak ketika terpandangkan makanan kegemarannya iaitu ikan siakap tiga rasa.

Siapa je tak suka makan ikan siakap kan? Mungkin ada sesetengah orang yang tidak boleh makan disebabkan alah pada seafood.

"Fuhh kalau macam ni diorang hidangkan makanan, hari-hari aku kahwin." Ucap Naufal tanpa berfikir dua kali membuatkan Nia berpaling memandang lelaki tersebut.

"Awak fikir saya tak pandai ke buat semua ni? Nak kahwin hari-hari? Banyak scandal nampak.."

"Come on, sis. Satu sekolah kenal aku ni siapa. Sebelum kita kahwin lagi dah berapa banyak perempuan aku couple tanpa pengetahuan kau. Hebat tak aku?" Soal Naufal bangga diri. Nia yang mendengar kata-kata angkuh lelaki itu ternganga kecil.

Berani dia couple dengan perempuan lain sedangkan diri tu dah bertunang?!

"Awak couple dengan perempuan lain tanpa pengetahuan saya?!"

"Kenapa? Dosa besar ke? Bukan aku kahwin dengan semua perempuan tu pun. Fun fact, aku tak pernah kenal kau mahupun couple dengan kau tup tup kahwin? Kau tak rasa bangga ke dapat suami macam aku? At least aku boleh cintakan kau lepas malam pertama kita. Iyakan? benerkan?"

"Diamlah! Saya nak makan!" Marah Nia dengan suara yang ditekankan. Naufal masih lagi terkekeh sebelum sudu dan garfu diambil dan menyuapkan sesudu nasi minyak ke dalam mulut.

Gadis itu merungut di dalam hati. Seboleh-boleh dia mahu membuang fikirannya tentang malam pertama mereka sepanjang majlis ini berlangsung namun Naufal sengaja mengingatkannya. Dah lah waktu makan pulak tu!

Spoil betullah!

Sedang mereka berdua menikmati juadah makanan sambil mendengar lagu-lagu romantik yang dimainkan oleh DJ yang ditempah dari kelab malam, Nia perasan akan sesuatu. Segera dia menoleh ke kiri memandang Naufal.

"Kenapa tolak sayur ke tepi?"

"Aku tak suka makan sayur, so aku tolaklah tepi. Orang yang masak ni pun bodoh, dah tahu pengantin lelaki tak suka makan sayur, pergi letak sayur dalam nasi ni buat apa? Ha kau tengok ni, dalam mushroom soup aku pun dia letak daun sup. Bangang betul! Stres aku macam ni!—"

"Pfft—" bebelan dari Naufal itu membuatkan Nia hampir meletuskan tawanya. Segera gadis itu berdehem apabila menerima jelingan maut dari si suami.

"Muka aku ni macam tengah buat lawak ke?" Nia menggelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan dari Naufal.

"Habistu, apahal kau gelak?"

"Awak cute sangat buat macam tu. Tolak sayur ke tepi macam budak lima tahun. Patutlah badan kurus keding macam lidi, tak cukup khasiat rupanya pfft—"

Wah..ini melampau. Dia cakap aku tak cukup khasiat? Ok lagi dari kau yang tak gemuk pun still berdiet macam berat kau 80kg. At least aku rajin pergi gym bukan macam perempuan, cakap nak dietlah, jogginglah, buat yoga lah tapi last-last? Telan dua biji burger.

Kampret betul!

"Don't judge me by its body. Kau akan tahu banyak mana khasiat dalam badan aku ni time kita balik bilik hotel kejap lagi. Nak tease aku? Tease lah banyak mana kau nak, kejap lagi jangan lari bila turn aku nak tease kau pulak."

Damn!

Macam manalah dia boleh dapat suami yang dirty minded macam ni? Mana lelaki-lelaki suci dalam dunia ni? Dah pupus ke?

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now