51

57.5K 3.2K 2K
                                    

Adrian yang masih dibuai mimpi itu tiba tiba terbangun apabila loceng biliknya ditekan banyak kali.

Adrian bangun lalu mata digosok. Pintu bilik hotel itu dia buka.

Terus terpampar wajah gelisah Hayyaz dihadapan pintu itu.

"Apahal kau datang pagi pagi ni?" Soal Adrian yang masih mamai.

"Weh Dree..."

"Apa? Kau cakap bagi habis boleh tak?"

"Lex dekat Italy Dree. Lazo kacau."

"Lazo?" Terus dingin suaranya. Tangan digenggam erat.

Hayyaz mengangguk.

"Suruh yang lain pack. Kita balik."

Hayyaz angguk dan terus berjalan pergi dari situ. Kiara diatas katil itu Adrian kejut, "Kiara bangun."

"Hmmm."

"Bangun bangun, kita balik."

"Balik?" Terus Kiara bersandar di birai katil. "Kenapa pula? Kita baru dua malam dekat sini. Papa janji nak tidur sini lagi dua malam."

"Aku ada kerja, emergency. Cepat pergi siap." Adrian sudah bersiap sedia mahu masuk ke dalam bilik air.

"Alaaaaa, Kie nak bercuti lagi."

Adrian toleh, "Fine. Kau ikut aku atau kau duduk sini."

"Duduk sini. Lagipun sini ada Rel."

Bertambah panas Adrian mendengar jawapan Kiara itu. Dah apahal tiba tiba nama Farrel pun terselit dalam jawapan dia nak tinggal sini.

"Dah kenapa sebab ada Farrel pula?"

"Kenapa? Biarlah. Farrel ada jadi bolehlah Farrel tengokkan K-"

Makin panas Adrian. "Suka hati kau lah." Dia toleh dan membuka pintu bilik air. "Rel Rel, sekali aku tembak Rel dia tu, satu apa pun tak dapat." Kata Adrian perlahan dan masuk ke dalam bilik air.






"Betul ke Adrian kena balik ni?" Dahlia mendapatkan Adrian yang sudah bersiap sedia mahu pulang bersama orang kuatnya.

"Ya mommy, Rian ada kerja. Sorry tak dapat nak habiskan holiday dengan korang semua." Katanya lalu menyalam tangan ibu saudaranya itu.

"Hmmmm, Nia nak ikut Rian balik lah." Kata Nia tiba tiba yang berdiri disebelah Marina itu.

Zander membuat muka meluat, "Dah apahal pula minah ni sorang nak ikut..." Bisiknya perlahan.

Harraz yang berdiri disebelah Zander itu menoleh memandang Zander, "Retweet." Bisiknya perlahan.

"Ha maktok setuju. Nia pergi lah ikut Adrian balik. Lagipun nanti Nia nak masuk campus balik kan?" Sokong Marina.

Luqman menoleh melihat anak perempuan dan maknya, "Dah kenapa pula nak ikut Rian? Rian pergi Italy ada kerja, bukannya suka suka. Takde takde, Nia stay dekat sini."

"Tahu takpe." Sengaja Zander menyampuk.

Kawan kawannya memandang Zander, selamba dia je menyampuk.

"Bilanya nak gerak? Pergi lah, nanti lambat pula." Kata Kiara yang dari tadi memegang lengan Farrel, "Harini kitaorang nak main jet ski, nanti tak sempat pula kitaorang nak main."

Adrian pula memang dari tadi tidak lepas memandang dua manusia tu. Sakit betul hatinya.

Nak berlakon dingin pun susah kalau jealous. Hm.

"Ha takpe Rian, kau pergi je lah. Kiara ni aku ada je nak tengokkan. Lagipun kau pergi dua hari je kan?" Balas Farrel berserta senyuman.

Tajam anak mata Adrian memandangnya. Terus Farrel tidak senyum dah, sebaliknya memandang ke arah lain.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ