08

57.5K 3.3K 821
                                    

"Biar aku bayarkan, tujuh juta kan semua?"

Adrian geleng, "Tak apa uncle. Company Rian okay, boleh je bayar. Kitaorang dah banyak susahkan uncle."

"Tak payah. Aku dah janji dengan ayah kau yang aku akan jaga kau. Biar aku je yang bayar, pasal Tauke nanti, aku pandai-pandai lah aku cakap dengan dia."

"Tapi uncle-"

"Aku yang bertanggungjawab atas kau. Uncle tak nak kau gaduh dengan Tauke, faham?"

Adrian akhirnya mengangguk, dia akur.

"Bagus."

Adrian membalas, "Kalau ada apa-apa, uncle bagitahu Rian."

"Untuk? Nak balas jasa aku?"

"Uncle dah banyak sangat tolong Rian and family, tak salah kalau Rian nak balas kan?" Jawab Adrian.

"Tapi, aku ada benda nak suruh kau buat."

"Apa dia?"

"Kau boleh ke buat benda ni kalau aku suruh?"

Adrian membetulkan posisi duduk, "Boleh."

"Pasti?" Soal Adam lagi lalu mengangkat kening.

"Uncle nak Rian buat apa?"

"Kahwin dengan Kiara."

"Huh? Apa uncle cakap ni?" Dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia salah dengar, bukan?

"You heard me right. Kahwin dengan Kiara." Memandang Adrian dalam-dalam. Dia mahu Adrian tahu yang dia sedang serius sekarang.

Adrian menggeleng perlahan. "Salah orang ni uncle. Rian dengan Nia bukan Kiara."

"Kau ingat aku dah nyanyok ke? Aku tau lah kau dengan Nia tapi aku nak kau kahwin dengan Kiara."

Adrian mengerut dahi. Kahwin dengan Kiara? Jadi macam mana pula dengan Nia? "Apa maksud uncle? Habistu, Nia Rian nak campak mana?"

"Kiara lagi perlukan kau dari Nia." kata Tuan Adam senanda. Buatkan Adrian lebih bingung.

"Adrian tak faham. Haritu uncle suruh Adrian jagakan Kiara, tengok-tengokkan dia, okay yang itu Rian faham but kahwin? No uncle."

"Tolong Dree. Kiara tak selamat kalau-"

Sampai situ sahaja perbualan dia bersama Tuan Adam tadi, selepas itu Kiara sudah masuk ke dalam bilik pejabat Adam Kamil.

"Kiara..." Kata Adrian sendirian.

"Kiara Alanna..."

"Kau tak akan bahagia kahwin dengan aku Kie. Sebab hati aku dekat orang lain dan bukannya pada kau."

Dia meraut wajanya menggunakan kedua tapak tangan. Buntu. Sudah kenapa dia pula kena kahwin dengan Kiara?

"Harap-harap uncle lupa lah plan bodoh ni. Kalau aku kahwin dengan Kiara, Nia aku nak letak mana? Tak pasal-pasal bergaduh pula diaorang."

Dia menutup kedua matanya dan tiba-tiba suara Anastasia bermain di minda, "You tak rindu I ke Dree?"

"Ah! Anatasia lagi! Serabut! Kenapa dia balik sini? Dia nak apa?"






Tan menoleh saat melihat anak daranya masuk ke dalam bilik, "Dah jumpa Adrian, dia macam mana? Okay?"

"Dree? Hahaha kecut perut tengok Tasya balik tadi. Dia tak sangka kut yang Tasya balik Malaysia." Balasnya sambil mengambil tempat duduk dihadapan Tan.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now