32

51.5K 3.1K 973
                                    

Adrian pandang Kiara, Kiara pandang Adrian. Ah nak buat apa ni, awkward lah pula.

Adrian mengambil keputusan untuk menonton televisyen. Alat kawalan jauh diambil dan Kiara pula mengambil telefon pintarnya disebelah, nak scroll ig lah, kalau hadap muka Rian bukan nak layan pun.

"Cantiknya...." Kata Kiara perlahan apabila melihat gambar gambar Mia di luar negara. Sejak dari dulu, sangat susah tok abahnya nak bawak dia berjalan ke luar negara. Sering diberikan kerja dan sibuk sebagai alasan walaupun sebenarnya tidak mahu mendedahkan Kiara kepada dunia luar.

Kiara berpaling memandang Adrian, "Rian..." Panggil Kiara meleret.

Adrian diam tidak membalas dan Kiara menyambung, "Jom pergi sini nak?" Kiara menunjukkan skrin telefon pintarnya kepada Adrian.

Adrian tidak layan, matanya masih tertumpu di kaca televisyen.

Ish si bisu ni. Kiara berkata dalam hati. Dia bangkit dan duduk disebelah Adrian, "Rian I cakap ni. Jom lah pergi sini."

"Kau jangan kacau aku boleh tak?" Baru sekarang dia menoleh melihat Kiara disebelah. Melihat wajah Kiara pun dia sudah tahu perempuan itu nak merajuk.

Kiara bangkit dan ingin naik atas. Asyik asyik kena marah je.

Adrian sempat menarik tangan Kiara dan menyebabkan Kiara duduk semula, "Mana?"

Kiara senyum, "Ni." Terus dia menujukkan semula gambar Mia yang sedang berada di Italy itu. "Kita pergi sini jom. I tak pernah pergi Italy lagi." Ajak Kiara lemah lembut.

Italy? Ha sudah. Adrian menoleh memandang Kiara semula, "Mana kau tahu gambar tu dekat Italy? Tah tah dekat pulau Redang je."

Terus cemberut wajah Kiara, "Rian tak lawak lah. Mana ada pulau Redang macam ni."

"No no, we're not going anywhere." Adrian kembali menonton televisyen,

"Ala please Rian. Kie tak pernah pergi sini. I teringin juga nak jalan jalan." Pujuk Kiara lagi lalu tangannya menggoyang-goyangkan lengan Adrian.

Adrian berpaling memandangnya semula, "Nak buat apa? Nak buat baby?"

Terus Kiara menarik tangannya dari terus di lengan Adrian.

"Kalau nak buat baby, dekat sini pun boleh." Sambung Adrian lagi.

"Mana ada! Kie ajak sebab cantik."

Adrian menarik senyum senget, "Ye lah tu, kau nak ajak aku honeymoon kan?" Kening diangkatkan.

"Tak!" Nafi Kiara lagi, kepala digelengkan.

"Habistu kalau lepas kahwin orang pergi mana? Pergi main ping pong?"

Kiara diam.

"So kau ajak aku sebab nak honeymoon lah kan?" Soal Adrian lagi.

"Ish Rian, apa ni. I ajak sebab Italy cantik." Terus Kiara menukar ayat, tak nak lah sebut pasal honeymoon ke baby ke. Malu lah.

"Tak boleh, aku busy." Kepalanya berpaling semula memandang televisyen.

"Ala Rian, boleh lah. Jom lah kita-"

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now