37

53.1K 3.3K 1.3K
                                    

play the song later

Harraz baru sahaja keluar dari bilik air. Telefon yang berbunyi itu dia keluarkan dari poket. Butang hijau ditekan, "Yes Zander, anything? Sabar lah aku baru pergi toilet berapa minit. Kalau kau nak makan dulu, kau makan je-"

"Kiara hilang." Terus Zander memotong. Si Harraz ni kalau pendiam, diam betul, kalau dah bercakap, panjang pula ceramahnya.

"Ha? Hilang? Dree dekat mana? Dah lah dia tak bawa bodyguard." Balas Harraz cemas.

"Dree ada dekat mall yang sama dengan kita. Tolong tengokkan sekeliling sementara kau nak datang sini balik, Hayyaz dah on the way nak pergi tengok cctv."

"Okay okay, aku datang sekarang." Panggilan telefon dimatikan dan telefon dimasukkan ke dalam poket seluar semula.

Kedebuk!

Kiara mengangkat muka ingin melihat lelaki yang dilanggarnya.

"H-Harraz?"

"Kiara?" Terkejut Harraz, lah ingat susah sangat nak cari dia. Tak sampai berapa minit Zander call, terus dia jumpa.

"Kau tahu tak semua tengah cari kau?" Harraz menarik tangannya, "Dah jom kita pergi-"

"Tak nak."

Pergerakkan mereka terhenti.






Harraz disebelah memandang Kiara. Mereka sedang berada diluar pusat membeli belah, "Kau kenapa? Lari dari Rian?"

"I benci dia." Balasnya dengan nada mendatar.

"Kenapa benci?"

"Sebab dia kasar. Suka marah marah. Tak pernah nak cakap elok elok. Kalau cakap elok elok pun, sekejap je. Layan baik baik pun sekejap je, lepastu kasar balik."

Harraz bersandar di dinding, "Kau kena lah hadap. Dah Adrian memang macam tu."

Kiara berpaling melihat Harraz, "I tak suka dia. Benci."

Harraz mengeluh kecil, "Kau kena belajar untuk terima Kie. Itu sebahagian dari diri Rian."

"Tapi-"

"Kalau Adrian boleh layan karenah kau, kenapa kau tak boleh?" Harraz memotongnya laju.

Kiara diam.

"Itu Adrian Muqriz, memang sifat dia macam tu."

"Tapi, tapi I cuba untuk ubah-"

"Kau tak boleh ubah dia Kiara." Harraz memotongnya lagi.

Kiara terdiam.

Harraz menyambung, "Tiada siapa boleh ubah dia. Tiada siapa boleh ubah lelaki tu melainkan diri dia sendiri yang nak berubah. Kalau dia sayangkan kau, dia akan ubah diri dia untuk kau. Cinta perempuan takkan boleh ubah lelaki melainkan cinta lelaki itu sendiri yang buatkan dia berubah."

Kiara senyum tipis, "Jadi betul lah. Sikit pun Adrian tak cintakan-"

"Bagi dia masa. Kalau kau rasa seksa, kalau kau rasa tersepit then Adrian pun rasa benda yang sama. Bukan kau sorang je mangsa dalam hal ni. Tanpa korang sedar, Adrian juga mangsa keadaan. Mangsa yang telah dikaburi dengan kau, sebab semua kesian dekat kau but no one ever ask him whether he's fine or not. Because you wanna know why? Adrian tak pandai tunjuk perasaan dia."

Kiara memandang Harraz. Patutlah Harraz pendiam, he's an observer.

Nafas ditarik sebelum menyambung lagi, "Kau kira beruntung, at least Adrian bagi kau manja manja dengan dia depan kitaorang semua. Kalau Nia, sikit pun tak boleh. Kitaorang tak pernah nampak macam mana Adrian layan Nia. But ni, dia bagi je kau peluk dia, pegang tangan dia depan semua orang."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now