Gadis itu mula bangun. Dia hanya melihat lelaki dihadapannya itu dengan anak mata yang tajam menikam walaupun mereka tidak berpandangan.

Dengan kasut yang dipakai gadis itu, dia terus menyepak kasar lelaki itu kebelakangkan. Terhentak kuat kepala lelaki itu.

Tangan yang diikat dibelakang membuatkan lelaki itu bertambah sakit kerana dia menindih tangannya sendiri.

Gadis itu meletakkan kaki kanannya di atas dada lelaki itu. Kemudian, dia menekan kuat dada lelaki itu seakan-akan tulang rusuk itu mahu patah.

Arris dan Spao yang melihatkan adegan yang dilakukan oleh gadis itu hanya memerhati sahaja. Membiarkan saja gadis itu melakukan sepuas-puas hatinya.

Selepas beberapa minit gadis itu memijak dada lelaki itu, tiba-tiba Shawn melangkah keluar dari bilik yang sama seperti gadis itu keluar pada mula tadi.

Shawn melangkah ke arah Spao.

"Nampaknya, 'dia' dah bagi tanda-tanda nak datang sini ambil orang dia." Bisik Shawn kepada Spao.

Dia hanya berbisik sahaja supaya dia tidak mengganggu gadis muda itu terganggu dengan percakapannya.

"Jom pegi dekat Chris." Balas Spao.

Mereka pun terus melangkah pergi ke arah Arris yang berada di hujung sudut yang berada di hadapan.

Sampai saja mereka dihadapan Arris, Arris hanya memandang mereka dengan kening yang dijongketkan sebelah.

"Dia akan datang dalam beberapa minit lagi. Baik kau suruh dia berhenti sebelum dengan dia-dia sekali orang tu ambil." Kata Shawn sebelum dia memusing kebelakang memandang gadis itu.

Arris hanya mengukirkan sedikit senyuman sinisnya sebelum dia membetulkan dirinya untuk ke arah gadis itu. Dengan keadaan tangan yang masih setia dia dalam poket, Arris pun terus ke arah gadis itu.

"Babygirl... Stop it. He's already quite tormented by your behavior." Kata Arris sambil menarik lembut gadis itu.

Serta-merta, perilaku gadis itu kepada lelaki itu terus diberhentikan Arris. Tubuh gadis itu dipeluknya dan diberi kehangatan kepada gadis itu untuk menenangkannya dirinya.

Lelaki itu pun terbatuk, dan mencuba sedaya upaya untuk duduk.

Arris melangkah ke hujung belakang bilik itu. Kemudian, dia meletakkan gadis itu di ribanya dan menyambung kembali memeluk gadis itu dengan penuh keselesaan.

Tiba-tiba, bumbung bilik itu tercabut dari atas menggunakan helikopter. Habis jatuh cebisan-cebisan simen itu. Spao dan Shawn yang masih berdiri ditempat mereka hanya menghalang wajah dengan lengannya saja.

Arris sudah berlindung di tepi. Gadis yang dipangkunya dilindung dengan baik.

Terjuntai lah satu tangga yang bertali di atas lelaki yang dikerjakan gadis itu. Muncul satu sosok tubuh yang datang mengambil lelaki itu.

Dengan lembut, Arris meletakkan gadis itu disebelah. Kemudian, dia melangkah ke arah figura misteri yang mengangkat lelaki itu dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket.

"Ego te dimittam. Sed, quod non est, ego dimittam." Kata Arris penuh sinis dan lancar dalam bahasa Latin.

"Praeparatio matutina. Nullo modo te reperies." Balas lelaki misteri itu.

Tiba-tiba, pintu dibuka kasar dari luar. Muncullah seorang lagi lelaki misteri bersama beberapa orang kanannya.

"Sono con lui. Sicuramente non sarai in grado di farlo comunque." Kata lelaki misteri yang kedua itu dalam bahasa Itali pula.

Perbualan antara Arris dan kedua-dua lelaki misteri itu sangat tersirat. Hanya mereka bertiga saja yang faham mengenai itu.

Lelaki misteri kedua itu mula mengundurkan dirinya untuk pergi. Senyuman sinis yang hanya menayangkan bahagian mulut itu, menghadiahkan kepada Arris. Dia berlalu pergi.

Hanya tinggal lelaki misteri pertama saja yang sedang mengangkut lelaki itu naik ke atas. Lelaki misteri itu memandang sosok tubuh gadis yang berada di hujung bilik sebelum dia beralih memandang ke arah Arris.

"I know she did all this to him. Who is she?" Tanya lelaki misteri itu kepada Arris yang menunjukkan gadis itu yang mengerjakan lelaki itu.

Arris melepaskan keluhannya. Kemudian, dia mengukirkan senyuman sinisnya sebelum berkata dengan nada yang penuh tersirat.

"She is Mrs. Arris Chris."

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now