10

51.6K 2.9K 347
                                    

"Korang buat apa dekat sini?"

Zander berdecit halus saat soalan itu disoal pada mereka semua. "Kau tu yang buat apa dekat sini? Datang-datang nak tunjuk hero konon." Sindir Zander.

"Zander, aku tahu-"

"Dah lah Keith. Aku tak nak dengar apa-apa. Kalau bukan sebabkan Zayyan pengsan, nak pandang muka kau pun aku tak ingin."

Bam!

Pintu dihempas kuat oleh Zander. Dia meninggalkan yang lain di dalam bilik itu. Sekarang, mereka semua di rumah Keith, jejaka yang membantu mereka sewaktu bangunan itu hampir runtuh.

"Sorry sebab Zander. Thanks Keith sebab tolong." Balas Harraz lalu memegang bahu kanannya sendiri. Mungkin masih lenguh akibat kejadian tadi.

"No problem, kalau bahu kau sakit lagi, bagitahu aku."

Keith pergi ke arah Adrian. Dari tadi dia lihat Adrian sedang merawat bahagian lehernya. "Biar aku tolong." Kata Keith menawar diri.

"Tak apa, aku boleh buat sendiri."

"Kau tu mana reti buat benda ni semua. Biar aku buat untuk kau."

Adrian toleh memandang Keith, "Tak payah. Kau tak faham bahasa ke?" Suaranya kini dingin. Tidak suka bila Keith tidak mahu dengar katanya.

Keith berdengus geram, "Bak sini kapas tu." Keith merampas kapas dari tangan Adrian.

Semua telah dia ubati. Bahu Harraz sudah dia urut sekejap. Muka Rafael sudah dia letakkan ubat di kesan yang calar. Zayyan pula sudah dia berikan ubat tahan sakit dan meletakkan ubat di bahagian calar di kakinya. Zander? Baru sahaja mahu bersihkan luka di tangannya, Zander sudah melenting dan marah-marah jadi Keith ambil keputusan untuk tidak membantunya dan sekarang, hanya tinggal Adrian sahaja yang belum. Kan sudah cakap, Adrian dan Zander sama.

"Donggak sikit kepala kau."

Adrian memandang Keith, "Eh tak faham ke? Aku kata-"

"Banyak cakap lah kau ni. Sakit buat cara sakit." Terhenti percakapan Adrian apabila Keith terus menolak wajah Adrian ketepi supaya senang dia mengelap luka Adrian di bahagian lehernya. Terdapat calar sedikit, mungkin kerana dia terjatuh tersembab tadi.

Keith yang akan merawat mereka semua jika kawan-kawannya sudah habis buat kerja. Lebih kurang doktor pada mereka.

"Kau buat apa dekat sini Dree? Kerja?" Tanya Keith sambil mengelap lembut bahagian darah yang sudah kering di leher Adrian.

"Hm." Balas Adrian ringkas.

"Uncle Adam lagi?"

"Hm." Jawapan yang sama diberikan oleh Adrian.

Keith hanya mengangguk lalu dicapainya ubat dan sapu di leher Adrian.

"Okay dah."

"Thanks." Lekas Adrian bangun dari situ. Dia pergi ke arah Zayyan lalu mengusap perlahan rambut Zayyan, "Bangun lah, kau tidur lama sangat kenapa."

Nampak sahaja dia selalu berkasar dengan kawan-kawannya, tapi jauh di sudut hati Adrian, dia amat menyayangi mereka semua. Kawan-kawan yang menemaninya saat dia susah dan senang.

Rafael yang duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Hayyaz itu memandang Keith, "Asal kau kat sini Keith?" Wajah menyampah ditunjukkan.

"Ni rumah siapa? Kau?" Tanya Hayyaz sambil melihat sekeliling.

"Haah ni rumah aku."

"Macam mana kau tahu kitaorang dekat sini?" Tanya Harraz pula sambil direnungnya Keith tajam.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now