26

48.4K 3K 532
                                    

Zander yang memang tidak puas hati dengan Kiara tadi menoleh memandang Kiara, "Dah kau boleh pergi. Tak payah sibuk duduk sini."

Terus laju Adrian memandang Zander disebelah, "Zander." Panggilnya dengan nada serius.

Zander toleh, "Apa?" Dia mengangkat kening.

Adrian diam. Dia tidak menjawab sebaliknya mengangkat muka memandang Kiara, "Pergi naik."

"Ala Rian, I nak sambung tengok cerita hindustan ni."

"Aku kata naik atas." Kini suaranya tegas sedikit berbanding tadi.

"Ishhh! Fine!" Kiara bangun dan naik ke atas seperti mana yang disuruh.

Hilang sahaja Kiara dari pandangan mata, Zander terus berpusing menghadap Adrian, "K-Kau...Kau marah aku sebab aku marah dia tadi?"  Soalnya tidak percaya dan bercakap dalam nada yang geram.

Adrian bangkit dari situ dan duduk semula di sofa single itu, "Kalau aku dengar lagi kau cakap macam tu dengan Kiara, siap kau."

"Cop cop cop!" Zayyan mencelah. Kening diangkatkan, "Kau marah Zander sebab cakap camtu ngan Kiara? Kau okay tak okay bro?"

"Dia demam." Rafael menyampuk.

"Demam cinta." Hayyaz bisik perlahan.

Yang lain menarik sengih jahat apabila Hayyaz berkata begitu.

Zander memandang Adrian tidak percaya, "So kau memang suka dia lah ni?"

"Patutlah dia panggil kau buaya. Dasar buaya." Kata Harraz pula.

"Mulut korang semua ni kalau aku jolok dengan garpu pun best juga, biar tak boleh bercakap dah." Balas Adrian dengan nada mendatar.

"Eleh Dree, kau mengaku je lah yang kau suka dia." Rafael menyilangkan tangan di dada.

"So...kau ikut lah ni plan uncle Adam?" Soal Harraz lalu dijungkitkan kening.





"Aunty, aunty nampak Rian?" Soal Kiara yang sedang menuruni anak tangga itu.

"Erm, lepas dinner tadi dia ada dekat luar. Tadi Kie naik atas buat apa?"

"Kiara solat isyak," Kiara memandang ke arah pintu, "Kie nak tengok Adrian lah aunty, nanti Kiara masuk."

Puan Khatijah mengangguk dan langkah diaturkan ke luar rumah.

Pantas dia bergerak ke arah kerusi sebelah Adrian, "Hi." Katanya sambil mengambil tempat duduk.
Adrian hanya memandangnya sekilas dan kemudian dia sambung termenung.

"You kenapa? You okay?"

Adrian hanya angguk perlahan sebagai tanda ya.

Mereka diam beberapa minit.

"You sayang Nia?" Tiba-tiba sahaja soalan itu diajukan oleh Kiara.

"Kalau aku tak sayang, buat apa aku dengan dia?"

"Banyak mana you sayang Nia?" Soal Kiara lagi tanpa memandang wajah Adrian.

Adrian toleh memandang Kiara, "Perlu ke aku jawab?"

Kiara diam, Jika satu hari memang benar kita bersama, I harap you boleh sayangkan I macam mana you sayangkan Nia.

Kiara senyum tipis lalu baru sekarang dia ambil keputusan untuk memandang wajah Adrian, "Rian."

"Hm."

"Thank you. Thank you sebab sudi jaga I. I tahu you buat semua ni sebab tok abah I yang suruh. And you boleh je tak ikut apa yang tok abah I cakap , lagi lagi bila dia dah takde. But no, you still dengar and akur lagi pada arahan dia walaupun dia dah takde sekarang. Tok abah percaya pada orang yang betul."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now