"Tak apa. Aku makan kat sana je nanti." Jawab Aidan. Dia menolak suapan Arris dengan lembut.

"Alaa makan lah sekali. Penat kakak ipar aku masak. Tapi kau tak nak makan." Arris memaksa Aidan untuk makan walaupun sudah dia menolak tadi.

"Ok lah, ok lah. Sekali je."

Aidan pun memakan macaroni yang disuap Arris itu. Tangannya menadah di bawah sudu supaya makanan di atas sudu itu tidak jatuh.

"Hmm... sedap, sedap." Kata Aidan sambil mengangguk.

"Nak lagi?" Tanya Arris.

Aidan tidak menjawab. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Spao dan Shawn hanya memerhati saja kelauan mereka sambil membuat muka menyampah. Ivan yang berada di situ juga hanya mengendahkan dan memekakkan saja telinganya.

"Kau tak nak suap aku ke?" Kata Spao sambil membuka mulutnya.

"Tak nak! Tadi aku suruh angkat kotak tisu tu kau buat tak tahu. Tak nak ah kawan!"

Arris menjeling Spao.

"Alaa mengada lah kau ni. Tu cerita tadi. Ni cerita sekarang. Cepatlah suap aku." Spao kembali membuka mulutnya dan kedepankan sedikit badannya.

"Tak nak! Tu. Makanan tu depan kau je. Tangan ada kan. Suaplah sendiri!"

Spao mencebik. Badannya kembali kebelakang. Bibir dimuncungkan sedikit. Dia pun kembali makan.

"Macam sial je korang ni main suap-suap." Sampuk Shawn dengan muka menyampahnya.

"Suka hati lah!" Jawab Arris dan Spao serentak.

Arris dan Spao memandang sesama sendiri sebelum mereka meletuskan gelak mereka.

Aidan yang berada di tepi Arris tergelak dengan ayat serentak yang dikatakan Arris dan Spao itu.

"Tadi bukan main gaduh. Lepas tu baik pulak." Kata Shawn.

"Tak baik gaduh lama-lama." Balas Spao.

"Tah. Tak baik. Kalau kita gaduh lebih dari 3 hari, nanti dapat dosa..." Balas Arris pula.

"Syi'ah mana siot kau dapat ni." Shawn memandang Arris dari atas ke bawah berkali-kali.

"Dari budak darjah 1." Jawab Arris.

Sekali lagi Aidan disebelahnya itu meletuskan gelaknya.

Ivan yang sudah habis makan itu meletakkan sudu di dalam pinggan dan menolak ketengah. Dia berdehem untuk menarik perhatian Arris, Aidan, Shawn dan Spao sebelum berbicara.

Selepas deheman Ivan itu, mereka berempat dengan serentak memandang Ivan.

"Aaron mana? Tak siap lagi ke? Dah 19:07 dah ni. Kau dah lah kena datang awal." Kata Ivan.

Mereka berempat pun terus melihat jam kecil yang berada di tengah meja. Terus mereka menghabiskan makanan dengan pantas dan meninggalkan saja di dalam singki.

"CARL!!!!" Arris, Shawn dan Spao menjerit memanggil Aaron yang masih berada di biliknya.

Selepas beberapa saat menunggu, mereka bertiga kembali memanggil Aaron. Dan Aaron pun keluar dari biliknya bersama Alley yang didukung pada dada.

"Apa? Tak boleh sabar ke." Kata Aaron mendatar. Dia terus mengambil kunci kereta yang berada di meja berdekatan tv dan menuju keluar.

Arris, Shawn dan Spao memerhati setiap langkah Aaron. Bibir mereka juga terjongkit sedikit sambil memandang Aaron dari atas ke bawah berkali-kali.

"Berlagak betul."

"Itulah. Sejak ada anak ni, emosi selalu tak stabil."

"Period bini dia dah pindah dekat dia kot."

Shawn dan Spao memandang Arris serentak.

"Apa?" Bingung Arris.

"Kejadah apa kau period bini pindah dekat dia." Spao menggelengkan kepala.

"Betullah. Kau juga yang cakap emosi dia selalu tak stabil. Jadi aku syak period bini dia pindah kat dia lah." Terang Arris sambil mencapai kotnya yang berada di sofa.

"Dah tu, tak akan lah nanti dia yang beranak pulak." Kata Shawn.

Arris dan Spao memandang Shawn. Kening mereka dikerutkan seperti berfikir.

"Ya tak ya jugak kan." Spao mencekakkan pinggangnya.

Kemudian, mereka memandang ke atas untuk berfikir sesuatu. Tetapi ianya terbantut disebabkan Aidan yang tiba-tiba datang ke arah mereka sambil memaut leher Arris dan Shawn dari belakang bersama Valen dan Ace.

"Woi, fikir apa. Aku dengar eh apa korang cakap tadi." Kata Aidan.

Arris, Shawn dan Spao hanya tersengih seperti orang yang tidak bersalah. Aidan yang ternampak Ace bersama Valen itu pun melangkah ke arah mereka.

"Oh my, handsome nya budak ni." Aidan mencangkung di hadapan Ace dan mencuit sedikit pipi gebu itu. Ace hanya tergelak kecil.

"Mana Aaron?" Tanya Valen.

Aidan yang mencangkung tadi kembali berdiri dan membetulkan posisinya.

"Dah keluar. Start enjin kot. Sebab tadi dia keluar dengan Alley dengan kunci kereta tadi." Terang Aidan kepada Valen. Valen hanya mengangguk dan terus melangkah keluar bersama Ace yang dipimpinnya.

"Dah. Korang tunggu apa? Jom lah. Tak pasal-pasal kena maki dengan Ivan nanti." Kata Aidan. Dia terus melangkah keluar bersama Arris sambil memaut leher jejaka itu.

Spao dan Shawn memandang sesama sendiri. Satu idea yang muncul di kepala mereka tanpa perlu memberitahu. Dengan pandangan mata saja, sudah dapat mengagak.

Kelihatan Arris dan Aidan yang sudah jauh dan mendekati pintu itu, membuatkan Shawn dan Spao bersedia untuk berlari menuju ke arah mereka.

Dengan kiraan 3 dari Spao, mereka pun terus memecut ke arah Arris.

Shawn yang berada di hadapan sempat menserabaikan rambut Arris dan Spao yang berada di belakang menyepak punggung Arris.

Tersungkur kedepan jejaka itu. Tangannya sempat menahan badannya daripada mencium lantai.

Dengan marah yang terkumpul, Arris menarik nafas dalam-dalam sambil berdiri dan membetulkan dirinya dan...

"SHAWN NICHOLE!!!"

"SPAO KENZO!!!"

Mrs. Arris ChrisWhere stories live. Discover now