83

71.1K 3.8K 4.6K
                                    


"Asalamualaikum bidadara kesayangan!" Keith masuk ke dalam The Mansion dengan gembira. Harini dia boleh balik awal, tak banyak pesakit.

The gang ada rumah sendiri tapi mereka lebih sering tidur di The Mansion milik Adrian beramai ramai, lagipun duduk ramai ramai lagi best.

Esok pula Keith memang tak kerja jadi dia pulanglah mansion. Selalunya agak susah dia nak tidur sini kerana jadual kerja yang kadang kadang tidak menentu.

Lidi dipegang lalu ditunjukkan huruf huruf di dalam iqra, "A li ma."

"A li mah." Hayyaz mengikut semula bacaan Zayyan.

"Salah!" Tangan Hayyaz diketuk dengan lidi ditangannya, "A li ma."

Hayyaz dengan takut mengangguk, "A l-li ma."

Zayyan beralih ke muka surat yang seterusnya, "Okay next, ha sa da."

"Ha sa da."

Tangan Hayyaz diketuk lagi, "Tsa tsa, bunyi sikit!"

"Tesa tesa." Tersembur air liur Hayyaz.

Zayyan dengan pantas menarik tangannya, "Eeee tersembur lah bodo!!!" Tangannya dilap lalu dibau.

Terus Zayyan membuat muka, "Eeeee!" Dia bangun dan berlalu ke sinki.

Keith yang dari jauh memerhati itu gelak, "Korang buat apa ni? Tak pernah pernah aku nampak buat kelas mengaji." Lalu dia juga turut melabuhkan punggung di kerusi.

Dia ketawa lagi, "Yang kau pahal? Dengan cool fever atas kepala. Kau demam ke?"

Hayyaz yang menggigil sejuk itu membalas, "A-Aku okay lagi. K-Kau pat-patut tengok R-Raf-Rafael dekat atas." Balas Hayyaz yang siap dengan jaket sejuk semua.

Zayyan datang semula, Keith memandang Zayyan, "Apahal dengan Hayyaz dengan Raf? Apa jadi?"

"Ana tak mahu bicara tentang hal itu." Zayyan menujukkan tangan seakan akan talk to my hand kepada Keith.

"Kalau anta mahu soal, soal sama yang lain. Hati ana sudah cukup tersiksa dan menyiksa. Ana tidak sanggup lagi untuk hidup begini. Apakah salah ana."

Semakin berkerut dahi Keith. Apa jadi ni? Sorang dah macam duduk dekat Iceland, siap menggigil dengan cool fever atas kepala.

Sorang dah jadi ustaz Mesir.

Keith naik ke atas, bilik Rafael dituju.

Buat pertama kali, dia buka saja pintu, alunan bacaan ayat Yassin kedengaran.

Apa dah berlaku dalam rumah ni?

Kalau tak, lagu ule ule tu je yang Rafael asyik bukak, lagu love nwantiti.

Keith lihat yang Rafael sedang duduk bersila di atas katil sambil tasbih di tangan. "Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah." Sambil kepala dianggukkan ke kiri dan kanan.

Dan dia juga, ada cool fever!

Keith datang menghampiri Rafael diatas katil, "Oi, oi, kau buat apa ni?" Keith menutup Spotify di telefon Rafael.

"K-Keith!!!" Rafael terus lompat dari katil. Laju dia memeluk tubuh Keith.

"T-Tolong aku Keith."

Keith masih lagi terpinga pinga, "Korang ni kenapa? Lajunya hidayah korang sampai."

"R-Rian." Jawab Rafael gagap dan dia juga kesejukkan.

Keith melepaskan pelukan, "Dah apahal dengan Adrian?"

"Adrian jadi anjing kehausan tadi." Suara Harraz dari belakang menjawab.

Keith toleh, "Anjing kehausan?" Dia mengerutkan dahi.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now