41

53.2K 3.1K 762
                                    

"Hey," Wajah Kiara diusap lembut, "Okay tak ni? Hm?" Soalnya lembut dan perlahan.

"O-Okay." Balas Kiara gagap.

Adrian menghela nafas lega, terus tangan Kiara ditarik dan membawa Kiara ke dakapannya. Satu tangannya membelai lembut kepala gadis itu dan satu lagi tangannya di belakang badan Kiara.

Farrel dan Luqman itu terlopong mulut. I-Ini...Ini betul ke Dree? Ini betul ke anak emas white shark?

Nia dan maktok yang baru sahaja mahu turun tangga ke bawah itu terus tak jadi apabila melihat Adrian yang tadi mencari Kiara seperti anak ayam kehilangan ibu.

"Kau tengok tu Nia." Bisik Marina disebelah, "Maktok tak rasa yang Kiara tu tak suka dengan perkahwinan ni. Nia tengok lah, bukan main suka perempuan tu."

Nia diam. Masih menyaksikan adegan mesra Adrian dan Kiara dihadapannya.

"Bukan Kiara je, si Rian pun sama naik." Bisik Marina lagi, "Tengok lah tu, dorang berdua dah lupakan Nia, dah tak kisah pasal Nia."

Panas hati Nia mendengar kata kata maktok bertambah dengan sakit hati melihat aksi dihadapannya. Tanpa banyak cakap, Nia terus naik ke atas semula.

Farrel berdehem, "Ehem."

Terus saja Adrian berhenti memeluk Kiara. Pelukan dilepaskan dan mereka berdua menghadap Farrel dan Luqman dengan kekok.

"Aduh Rian, aku single lagi tau. Kau kalau ye pun, tak payah lah depan aku."

Luqman mengeleng kepala melihat Farrel, haih lah anak.

Kemudian Luqman memandang Kiara dan Adrian silih berganti, "Kenapa? Ada apa apa jadi ke Adrian?"

Adrian geleng, "Tak ada apa pa, Rian just risaukan Kie. Nak pastikan dia yang-"

"Nak pastikan apa? Asal? Kiara tu sakit ke sampai orang nak kena risau dekat dia?" Terhenti percakapan Adrian apabila Marina memotong saat datang ke arah mereka semua.

"Ha Kiara, kau dah sakit nak mati ke? Ke nak kena bunuh dengan sesiapa sampai orang risau sangat dekat kau?"

Luqman toleh memandang Marina, "Apa pasal mak ni? Turun turun je nak marah marah?"

Panas hati Adrian melihat maktoknya masih tidak berubah dan melayan Kiara begitu.

"Dah Kie, pergi naik atas." Kata Adrian perlahan disebelah.

Kiara hanya sekadar mengangguk. Baru sahaja langkah mahu naik ke atas, Marina menyambung lagi.

"Ewah ewah best betul hidup dia sekarang! Laki aku dah takde lepastu ada pula orang lain ganti tok abah dia. Aku rasa kan, apa eh yang akan jadi kalau Adrian pun ikut sama takde macam tok abah kau nanti!"

Kiara terus menoleh, dirinya mendekati maktok, "Apa maktok cakap ni?"

"Eh, kau ni memang padan dipanggil perampas kau tahu. Rampas anak lelaki aku, rampas laki aku sampai menyebabkan Aariz dengan laki aku mati! Lepastu, kau rampas pula harta laki aku. Tak cukup dengan tu, boyfriend sepupu kau pun-"

"Sudah lah maktok, Kiara dah penat lah dengar maktok asyik marah Kiara benda yang sama. Bukan Kiara punca-"

Pang!

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now