72

57.3K 3K 277
                                    


"Tapi...Bos kata target kita Adrian? Kenapa sekarang bertukar Kiara?"

Tauke yang sedang berdiri dihadapan anak buahnya itu mengeleng kepala geram. Boleh pula dia tanya soalan yang macam tu.

Kepala anak buahnya itu ditunjal, "Kau ni memang lembab kan?"

Laju kepalanya digosok, "S-Sorry bos."

Tauke menghembus nafas, "Memang lah target kita Adrian. Sebab tu kita buat semua ni."

Lagi seorang anak buahnya bersuara, "Tapi bos bawak Dree sampai ke France-"

"That's the point." Potong Tauke. "The only way untuk buat Adrian datang dekat kita adalah dengan gunakan Kiara.

"Kita sentuh hak dia, he will coming like a lightning." Sambung Tauke.





Kiara yang dari tadi hanya mengelamun kembali ke alam nyata bila telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Telefon diatas meja itu diambil dan skrin telefon dipandang.

Rian Bisu 🐊💗

"Tau tau je Kie tengah fikir pasal Rian." Telefon diletakkan semula, "Tapi Kie tak nak cakap dengan Rian."

"Siapa suruh pergi France?" Kiara berpeluk tubuh.

"Boleh tahan juga ya ego Kie." Sapaan Mak Piah dari belakang mengejutkannya. Terus Kiara berpaling.

"Eh Mak Piah."

Mak Piah datang bersama dulang di tangan. Ada cucur udang bersama teh tarik.

"Wahhh, untuk Kie ke ni?"

Mak Piah angguk, "Minum petang. Nak?"

Kiara angguk, "Mestilah!" Terus tangannya mencapai cucur udang lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Sedap?"

Kiara angguk lagi menandakan ya.

"Oh ya Mak Piah," Teh tarik dituang buatnya dan Mak Piah, "Kie ingat nak balik rumah Rian. Nak tidur sana."

"Hah? Tidur sana? Rian tahu tak? Dah bagitahu Rian? Kan Rian suruh Kie tinggal sini sementara Rian tak ada."

"Ye tidur sana. Ye dia tak tahu. Ye tak bagitahu lagi. Ya Rian suruh tinggal sini sementara dia tak ada tapi Kie nak balik. Cukup tak jawapan Kie?"

"Eish budak ni!" Bahu Kiara dipukul perlahan, "Orang cakap betul betul, dia cakap main main."

"Aduuuu," Kiara menggosok bahunya, "Sakit lah Mak Piah!" Cebik Kiara.

"Eleh, sikit je Mak Piah pukul. Mengada!"

"Sampai hati Mak Piah! Kie bagitahu Rian-" Kiara berhenti manakala Mak Piah pula sudah senyum seribu makna.

"Ha! Ha! Rindu laki lah tu!"

Kiara memandang tempat lain, cuba menyorokkan wajahnya yang sudah merona merah.

"Mana ada!" Sempat Kiara jeling manja sebelum tangkai cawan dipegang dan mencicip sedikit teh tarik panas.






Kiara sudah siap mengemas pakainnya. Seperti yang dikatakan tadi, dia mahu balik semula ke rumah Adrian.

Beg bagasinya dibawa turun perlahan lahan.

"Betul ni nak balik? Tak nak stay sini?" Mak Piah meminta kepastian.

Kiara angguk lalu tangan yang sudah berkedut sedikit itu dia pegang lalu menyalamnya, "Ya. Nanti Kie balik sini balik before Adrian sampai. So, tak ada lah rahsia terbongkar. Mak Piah jangan memandai nak bagitahu Rian pula tau."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelМесто, где живут истории. Откройте их для себя